Friday, April 16, 2021

KESAN CAHAYA LAMPU PADA KUALITI TIDUR



KESAN CAHAYA LAMPU PADA KUALITI TIDUR
-----------------------------------------------------------------
Akak pernah kongsi coretan kisah pengalaman akak tentang kesan tidur lewat kepada kesihatan akak. Kali ini, akak kongsikan lagi cerita pasal tidur. Akak harap korang jangan pulak tertidur selepas baca coretan akak ini! 😂😂😂
.
Sebelum ini akak ada menyentuh sedikit tentang jam biologi tubuh kan? Kali ini, akak nak sentuh sikit mengenai "Circadian Rhythm (CR)" atau lebih kurang maksudnya kitaran bangun dan tidur seharian. 
.
Jam biologi tubuh membantu untuk mengatur circadian rhythm (CR) ini. CR merupakan aturan jam yang mengatur bila tubuh perlu bangun dan bila tubuh perlu tidur. Peranan ini dibantu oleh hormon yang dinamakan melatonin. 
.
Melatonin akan dirembeskan mulai jam 6:00 petang dan akan mula berhenti mulai jam 6:00 pagi setiap hari. Melatonin akan menghantar isyarat kepada otak bahawa tubuh perlu berehat. Dan ketika itu kita akan mula merasa mengantuk dan suhu badan kita akan mula turun. 
.
Penghasilan melatonin akan terganggu dengan kehadiran cahaya. Dan akan memberi isyarat yang tubuh sudah perlu bersedia untuk bangun!
.
Apabila kita sering tidur lewat, kita akan menganggu penghasilan melatonin dan kesan jangkamasa panjang ialah kita akan mula mengalami simptom sukar untuk tidur (insomnia), sistem tubuh badan kita akan mula terganggu yang akan menyebabkan kesan kemurungan, gangguan sistem immune, menyebabkan sel-sel tubuh tidak sempat dibaiki, dan juga mendedahkan tubuh untuk mendapat kanser! Nauzubillah....
.
Maka yang sebaiknya, kita perlu tidur awal, tutup lampu atau hanya pasang lampu yang malap ketika tidur bagi memastikan penghasilan melatonin yang sempurna bagi mendapatkan tidur yang berkualiti!
.
Jom hargai kesihatan kita... 
Mari akak bantu...
.
www: wasap.my/60195706995/nak_joinTKO
.
#Myhealthylifejourney
#Tuisyenkurusonline
#TuisyenKurusAzmanAsma
#HEALTHisWEALTH
#ThetimeisNOW

.

No comments:

Post a Comment

APA ITU SONIC BLOOM DAN KESAN KEPADA PERTUMBUHAN POKOK?

Sonic Bloom ialah teknologi yang melibatkan kombinasi gelombang bunyi pada frekuensi yang tinggi dan nutrien untuk meningkatkan produktiviti...