KITARAN HIDUP KUMBANG TANDUK
Kitar hidup kumbang tanduk bermula apabila kumbang tanduk betina mengorek dan bertelur didalam longgokan bahan organik yang lembab dan mereput seperti batang dan daun kelapa yang mereput.
Kumbang tanduk betina akan mencari longgokan bahan organik untuk bertelur bagi memastikan larva yang ditetaskan akan mempunyai bekalan makanan yang mencukupi untuk membesar.
Telur kumbang tanduk adalah berbentuk bujur dan bersaiz 3 - 4 mm dan akan mula menetas selepas 8 - 12 hari.
Apabila memasuki peringkat pupa, larva akan berhenti makan. Ia akan diselaputi bahan organik yang mereput dan kekal dalam keadaan pupa selama 17 - 28 hari.
KAEDAH KAWALAN KUMBANG TANDUK MENGGUNAKAN PERANGKAP ORGANIK
Kumbang tanduk akan hidup lebih kurang5 ke 10 bulan. Salah satu kaedah kawalan yang boleh dilakukan untuk mengawal populasi kumbang tanduk ialah dengan menyediakan perangkap organik yang bertindak sebagai tempat bertelur. (Atau boleh dipanggil Klinik bersalin... he he he he).
Perangkap ini disediakan untuk menarik kumbang tanduk betina untuk datang dan bertelur ditempat yang telah disediakan. Telur-telur ini akan menetas dan pemantauan perlu dibuat dengan kerap bagi memusnahkan kumbang dewasa, larva dan telur- telur kumbang tanduk ini.
Kaedah membuat perangkap organik amat mudah.
Kaedah 1:
Susun batang kelapa yang telah dipotong bersaiz 1m x 1 m seperti dalam gambar dan dilonggokkan sabut atau habuk kelapa ditengah.
Kaedah 2:
Buat longgokan campuran tinja ayam dan tinja lembu.
Kedua-dua kaedah perlu dipantau agar larva yang ditetaskan dihapuskan sebelum bertukar menjadi dewasa .
Selamat mencuba....
Jika ingin mengenal mana satu kumbang tanduk jantan dan yang mana satu kumbang tanduk betina sila klik
#BahPembangunanIndustriTanamanPutrajaya
#JabatanPertanianMalaysia
No comments:
Post a Comment