Akak pernah menghadiri satu ceramah mengenai burung hantu oleh Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor dari Universiti Putra Malaysia. Bermula dari ceramah beliau, akak mulai lebih mengenali burung ini.
Burung hantu (Tyto alba) atau turut dikenali sebagai burung pungguk merupakan burung yang aktif mencari mangsanya pada waktu malam (nocturnal hunter). Burung hantu akan memakan binatang seperti tikus, tikus mondok, cencurut dan burung.
Burung hantu mempunyai pendengaran yang tajam, deria bau yang kuat serta mempunya sepasang mata yang besar yang mempunyai pandangan yang tajam dan mampu untuk melihat dalam intensiti cahaya yang rendah diwaktu malam. Mata burung hantu ini 3 -4 kali ganda lebih tajam daripada mata manusia! Di samping itu burung ini boleh memusingkan kepalanya 180 darjah. Burung ini turut terbang dan mengibaskan sayapnya dengan senyap mampu mencengkam mangsanya dengan cekap menggunakan paruh dan kukunya yang tajam!
Burung hantu jantan mampu menangkap 10 ekor tikus setiap malam untuk dibawa balik ke sarangnya. Burung dewasa mampu memakan sehingga 2,000 ekor tikus setahun. Penggunaan racun tikus, secara tidak langsung turut menyebabkan kematian kepada pasangan burung pungguk serta anak-anaknya
Menurut Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor, burung hantu amat setia pada pasangannya. Burung hantu lazimnya hanya mempunyai satu pasangan sahaja. Jika pasangannya mati, pasangan yang tinggal akan termenung..maka dari sinilah wujudnya pepatah "BAGAI PUNGGUK RINDUKAN BULAN"....
#BahPembangunanIndustriTanamanPutrajaya
#JabatanPertanianMalaysia
No comments:
Post a Comment