Kita sering mendengar perkataan GI atau glycemic index disebut apabila dikaitka dengan penjagaan pemakanan untuk kesihatan atau untuk pengurusan berat badan. Apa ke benda la GI-GI ni sebenarnya?
.
Meh sini akak nak kabo...
.
Glycemic index (GI) ini adalah klasifikasi kesan makanan karbohidrat yang memberi efek kepada kenaikan paras gula dalam darah. Ia merupakan sukatan untuk melihat berapa lama makanan berkarbohidrat mempengaruhi kenaikan paras gula dalam darah dalam tempoh 2 ke 3 jam selepas dimakan.
.
Haaaa... Ini bermakna makanan karbohidrat yang berbeza, memberi kesan kenaikan paras gula yang berbeza.
.
Makanan yang dihadam dan cepat diserap, mempunyai GI yang tinggi yang menyebabkan kenaikan gula dalam darah dengan cepat. Kita akan cepat rasa kenyang selepas makan, tapi akan mudah cepat rasa lapar kembali!
Contoh makanan yang tinggi GI adalah seperti kentang, kek, nasi putih, pulut, biskut raya. 😂😂😂
.
Manakala, makanan yang lambat dihadam dan diserap, mempunyai GI yang rendah. Oleh kerana ia lambat dihadam kerana penguraiannya yang lambat, ia menyebabkan kita rasa kenyang yang lama dan kita akan lambat rasa lapar!
Contoh makanan yang GI rendah ialah makanan seperti oat, buah-buahan yang tinggi serat dan kekacang. 🍊🍎🍏🍐
.
Sukatan GI dibahagi kepada:
🍏 GI rendah (bacaan kurang dari 55)
🥜 GI sederhana (bacaan antara 55-70)
🍚 GI tinggi (bacaan melebihi 70)
.
Cuba lihat gambar yang akak lampirkan bersama. Kita boleh lihat bacaan GI pada label yang terdapat pada roti Gardenia.
.
Kita perlu tahu pemilihan makanan yang tepat untuk penjagaan kesihatan kita. Makanan yang tinggi GI sememang boleh meningkatkan risiko kencing manis dan darah tinggi.
.
Namun, bagi ahli sukan yang memerlukan tenaga segera, pemilihan makanan yang mempunyai GI yang tinggi ini perlu untuk mereka mendapat tenaga segera dari makanan.
.
Makanan yang mempunyai GI yang rendah dapat membantu dalam mengawal dalam proses penurunan berat badan kerana ia dapat mengurangkan pengeluaran insulin dalam darah.
.
Seperti artikel akak yang lalu, kita tahu bahawa hormon insulin bantu pengumpulan lemak dalam badan dan membantutkan proses pemecahan tenaga dari lemak yang tersimpan dalam tubuh kita!
.
Jom jadi cilek akal dan minda dalam proses menjaga kesihatan kita.
Pendaftaran kini dibuka...cepat-cepat! Tempat adalah TERHAD.
www.wasap.my/60195706995/nak_sihat
.
#Myhealthylifejourney
#TuusyenKurusOnlineAzmanAsma
#2ndSyawal2021
No comments:
Post a Comment