Apis florea yang comel.
Sumber gambar: https://www.flickr.com
Lebah Apis florea kelihatan mengambil air.
Disini akak ingin mengambil kesempatan untuk menasihatkan dan merayu rakan-rakan akak diluar sana...tolonglah jangan bakar lebah-lebah ini...😭😭😭.
Tanpa lebah-lebah ini membantu pendebungaan, pokok-pokok dan ekosistem kita akan lebih cepat musnah dan pupus!
Jika kita mengenali lebah-lebah ini, sebenarnya mereka tidak merbahaya. Mereka hanya akan menyerang apabila rasa terancam. Cukuplah halau mereka dengan memberi asap agar mereka dapat berpindah ke lokasi lain yang lebih selamat. 🐝🐝🐝.
Berbalik kepada lebah A.florea ini, lebah comel ini dikategorikan sebagai lebah yang paling kecil sama seperti lebah Apis andreniformis (A.andreniformis). Kedua-dua spesis lebah ini membina hanya satu lapisan kom berdiameter lebih kurang 25cm yang dilekatkan tergantung pada ranting-ranting pokok disebalik daun-daun bagi tujuan untuk sembunyi dari pemangsa.
Sarang lebah Apis florea dicelah-celah pokok
Gambar sumber: Penyelamat Lebah Malaysia
Kawanan lebah Apis florea
Gambar sumber: Penyelamat Lebah Malaysia
Seringkali juga kita akan keliru perbezaan diantara lebah A.florea dan lebah A.andreniformis. Abdomen lebah A.florea terdapat warna merah keperangan yang jelas berbanding A.andreniformis yang lebih berwarna hitam dan gelap. Bulu-bulu halus yang terdapat pada abdomen serta bahagian kaki belakang A.florea berwarna putih, manakala bulu-bulu pada abdomen dan kaki belakang A.andreniformis berwarna hitam!
Perbandingan bahagian abdomen lebah Apis florea dan Apis andreniformis.
Gambar sumber: https://wiki.nus.edu.sg
Perbandingan kaki belakang Apis florea dan Apis andreniformis.
Gambar sumber: https://wiki.nus.edu.sg
Lebah A.florea senang dikenali kerana mempunyai abdomen yang berwarna merah serta jalur putih hitam yang jelas kelihatan. Lebah kecil ini tidak boleh menghasilkan pengeluaran madu yang banyak. Pengeluaran madu oleh A.florea direkodkan sekitar 350 gram hingga 1 kg madu sahaja setahun.
Lebah ini adalah lebah yang nomad, sama seperti lebah Apis dorsata yang mana lebah-lebah ini akan berpindah randah membina sarang ditempat yang berbeza. Diantara faktor yang menyebabkan lebah-lebah ini berpindah randah ialah; kekurangan bahan asas seperti nektar dan debunga, ancaman pemangsa dan gangguan persekitaran.
Sarang Sarang lebah Apis florea dibalik pokok hiasan.
Gambar sumber: Penyelamat Lebah Malaysia
Jarak yang diambil oleh A. florea bagi membina sarang yang baru adalah disekitar 100 -200 meter dari sarang yang asal. Diantara keunikan pada lebah A.florea ini berbanding koloni lebah madu yang lain ialah lebah-lebah A.florea akan menggunakan kembali lilin lebah dari sarang lama bagi membina sarang baru dilokasi yang baru.
#BahPembangunanIndustriTanamanPutrajaya
#JabatanPertanianMalaysia
15hb Mac 2020
No comments:
Post a Comment