Ramai yang menyukai asam keping yang merupakan bahan penting dalam menyedapkan makanan. Malah ada yang cuba menanam pokok ini, namun setelah beberapa tahun, masih tiada keluar buah.
Asam keping dihasilkan dari hirisan buah asam gelugor yang telah dikeringkan. Buah asam gelugor atau nama saintifiknya Garcinia atroviridis ini adalah tumbuhan saka besar yang mampu tumbuh mencapai ketinggia lebih dari 20 meter.
Persoalannya ...
Mengapa ada pokok asam gelugor yang tidak mengeluarkan buah?
.
Ini adalah kerana, pokok asam gelugor ini mempunyai pokok yang dipanggil pokok jantan dan pokok betina ‼️
POKOK ASAM GELUGOR JANTAN
-----------------------------------------------------
Pokok asam gelugor jantan hanya akan mengeluarkan bunga yang banyak. Bunga-bunga pokok jantan ini agak kecil dan keluar dalam keadaan sejambak yang mempunyai 10 hingga 22 kuntum bunga jantan. Bunga jantan tidak mempunyai ovari dan tidak akan menghasilkan buah asam gelugor. Bentuk pokok jantan ini juga agak tirus dan tidak rendang.
POKOK ASAM GELUGOR BETINA
----------------------------------------------------
Pokok asam gelugor betina mempunyai bilangan bunga yang sedikit dan selalunya akan kembang sekuntum-sekuntum. Bunga asam gelugor biasanya akan kembang diwaktu malam dan akan tahan selama 3 hari. Bunga ini akan membentuk buah 22 hari selepas disenyawakan.
Bunga hermaprodit juga mampu menghasilkan buah asam gelugor, namun jumlah yang dihasilkan tidak sebanyak bunga betina.
Pokok asam gelugor betina agak rendang dan lebar.
sudah mula membesar.
PERBANDINGAN FIZIKAL BUNGA DAN POKOK ASAM GELUGOR(JANTAN DAN BETINA)
--------------------------------------------------------------
Terima kasih buat Bahagian Pembangunan Industri Tanaman, Titi Gantong, Perak diatas gambar perbandingan antara dua jantina pokok asam gelugor ini.
jantan asam gelugor
pokok betina asam gelugor.
Setakat ini dulu penulisan kali ini. Insya Allah, kita akan bersambung dilain kali.
#InstitutPertanianTitiGantong
#JabatanPertanianMalaysia
#JabatanPertanianPerak
7/10/2023 (Jam 11:37 am)
No comments:
Post a Comment