Sunday, September 29, 2019

POKOK SETAMBUN (Baccaurea parviflora)

Lawatan ke Pulau Herba di Tasik Kenyir memberi peluang untuk saya melihat pokok yang unik yang berbuah lebat di pangkal pokok. Terima kasih buat Sahrom Adam kerana menjumpai pokok yang hampir pupus ini.

Pokok setambun adalah tumbuhan yang berbuah tidak bermusim dan boleh didapati sepanjang tahun. Suhu sekitar 25 ke 26 darjah celcius dengan kelembapan melebihi 85% adalah keadaan yang kondusif bagi menggalakkan pengeluaran bunga. 



Bunga betina keluar dari pangkal pokok manakala bunga jantan akan keluar disepanjang batang utama. Bunga ini juga berbau wangi dan mampu menarik serangga dan haiwan disekeliling. 




Buah setambun keluar dengan jambak yang banyak mencecah ratusan biji pada tangkai panjang yang terletak dipangkal pokok. 



Kulit buahnya berwarna hijau ketika muda dan bertukar merah keunguan dan seterusnya merah kehitaman apabila masak sepenuhnya.  Rasanya masam masam manis. 

#PTIFPerak
#JabatanPertanianPerak
#JabatanPertanianMalaysia

No comments:

Post a Comment

APA ITU SONIC BLOOM DAN KESAN KEPADA PERTUMBUHAN POKOK?

Sonic Bloom ialah teknologi yang melibatkan kombinasi gelombang bunyi pada frekuensi yang tinggi dan nutrien untuk meningkatkan produktiviti...