Antara spesies-spesies buluh yang dipamerkan.
Pokok buluh adalah spesies daripada Famili Graminae dan terdapat lebih daripada 1250 spesies buluh daripada 75 genus diseluruh dunia! Wooooww! Pokok buluh sesuai tumbuh dikawasan beriklim sederhana, separa tropika. Ia tumbuh subur dikawasan yang terbuka dan bersaliran baik.
Akak dapat maklumat bahawa di Malaysia sendiri terdapat lebih kurang 70 spesies buluh ditanam dan terdapat 10 genera yang telah dikenal pasti yang tumbuh secara semulajadi dikawasan hutan asli atau hutan selepas pembalakan dan terdapat 13 spesies yang telah dikomersialkan.
Berikut adalah 10 genera pokok buluh yang berada di Malaysia:
1. Bambusa
2. Dinochloa
3. Thyrsostachys
4. Phyllostachys
5. Yushania
6. Chusqua
7. Schizostachyum
8. Dendrocalamus
9. Gigantochloa
10. Racemobambos
Spesies buluh komersial di Malaysia ialah:
1. Buluh Semantan (Gigantocholoa scortechinii)
2. Buluh Beting (Gigantocholoa levis)
3. Buluh Beti (Gigantocholoa wrayi)
4. Buluh Tumpat (Gigantocholoa liqulata)
5. Buluh Madu (Gigantocholoa albocillianta)
6. Buluh Betong (Dendrocalamus asper)
7. Buluh Duri (Bambusa blumeana)
8. Buluh Galah / Tilan / Paring / Pengat (Bambusa heterospachya)
9. Buluh Minyak (Bambusa vulgaris)
10. Buluh Gading (Bambusa vulgaris val. striata)
11. Buluh Lemang / Nipis (Schizostachyum
brachycladum)
12. Buluh Semeliang (Schizostachyum grande)
13. Buluh dinding / Kasap (Schizostachyum
zollingeri)
Pokok buluh merupakan salah satu tanaman dimuka bumi ini yang mempunyai kadar pertumbuhan yang amat cepat. Pokok ini juga mempunyai kemampuan untuk menyerap karbon dioksida di atmosfera yang paling banyak melalui proses fotosintesis dan membebaskan oksigen yang tinggi berbanding pokok kayu yang lain. Kelebihan yang ada pada pokok buluh ini menjadikan ia antara tanaman yang sesuai ditanam bagi mengurangkan kesan gas rumah hijau dan perubahan cuaca dunia.
Pokok buluh juga mampu menjadi natural humidifier dimana melalui proses respirasi, tumbuhan ini membebaskan karbon dioksida dan air ke udara. Penghasilan oksigen dan kelembapan udara yang tinggi ini menyebabkan pokok buluh adalah diantara pokok yang sesuai diintegrasikan disekitar projek cendawan!
Pokok buluh juga mempunyai kelebihan dimana pokok ini tidak akan patah malah hanya membengkok ketika ditiup angin yang kencang. Akak pernah menjadikan pokok buluh madu sebagai penampan angin dikawasan projek rumah fertigasi di TKPM Lekir bagi mengelak tiupan angin yang kuat mengoyakkan plastik rumah SPH. Memandangkan projek ini juga berhampiran dengan projek kebun sayur, deretan pokok buluh ini bukan sahaja mampu menampan angin malah turut menampan kehadiran serangga kecil yang berkemungkinan akan diterbangkan oleh angin ke petak projek fertigasi. Rebung yang tumbuh disekitar tapak projek juga merupakan tambah nilai pada pendapatan peserta.
Akak pokok buluh juga mampu untuk mengawal hakisan tanah dan amat sesuai ditanam ditepi-tepi tebing terutama tebing sungai. Akarnya mampu mencekam struktur-struktur tanah dan menahan hakisan dari cepat berlaku.
Dipangkal rumpun pokok buluh juga terdapat banyak mikroorganisma yang membantu menguraikan daun-daun kering yang mereput dan seterusnya membaiki kesuburan tanah. Pokok buluh juga mengeluarkan rebung yang enak dimakan.
Selain dijadikan atap atau dinding rumah, kini potensi buluh telah diterokai untuk dijadikan pelbagai produk yang lain.
Semasa akak menyaksikan pameran semasa bertugas di Parlimen, akak dapat saksikan buluh turut dijadikan material untuk menghasilkan basikal, stokin, beg wanita, perabut, helmet, pakaian dan macam-macam lagi. Akak juga ada melihat inovasi dari luar negara yang menggunakan buluh untuk dijadikan badan kereta mewah! Subhanallah!
#BahPembangunanIndustriTanamanPutrajaya
#JabatanPertanianMalaysia
12/10/19

Bag wanita.
Stokin buluh.
Topi keselamatan yang diperbuat dari buluh.
Bangku buluh.
Alatan muzik.
Kerusi buluh.
Arang buluh
Mangkuk dari buluh
Mangkuk pelbagai saiz
Kereta mewah yang diperbuat dari buluh!
#BahPembangunanIndustriTanamanPutrajaya
#JabatanPertanianMalaysia
12/10/19
Semoga akak sentiasa istiqamah memberi info2 kpd masyarakat..harap boleh ikut jejak langkah dato anim
ReplyDeleteAamiin. Terima kasih. Alhamdulillah.
Deletekalau tahu ladang pokok buloh terbesar di malaysia boleh watsap saya 0122871479
ReplyDelete