Monday, September 30, 2019

KAEDAH MEMBUAT GLODOG DARI BATANG KELAPA UNTUK APIS CERANA

Terdapat sembilan (9) jenis lebah Apis yang telah dikenalpasti didunia dimana lapan (8) daripada jenis lebah Apis adalah merupakan lebah tempatan di Benua Asia; manakala lebah Apis mellifera adalah satu-satunya spesis lebah yang luar dari benua Asia.


Sembilan spesis lebah Apis yang telah dikenalpasti diseluruh dunia

Lebah Apis cerana mempunyai saiz badan yang sederhana. Ianya lebih kecil berbanding lebah Apis dorsata (Lebah tualang) dan Apis laboriosa. Namun, lebah Apis cerana mempunyai badan yang lebih besar berbanding lebah Apis florea dan lebah Apis andreniformis.

Lebah Apis cerana adalah tergolong didalam kumpulan lebah yang membina sarang dalam kaviti (cavity nesting honeybee) bersama spesis lebah Apis koschevnikovi, lebah Apis nuluensis dan lebah Apis nigrocincta. Namun, badan lebah Apis cerana adalah yang paling kecil berbanding yang lain.

Lebah Apis cerana atau lebah hitam / lebah keran merupakan lebah liar yang sering ditemui dikebun kelapa dan persekitaran yang banyak mempunyai sumber nektar dan debunga.


Lebah-lebah ini gemar membina sarang didalam stor, dibucu syiling, didalam kotak atau mana-mana lokasi yang sejuk dan redup. Lebah Apis cerana yang liar ini boleh diperangkap dan diternak untuk aktiviti pendebungaan dan pengambilan madu.

Disini akak kongsikan kaedah tradisional penghasilan perangkap lebah menggunakan batang kelapa yang dikenali sebagai glodog. Kaedah yang amat mudah dan murah! Sila baca maklumat yang terdapat pada gambar yang telah akak lampirkan di sini.











Video keadaan lebah Apis cerana dalam glodog

Glodog yang telah siap boleh digantung di kawasan yang teduh bagi menjemput lebah cerana untuk bersarang didalam glodog ini sebelum ia dipindahkan dalam kotak haif.

Perkongsian dari Dr Razali Kemp, lebah Apis cerana menyukai bau serai wangi! Hmmmmm......

Selamat mencuba.....😘😘😘

#BahPembangunanIndustriTanamanPutrajaya
#JabatanPertanianMalaysia

No comments:

Post a Comment

APA ITU SONIC BLOOM DAN KESAN KEPADA PERTUMBUHAN POKOK?

Sonic Bloom ialah teknologi yang melibatkan kombinasi gelombang bunyi pada frekuensi yang tinggi dan nutrien untuk meningkatkan produktiviti...