Buah nanas yang terdedah kepada suhu dan pancaran matahari yang tinggi yang lama dan kerap terutama diperingkat kemasakan buah, akan mudah menghadapi risiko melecur "sunburn" atau "fruit scorching". Ini secara langsung akan menyebabkan kerosakan pada buah dan menyebabkan ia tidak sesuai dipasaran.
Kerosakan akibat panahan cahaya matahari yang melampau (solar stress) akan menyebabkan tisu pada buah kulit buah nanas akan menjadi lemah dan menyebabkan kerosakan pada buah. Kerosakan yang berlaku pada isi buah berlaku apabila panahan haba yang tinggi, mengakibatkan isi nanas menjadi "masak" dan merosakkan buah. Keadaan ini akan menyebabkan serangan sekunder dari kulat dan perosak pada isi buah.
pada buah nanas MD2
Bagi mengurangkan kesan "sunburn" ini, beberapa cara dipraktikkan oleh petani. Ada yang menyarungkan sarung kertas atau kain pada buah yang sudah hampir matang, ada yang menggunakan piring polisterin yang dipasang pada jambul buah nanas, malah ada yang mengikut daun-daun nanas pada buah nanas. Kesan melecur pada kulit buah nanas ini juga dapat dikurangkan sekiranya dibaluti atau dilindungi oleh rumpai pada keliling pokok nanas berkenaan.
Kaedah yang paling berkesan dan mudah ialah, pokok nanas ditutup dengan jaring (sekurang-kurangnya 30%) atau kain bagi melindungi kepanasan dari sinaran matahari dan seterusnya dapat mengurangkan kerosakan pada buah nanas.
Selain menggunakan jaring bagi mengurangkan kesan panahan cahaya matahari, ada pengusaha tanaman nanas di Queensland menggunakan "sun block" berasaskan batu kapur (limestone) dengan menyemburkannya kepada buah nanas bagi mengelak lecuran pada kulit buah nanas.
#InstitutPertanianTitiGantongPerak
#JabatanPertanianMalaysia
1/12/2020
No comments:
Post a Comment