Metarhizium anisopliae adalah sejenis kulat "entomopathogenic" yang berkesan membunuh kumbang tanduk Oryctes rhinoceros.
Jangkitan akan berlaku apabila spora kulat ini bersentuhan dengan kulit serangga. Spora kulat ini akan bercambah dan mengeluarkan haifa. Haifa dari kulat ini akan menembusi bahagian kutikel serangga dan memasuki organ dalaman serangga. Haifa kulat ini akan menyerap nutrien dari badan serangga dan tumbuh dengan cepat dalam badan serangga berkenaan.
Kebiasaannya, serangga yang ditumbuhi kulat ini akan mati dalam tempoh 10 ke 12 hari bergantung kepada jumlah spora yang menembusi badan serangga tersebut. Serangga yang menyentuh serangga yang telah dijangkiti kulat Metarhizium, turut akan dijangkiti dengan kulat berkenaan.
Kulat Metarhizium anisopliae ini mampu membunuh kumbang tanduk pada peringkat larva, prepupa, pupa dan dewasa.
Terima kasih Abe Put Azmi dari Biosekuriti, Jabatan Pertanian Titi Gantong diatas perkongsian maklumat.
#BahPembangunanIndustriTanamanPutrajaya
#JabatanPertanianMalaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
APA ITU SONIC BLOOM DAN KESAN KEPADA PERTUMBUHAN POKOK?
Sonic Bloom ialah teknologi yang melibatkan kombinasi gelombang bunyi pada frekuensi yang tinggi dan nutrien untuk meningkatkan produktiviti...
-
Pokok kari ( Murraya koenigii ) turut dipanggil daun kari atau karapulei memang terkenal dengan daunnya sebagai perisa dalam makanan terutam...
-
Pokok tembikai Citrullus lanatus memerlukan masa 70 hingga 80 hari untuk mendapatkan hasil bergantung kepada varieti tembikai yang ditanam....
-
Getah betik ini sedikit berasid dan mengandungi hampir 80% kandungan air. Ia turut mengandungi gula, kanji, minerals dan lain-lain, termasuk...
No comments:
Post a Comment