RAMADAN 6: MAKANAN UNTUK BERBUKA
.
Alhamdulillah....
Hari ini sudah masuk Ramadan yang ke 6 tahun ini. Akak berharap kita sama-sama mampu untuk menghayati nilai Ramadan yang sebenarnya dan semoga Ramadan kali ini menjadi Ramadan yang lebih baik dari Ramadan yang sebelumnya.
Aamiin....
Aamiin...
Ya Rabbal Alamin...
.
Bagi mengekalkan fungsi puasa yang sebenarnya terhadap tubuh, kita turut perlu memahami apa yang kita perlu makan untuk memenuhi keperluan tubuh. Bukan makan ikut keperluan nafsu kita.
.
Sebaiknya, apabila kita telah melalui fasa dimana perut berehat ketika kita berpuasa, kita perlu berbuka puasa dengan makanan yang senang untuk dihadam untuk tidak membebankan perut.
.
Mulakan dengan segelas air kosong atau minuman yang tidak manis beserta dengan sebiji tamar. Kita juga boleh mula berbuka dengan makanan cecair seperti sup dan jus buah-buahan (yang tidak diletak gula).
.
Makan dengan jumlah makanan yang sedikit dan kunyah makanan tersebut perlahan-lahan. Makan terlalu banyak diwaktu awal berbuka akan memudaratkan tubuh kita. Ia bukan sahaja membebankan sistem penghadaman, malah akan meningkatkan kandungan gula dan insulin dalam darah secara mendadak dan memberi risiko kepada saluran darah kita.
.
Kita boleh mula makan menu utama 10 atau 15 minit selepas itu (sebaiknya selepas solat maghrib). Keadaan ini akan memberi rasa kenyang serta membantu mengurangkan beban kepada sistem penghadaman.
.
Bagi mengekal kebaikan fadhilat berpuasa, kita juga perlu mengelak makanan yang tinggi kandungan karbohidrat, gula, makanan berlemak dan bergoreng. Pilihlah makanan yang dibakar, direbus atau kukus.
.
Jom kita kawal pemakanan kita ketika berbuka puasa bagi mendapat kebaikan berpuasa.
.
www.wasap.my/60195706995/nak_sihatkurus2022
.
#MyHealthylifeJourney
#TuisyenKurusOnlineNURISHA
#TKOBukanSekadarKurus
.
No comments:
Post a Comment