Saturday, August 31, 2019

PAIS BIJI GETAH

Mungkin ramai yang belum pernah tahu bahawa biji getah boleh dimakan, cuma kena tahu cara nak proses sahaja.



Apa yang akak akan kongsikan disini adalah resepi mak akak yang diturunkan dari mak kepada mak akak.

1. Sebelum biji getah ini dimasak, biji getah ini perlu dibuang kulitnya yang keras terlebih dahulu.





2. Isi yang telah diasingkan direbus sehingga empuk.






3. Setelah biji empuk, buang air dan diganti dengan air yang baru.




4. Jeruk biji getah tersebut 2 ke 3 malam. (Biji getah akan lebih masam)




5. Biji getah yang telah dijeruk, boleh dimasak dengan ikan iaitu masak lemak cili padi, masak ala pais atau resepi yang lain juga.









Rasanya lemak-lemak je...


#Akakorangkampong

BELALANG DEWA

Akak kongsi kembali di sini sedikit kenangan akak pasal belalang dewa.

Arwah Tok Wan merupakan seorang insan yang sangat istimewa buat kami sekeluarga. Beliau dianugerahkan oleh Allah kelebihan dalam usaha membantu pesakit menggunakan kaedah rawatan tradisional.

Gambar sumber dari Nizam photographic


Adakalanya diwaktu lapang, Tok Wan akan meminta saya untuk membantu mengurut kaki atau tangan beliau. Sambil jejari saya mengurut, Tok Wan akan mula bercerita tentang urat-urat serta kaedah yang betul untuk mengurut bagi mengurang kesakitan atau mengelak kemudaratan ketika mengurut. Ketika itu saya yang masih kecil sememang kurang memahami ilmu-ilmu yang beliau ingin cuba sampaikan.

Suatu hari selepas menghadiri jemputan kenduri di sebuah kampong, dalam perjalanan balik kami melalui sebuah kebun getah yang dipenuhi dengan semak-semak disepanjang jalan.

Saya yang sedang memaut tangan Tok Wan tetiba terlihat sekumpulan serangga hitam sedang mengkerumuni beberapa batang pokok yang rendang didalam semak. Serangga-serangga ini kelihatan sedang rakus memakan daun pokok-pokok tersebut.

Saya terus tunjuk pada Tok Wan sambil berkata " Tok Wan, tengok tu. Banyoknyo "binatang" kat pokok tu!". Tok Wan menghampiri pokok-pokok tersebut lantas berkata "Hooo.....ni la belalang dewa! Cepat kito takat (tangkap) dia. Tapi jangan guno tangan! Sat gi melepoh tangan tu!".

Saya tidak faham apa yang ingin Tok Wan sampaikan ketika itu. Lantas Tok Wan menerangkan bahawa belalang dewa akan mengeluarkan air liur yang panas yang mampu untuk menyebabkan kulit melepoh umpama terkena air yang mendidih, maka untuk menangkap belalang-belalang tersebut, kami perlu menggunakan plastik atau sebarang peralatan lain untuk mengelak cairan itu terkena kulit.

Kami mula menangkap belalang-belalang yang sedang melahap menggunakan plastik dan memasukkannya ke dalam botol minuman untuk dibawah pulang. Berpuluh-puluh ekor belalang yang sempat kami tangkap untuk Tok Wan pada hari tersebut.

Di rumah, Tok Wan mula mengisi botol-botol kaca yang bersih dengan minyak masak. Belalang-belalang tadi Tok Wan masukkan ke dalam botol-botol yang telah diisi dengan minyak masak. Menurut Tok Wan, belalang tersebut akan mengeluarkan cairan ketika dalam minyak masak dan secara semulajadinya minyak masak tersebut akan menjadi panas dan boleh digunakan untuk dijadikan minyak urut dan sebagainya. Wallahualam.....

Gambar sumber dari puan Molly

Alfatihah untuk Tok Wan, Pah, Chay, Tok, Abah, Ayah dan adik...semoga Allah tempatkan mereka bersama hambanya yang soleh dan solehah. Aamiin...

PERNAH MAKAN BIJI RAMBUTAN?


Buah rambutan (Nephelium lappaceum) sememangnya enak dimakan. Akak suka isi rambutan yang agak lekang dan kurang berair...

Sumber dari google

Tahu tak selain isi rambutan, bijinya juga boleh dimakan? Di sini akak akan kongsi resepi mak akak untuk panduan semua. Biji rambutan ini boleh digoreng atau dipanggang mengikut selera masing-masing.


Jika yang suka cara goreng, biji rambutan yang sudah dibasuh, digaul dengan sedikit garam dan digoreng dalam minyak panas.


Goreng biji rambutan sehingga kekuningan. Setelah itu, biji yang sudah masak, diangkat dan dihidangkan. Rasa biji rambutan yang sudah digoreng ini adalah seperti biji badam. Hmmm.... bolehlah cuba buat biskut raya guna biji rambutan pula... Kan?


Terima kasih buat adik akak, Nur Hafizun diatas gambar biji rambutan goreng. Nanti tolong goreng lagi untuk akakmu ini tau!

Buat semua,  selamat mencuba...

Fb page: Nur Hafizah Sharudin
Youtube : Nur Hafizah Sharudin

#Nilaitambahpenanamdurian
#BahagianPembangunanIndustriTanamanPutrajaya
#JabatanPertanianMalaysia

APA ITU SONIC BLOOM DAN KESAN KEPADA PERTUMBUHAN POKOK?

Sonic Bloom ialah teknologi yang melibatkan kombinasi gelombang bunyi pada frekuensi yang tinggi dan nutrien untuk meningkatkan produktiviti...