RAMADAN 8: POLA PENURUNAN BERAT DI BULAN RAMADAN
.
Berpuasa sahaja tidak akan menyebabkan berat badan kita turun. Kita juga perlu pandai mengawal pemakanan semasa sepanjang sahur dan berbuka.
.
Apabila kita berpuasa, penurunan berat adalah ketara pada minggu pertama berpuasa. Dan selalunya penurunan berat akan semakin perlahan apabila kita mula masuk minggu kedua dan minggu seterusnya. Ini adalah kerana pada peringkat awal kita berpuasa, penurunan berat itu adalah disebabkan kehilangan air dari dalam tubuh.
.
Akak yakin, ramai yang tertanya-tanya mengapa air❓ Sedangkan dibulan puasa kita kurang minum air❓
.
Apabila kita menaiki penimbang, nombor yang naik adalah jumlah berat tubuh kita secara keseluruhan, dan air mengambil bacaan yang paling tinggi dalam tubuh kita berbanding tulang.
.
Air meliputi hampir 60% dari berat badan kita. Air adalah perkara pertama yang akan hilang selain otot dan lemak‼️
Jisim lemak tidak akan hilang dengan cepat tetapi kita boleh kehilangan banyak air dalam satu hari‼️
.
Apabila kita dalam proses penurunan berat badan, kita akan mula turun berat. Hingga ke suatu peringkat kita akan dapati bahawa berat kita tidak bergerak atau istilahnya plateau. Salah satu sebabnya adalah kerana tubuh kita kehilangan air bukan kehilangan lemak‼️
.
Apabila kita mengawal pengambilan kalori, mengurangkan pengambilan karbohidrat dan turut melakukan senaman bagi membakar kalori dibulan puasa, tubuh kita akan mengambil tenaga dari glikogen. Glikogen adalah glukosa yang berlebihan yang disimpan dalam hati, otot atau dalam sel lemak..
.
Glikogen (karbohidrat) memegang kandungan air yang banyak. Ia mampu memegang 3 kali ganda beratnya. Ini bermakna, 1 gram glikogen akan memegang 3 gram air. Apabila kita senaman, kita akan kehilangan air melalui peluh.
.
Ketika ini kita akan kehilangan banyak glikogen dalam sel lemak dan akhirnya mengecilkan saiz sel berkenaan. Dan....sekiranya kita tidak meneruskan gaya hidup dan pemakanan sihat, glikogen akan mengisi balik dalam sel lemak kita dan kita akan "dapat kembali" berat yang hilang.
Lost and found la sangat kan? ........
.
www.wasap.my/60195706995/nak_sihatkurus2022
.
#MyHealthylifeJourney
#TuisyenKurusOnlineNURISHA
#TKOBukanSekadarKurus
.
No comments:
Post a Comment