Friday, May 14, 2021

KENAPA BERAT TIDAK TURUN KETIKA PERIOD?


Soalan ini sering ditanya dari kawan-kawan wanita akak......
(ehemmmm... yang lelaki tu jangan pulak kata akak ni double standard plak hanya fokus pada kawan-kawan wanita! Dah yang wanita ni je yang datang period! Hisshhh! 😂😂😂). Apa-apa pun buat kaum Adam, tak salah menambah ilmu ini walaupun kome tak datang bulan, tau! 

.
Mereka ingin tahu mengapa berat mereka seakan tidak berganjak dan badan mereka seakan mengembang ketika mereka datang kotor. Maka akak pun carilah jawapan kepada persoalan mereka.. 
.
Apa yang berlaku ketika seorang wanita dekat-dekat hendak period, hormon estrogen didalam tubuh wanita akan naik. Kenaikan hormon estrogen ini akan menyebabkan pengumpulan air didalam tubuh wanita tersebut diikuti dengan rasa kembong pada perut. 
.
Pengumpulan air (water retention) didalam tubuh ini adalah proses untuk membuang darah Kotor dari tubuh seorang wanita. Cecair mempunyai jisim yang mana, 1 liter cecair bersamaan lebih kurang 1kg berat! 
.
Pada masa yang sama, hormon progestrone juga akan meningkat sebelum period dan akan merangsang selera makan. Kaum wanita perlu mengawal selera makan ketika period bagi mengelak pertambahan berat badan selepas period tamat. 
.
Apabila wanita sudah mulai period, hormon estrogen akan menurun, diikuti dengan penurunan air terkumpul. Penurunan hormon estrogen akan menyebabkan juga penurunan hormon serotonin. 
.
Penurunan hormon serotonin akan menyebabkan tubuh menginginkan makanan berkarbohidrat dan manis. Ini adalah kerana karbohidrat diperlukan oleh badan bagi penghasilan hormon serotonin! Keadaan ini jika tidak dikawal akan menyebabkan pertambahan berat badan. 
.
Maka kaum wanita perlu bersabar dengan berat yang statik ketika sedang datang bulan. Berat badan pasti akan turun kembali kecuali jika mengambil kalori yang berlebihan ketika period..
.
Ingin kurus selepas raya?
 www.wasap.my/60195706995/nak_kurus
.
#Myhealthylifejourney
#TuisyenKurusOnlineAzmanAsma
#29thRamadhan2021

No comments:

Post a Comment

APA ITU SONIC BLOOM DAN KESAN KEPADA PERTUMBUHAN POKOK?

Sonic Bloom ialah teknologi yang melibatkan kombinasi gelombang bunyi pada frekuensi yang tinggi dan nutrien untuk meningkatkan produktiviti...