Sunday, July 12, 2020

APA YANG MENYEBABKAN CILI RASA PEDAS?

Bagi penggemar makanan yang pedas, sudah pastinya kurang menyelerakan jika makan tanpa ada rasa pedas. Apa sebenarnya yang memberi rasa pedas pada cili?

Apa yang menyebabkan cili memberi rasa pedas?


APA YANG MENYEBABKAN CILI RASA PEDAS?

Rasa pedas yang terdapat pada cili adalah disebabkan oleh kandungan kimia dalam cili yang dinamakan capsaicin (cara nak sebut " kap sai sin ") atau dipanggil capsaicinoids.

Capsaicin ini terdapat dalam kebanyakan pokok keluarga Capsicum melainkan cili benggala atau cili loceng. Cili benggala ini tidak mempunyai rasa pedas dan ia turut dipanggil lada manis dan sering digunakan untuk mewarnai masakan yang berasaskan sayur-sayuran.
Cili benggala tidak mempunyai rasa pedas. 


PLASENTA

Selama ini kita menyangka rasa pedas pada cili adalah dari biji cili berkenaan. Sebenarnya rasa pedas pada cili itu terdapat pada bahagian lapisan putih dibahagian tengah buah cili yang dinamakan plasenta (placenta)

Plasenta ialah bahagian pada bawah calyx dimana biji benih cili melekat padanya. Pada bahagian inilah terdapat capsaisin.

Kedudukan plasenta pada sebiji buah cili. 


KELENJAR CAPSAISIN

Diantara plasenta dan biji benih terdapat kelenjar capsaisin (capsaicin glands) yang menghasilkan capsaisin dan menyebabkan cili rasa pedas. Maka; bagi yang tidak menyukai atau ingin mrngurangkan rasa pedas, bahagian ini perlu dibuang.

Perhatikan kedudukan kelenjar capsaisin (Capsaicin glands)


UKURAN KEPEDASAN CILI

Kepedasan capsaisin didalam cili disukat menggunakan Scoville Scale menggunakan unit yang dikenali sebagai Scoville Heat Units (SHU).

Bacaan SHU bagi pelbagai jenis cili. 


Berdasarkan gambar diatas, cili benggala mempunyai bacaan 0 SHU. Dan in bermakna, cili benggala tidak mempunyai rasa yang pedas.

Semoga maklumat ini memberi ilmu yang baru buat semua. In sya Allah.


#BahPembIndustriTanamanPutrajaya
#JabatanPertanianMalaysia

12/7/2020

No comments:

Post a Comment

APA ITU SONIC BLOOM DAN KESAN KEPADA PERTUMBUHAN POKOK?

Sonic Bloom ialah teknologi yang melibatkan kombinasi gelombang bunyi pada frekuensi yang tinggi dan nutrien untuk meningkatkan produktiviti...