Akak amat suka dengan pokok sirih gading ni. Kebetulan ruang pejabat akak tidak mempunyai tingkap dan tidak mendapat sinaran matahari maka pokok sirih gading inilah diantara pokok hidup yang paling mudah hidup untuk akak jadikan hiasan dalam bilik pejabat. Kebetulan akak suka warna-warna pokok yang menghijau ni. Rasa tenang dan sejuk je pandangan mata setiap kali akak memandangnya.
Rupanya, pokok sirih gading ini bukan sahaja cantik dipandang; malah ia juga tergolong diantara jenis tanaman yang dapat membantu mengurangkan pencemaran udara didalam bangunan. Pokok ini juga amat mudah dibiakkan dan ditanam. Akak hanya memasukkan keratan batang pokok ini didalam bekas yang mengandungi air sahaja! Ia akan hidup segar didalam bilik ofis akak...
Penyelengaraan tanaman juga tidak sukar dan ianya amat sesuai ditanam di kawasan dalam bangunan namun masih memerlukan sedikit kehadiran cahaya matahari.
Tanaman yang lain yang boleh ditanam termasuk pokok Sanseveiria sp., pokok Dracaena sp., pokok Ficus, pokok orkid dan lain-lain. Akak akan cuba dapatkan pokok-pokok yang lain untuk akak menjadikan ruang bilik ofis akak tempat yang seronok untuk akak bekerja.
Tanaman ini bukan sahaja membantu membersih udara dengan menyerap gas-gas bertoksik, malahan membantu meningkatkan kandungan oksigen dipersekitaran. Malah ia juga membantu untuk menyejukkan mata dengan warna dan keindahan pokok-pokok ini.
Pencemaran dalam bangunan atau 'sick building' mungkin tidak disedari oleh ramai orang. Ada kajian menunjukkan bacaan pencemaran lebih tinggi dari dalam bangunan berbanding keadaan diluar bangunan. Keadaan inilah yang menyebabkan kelesuan dan paras kesihatan yang menurun terutama kepada pekerja yang banyak berurusan hanya dalam bangunan.
Sindrom 'Sick building' boleh dirawat dengan mengunakan pelbagai tanaman bagi menyerap udara tercemar seperti formaldehid, benxol, fenol dan nikotin yang dihasilkan dari bahan-bahan seperti peralatan pejabat, cat, barangan plastik, asap rokok dan sebagainya.
#PTIFPerak
#JabatanPertanianPerak
#JabatanPertanianMalaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
APA ITU SONIC BLOOM DAN KESAN KEPADA PERTUMBUHAN POKOK?
Sonic Bloom ialah teknologi yang melibatkan kombinasi gelombang bunyi pada frekuensi yang tinggi dan nutrien untuk meningkatkan produktiviti...
-
Pokok kari ( Murraya koenigii ) turut dipanggil daun kari atau karapulei memang terkenal dengan daunnya sebagai perisa dalam makanan terutam...
-
Pokok tembikai Citrullus lanatus memerlukan masa 70 hingga 80 hari untuk mendapatkan hasil bergantung kepada varieti tembikai yang ditanam....
-
Getah betik ini sedikit berasid dan mengandungi hampir 80% kandungan air. Ia turut mengandungi gula, kanji, minerals dan lain-lain, termasuk...
No comments:
Post a Comment