Akak sering ditanya; "Mengapa madu ada mendakan kristal?". Dan ada juga yang bertanya; "Madu yang berkristal ni, madu tiruan ke?"
Akak bukanlah saintis atau penyelidik yang membuat analisa dimakmal. Akak bersyukur dan berterima kasih kerana mereka berlapang dada sentiasa berkongsi ilmu terutama tentang madu berkristal ini.
Seperti yang kita tahu, komponen utama madu ialah gula ringkas iaitu glukosa dan fruktosa. Nektar yang diambil oleh lebah atau kelulut mengandungi kandungan air dan sukrosa yang tinggi.
Apabila nektar diambil, ia akan disimpan di dalam perut madu (honey stomach). Di sini, enzim invertase akan dirembeskan ke dalam nektar bagi menguraikan sukrosa kepada fruktosa dan glukosa. Peratus kandungan fruktosa dan glukosa dalam setiap madu yang dihasilkan adalah berbeza bergantung kepada jenis bunga yang dikunjungi lebah atau kelulut.
Benarkah madu berkristal bukan madu asli?

Nektar yang dikumpul dimasukkan dalam perut madu untuk dibawa balik ke sarang.
Akak dimaklumkan bahawa, sekiranya analisis dimakmal mendapati sampel madu mempunyai kehadiran sukrosa yang tinggi, madu tersebut dituai sebelum ianya cukup matang! Ini menyebabkan enzim invertase tidak sempat menguraikan kandungan sukrosa yang berkenaan.
Kandungan sukrosa yang tinggi dalam madu juga akan menghasilkan mendakan kristal yang tinggi dalam madu. Ini juga bermakna, pengkristalan yang berlaku pada madu bukanlah penentu bahawa madu itu adalah madu tiruan! Madu berkenaan adalah madu asli yang mempunyai kandungan sukrosa yang masih belum sempurna terurai.
Mendakan kristal gula dalam madu
Pengkristalan dalam madu turut berlaku hasil pembentukan kristal oleh glukosa yang mempunyai bilangan, bentuk, dimensi dan saiz yang berbeza. Air dan suhu merupakan faktor yang terlibat dalam pengkristalan madu. Kandungan air yang rendah dan kandungan glukosa yang tinggi akan mempercepatkan kadar pembentukan kristal. Glukosa lebih mudah membentuk kristal berbanding fruktosa kerana kadar kelarutannya yang rendah berbanding fruktosa.
Kita juga boleh melihat bahawa warna madu menjadi agak cerah selepas pengkristalan berbanding dalam keadaan cecair kerana kristal glukosa adalah berwarna putih. Saiz kristal glukosa turut mempengaruhi darjah kecerahan dimana saiz kristal yang halus memberikan warna yang lebih cerah dalam madu.
Setakat ini dulu perkongsian ilmu pada artikel kali ini. Akak berharap akak akan dapat maklumat yang lebih banyak untuk akak kongsi disini pada masa hadapan. In sya Allah.
#BahPembangunanIndustriTanamanPutrajaya
#JabatanPertanianMalaysia
24/12/19
No comments:
Post a Comment