Jom kita baca apa sebenarnya yang berlaku..
Pokok pisang yang matang akan mula menghentikan pengeluaran daun dan ketika ini batang bunga akan mula keluar dari bahagian tengah pokok pisang.
Pada batang bunga ini akan kelihatan kudup yang berbentuk bujur berwarna merah keunguan. Dalam kudup ini terdapat bunga yang putih dan agak berlilin yang dilitupi oleh lapisan kelopak. Kelopak ini akan gugur sebaik sahaja bunga matang.
Batang bunga ini akan tumbuh memanjang dan akan membengkok. Bunga betina adalah bunga yang akan mula kelihatan berbanding bunga jantan. Bunga betina ini akan berada dalam dua baris.
Pada bunga betina pisang terdapat ovari yang mempunyai 3 bahagian yang dipanggil locules yang terdapat ovul-ovul. Walaupun ovul-ovul ini tidak disenyawakan oleh debunga, dinding ovari pada ketiga-tiga locules ini akan berkembang dan bercantum antara satu sama lain membentuk buah pisang tanpa biji. Ovul-ovul yang tidak disenyawakan akan mati dan dilihat sebagai deretan bintik hitam dibahagian tengah isi pisang.
Bilangan sikat buah pisang yang terbentuk bergantung pada berapa jumlah jambak bunga betina yang ada.
Setelah bunga betina mula membentuk buah tanpa melalui proses pendebungaan dan persenyawaan, batang bunga akan memanjang dan membentuk jambak bunga jantan. Setiap jambak bunga jantan ini dilapisi oleh kelopak.
Buah pisang (tidak termasuk pisang liar) adalah antara jenis buah berri yang terbentuk tanpa melalui proses pendebungaan dan persenyawaan. Buah ini dipanggil sebagai buah partenokarpa (parthenocarpy) iaitu buah yang terbentuk tanpa melalui persenyawaan dan membentuk buah yang tidak mempunyai biji. Namun, dalam keadaan tertentu ada buah pisang yang akan mempunyai biji. Keadaan ini berlaku berkemungkinan debunga dari pisang liar dibawa oleh agen pendebungaan.
Buah pisang liar yang memerlukan pendebungaan dan persenyawaan maka buah yang terhasil akan mempunyai banyak biji dan tidak dapat dimakan.
Selepas buah pisang matang, batang bunga akan mati dan pokok baru akan muncul dari bahagian rizom pokok pisang.
Selalunya, bunga jantan yang tidak membentuk buah ini (atau lebih dikenali sebagai jantung pisang) akan dicantas sebelum ia gugur bagi dijadikan masakan istimewa.
Mungkin nama jantung pisang ini diberi atas bentuknya seakan bentuk jantung atau kerana ia keluar dari bahagian tengah pokok pisang.
Wallahualam...
#BahPembangunanIndustriTanamanPutrajaya
#JabatanPertanianMalaysia
8/1/2020
Kelihatan tandan buah pisang yang bersambung dengan batang dari bahagian tengah pokok pisang.
Batang bunga ini akan tumbuh memanjang dan akan membengkok. Bunga betina adalah bunga yang akan mula kelihatan berbanding bunga jantan. Bunga betina ini akan berada dalam dua baris.
Bunga betina pokok pisang
Pada bunga betina pisang terdapat ovari yang mempunyai 3 bahagian yang dipanggil locules yang terdapat ovul-ovul. Walaupun ovul-ovul ini tidak disenyawakan oleh debunga, dinding ovari pada ketiga-tiga locules ini akan berkembang dan bercantum antara satu sama lain membentuk buah pisang tanpa biji. Ovul-ovul yang tidak disenyawakan akan mati dan dilihat sebagai deretan bintik hitam dibahagian tengah isi pisang.
Bilangan sikat buah pisang yang terbentuk bergantung pada berapa jumlah jambak bunga betina yang ada.
Pembentukan buah pisang dari bunga betina tanpa pendebungaan dan persenyawaan.
Setelah bunga betina mula membentuk buah tanpa melalui proses pendebungaan dan persenyawaan, batang bunga akan memanjang dan membentuk jambak bunga jantan. Setiap jambak bunga jantan ini dilapisi oleh kelopak.
Bunga jantan pokok pisang
Bunga pisang betina yang dikunjungi kelulut
Buah pisang liar yang memerlukan pendebungaan dan persenyawaan maka buah yang terhasil akan mempunyai banyak biji dan tidak dapat dimakan.
Selepas buah pisang matang, batang bunga akan mati dan pokok baru akan muncul dari bahagian rizom pokok pisang.
Selalunya, bunga jantan yang tidak membentuk buah ini (atau lebih dikenali sebagai jantung pisang) akan dicantas sebelum ia gugur bagi dijadikan masakan istimewa.
Jantung pisang rebus untuk dinikmati bersama sambal
Mungkin nama jantung pisang ini diberi atas bentuknya seakan bentuk jantung atau kerana ia keluar dari bahagian tengah pokok pisang.
Wallahualam...
#BahPembangunanIndustriTanamanPutrajaya
#JabatanPertanianMalaysia
8/1/2020
No comments:
Post a Comment