INGIN KEKALKAN BERAT SELEPAS RAYA?
------------------------------------------------------------------
Hari raya adalah hari yang paling sukar untuk kita mengawal makan yang masuk ke perut! Dan ia juga menyebabkan kita sukar untuk mengawal berat badan. 😱😱😱
.
Di sini akak cuba berkongsi sedikit tips agar Kita tidak terus hanyut tenggelam dalam nafsu makanan sedap dihari raya.... 😂😂😂
.
1️⃣ Perkara yang paling penting untuk kita mulai hari raya kita ialah sarapan pagi yang betul untuk meningkatkan metabolisma tubuh kita.
.
Sarapan yang kita pilih untuk mengisi perut kita yang kosong diwaktu pagi, perlulah berkhasiat, rendah kalori dan rendah GI. Apa pulak GI..GI ni akak oooiii...?
.
Nanti akak kupas waktu lain, tapi secara ringkasnya jangan terus makan makanan yang tinggi karbohidratnya seperti lemang, ketupat, mee, nasi lemak dan sebagainya. Sebaiknya mulakan dengan air kosong, kurma atau oat. Pilihan terbaik adalah minuman dalam bentuk protin!
.
Air kosong yang diminum ketika perut kosong akan membantu kita cepat rasa kenyang...
.
2️⃣ Buat perancangan atau pilih makanan utama yang ingin kita makan. Pilih pinggan yang bersaiz kecil untuk kawal portion makanan yang kita ambil.
.
Sebaiknya makanan tersebut dikunyah perlahan-lahan bagi menikmati rasa makanan tersebut disamping memberi isyarat kenyang kepada otak. Otak menerima isyarat 20 minit selepas kita makan!
.
Amalkan pemilihan makanan suku-suku-separuh.
.
3️⃣ Minum air kosong sebagai pilihan utama bagi mencukupkan keperluan harian tubuh, Dan seterusnya mengurangkan pengambilan kalori yang tinggi!
.
4️⃣ Paling penting, fokus kepada BIG WHY kenapa kita ingin kuruskan badan!
.
Akak mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN!
.
Kepada sesiapa yang ingin turunkan berat badan selepas raya, pendaftaran kini telah dibuka! Tempat adalah TERHAD.
www.wasap.my/60195706995/nak_kurus
.
#Myhealthylifestyle
#TuisyenKurusOnlineAzmanAsma
#30thRamadhan2021
.
No comments:
Post a Comment