Friday, May 14, 2021

BAGAIMANA STRESS MAMPU MENINGKATKAN BERAT BADAN

BAGAIMANA STRESS MAMPU MENINGKATKAN BERAT BADAN 
-------------------------------------------------------

Setelah akak banyak memberi tumpuan dalam ilmu kesihatan diri bersama Tuisyen Kurus Online (TKO), banyak sangat ilmu baru yang akak belajar. Alhamdulillah... 🥰. 
.
Diantaranya, selain pemakanan dan senaman, kesihatan mental juga mempengaruhi penurunan berat badan! Subhanallah.
.
Di sini akak tidak menyangka bahawa tekanan (stress) juga adalah salah satu faktor yang menyebabkan berat badan bertambah , dan turut menyebabkan kesukaran untuk menurunkan berat! 😥.
.
Apabila kita stress, kelenjar adrenal yang berada di ginjal akan merembeskan hormon adrenalin dan hormon kortisol. Hormon kortisol dihasilkan dengan banyak ketika tubuh mengalami tekanan secara fizikal atau mental. 
.
Hormon adrenalin akan meningkatkan tekanan jantung, dan hormon kortisol akan meningkatkan gula dalam aliran darah untuk memastikan otak dapat bekerja dengan lebih efektif. 
.
Apabila kandungan gula dirembeskan dengan banyak pada aliran darah, hormon insulin akan dirembeskan bagi menurunkan kadar gula didalam darah. Ketika ini, otak akan menghantar isyarat yang tubuh perlukan makanan manis untuk mengantikan gula yang berkurangan dalam tubuh. 
.
Stress juga mengalakkan pengeluaran hormon ghrelin yang akan menyebabkan kita rasa lapar dan akan mula makan berlebihan! 
.
Hormon kortisol yang dirembeskan akan turut menyebabkan kadar metabolisma tubuh akan rendah dan seterusnya menyukarkan proses penurunan berat badan! 
.
Jom jaga kesihatan dengan ilmu
 www.wasap.my/60195706995/ingin_sihat
.
#Myhealthylifejourney
#TuisyenKurusOnlineAzmanAsma
#24thRamadhan2021

No comments:

Post a Comment

APA ITU SONIC BLOOM DAN KESAN KEPADA PERTUMBUHAN POKOK?

Sonic Bloom ialah teknologi yang melibatkan kombinasi gelombang bunyi pada frekuensi yang tinggi dan nutrien untuk meningkatkan produktiviti...