Friday, May 14, 2021

NAK KURUSKAN BADAN, TAPI.......

NAK KURUSKAN BADAN, TAPI.......
-----------------------------------------------------------

Untuk menguruskan badan, antara perkara yang paling penting dititikberatkan ialah pemakanan! Ianya kerana pemakanan mempengaruhi 80% kejayaan dalam proses penurunan berat badan! 
.
Dalam proses penurunan berat badan, kita perlu menitik beratkan makanan yang direbus, dikukus atau dibakar. Kita perlu elak makanan yang manis, masin, berlemak dan berminyak. Malah, kita juga perlu mengelak dari makan makanan yang diproses!
.
Namun ramai yang masih kurang memahami konsep pemilihan makanan yang sesuai untuk dimakan. Di sini akak cuba menyenarai beberapa situasi untuk kita fahami bersama.
.
1️⃣ Situasi pertama:
👍🏼Masak makanan dengan cara merebus, 
     bakar dan kukus.
.
👎🏼Tapi makan makanan tersebut dengan 
      kuantiti yang banyak melebihi keperluan
👎🏼Makanan yang dimasak terdiri dari makanan 
     yang diproses seperti sosej dan nugget
.
✍️Apabila kita mengambil makanan 
     berlebihan, bermakna kita akan mengambil 
     kalori yang berlebihan. Kalori yang 
     berlebihan akan disimpan didalam tubuh 
     sebagai lemak!
✍️Makanan yang diproses adalah makanan 
     yang tinggi lemak, gula dan garam. 
     Walaupun ianya dimasak dengan cara yang 
     solehah (kukus, rebus atau bakar), ianya 
     tidak akan menjadikan makanan tersebut 
     solehah untuk dimakan! 😂😂😂
.
.
2️⃣Situasi kedua
👍🏼Memilih makanan yang tinggi fiber dan 
     rendah kalori
.
👎🏼Tapi memasak makanan dengan kaedah    
     menggoreng, santan, garam dan gula yang 
     tinggi. 
.
✍️Sebaiknya kita pilih makanan yang 
     membantu dalam penurunan berat badan, 
     Dan akhirnya dimasak dengan kaedah yang 
    sesuai.
.
.
3️⃣Situasi ketiga
 👍🏼Memilih kekacang untuk snacking dan 
      untuk mendapatkan lemak baik
.
👎🏼Tapi mengambil kekacang dalam kuantiti 
     yang banyak dan berlebihan.
.
✍️ Kekacang mempunyai lemak baik. 
      Sebaiknya pilih kekacang yang dibakar dan 
      tidak diletak perisa tambahan. Namun, ia 
      tidak boleh dimakan dengan kuantiti yang 
      berlebihan kerana ia mengandungi kalori 
      yang tinggi. 

Bestkan kalau turun berat badan dengan ilmu?
Jom join team akak
 www.wasap.my/60195706995/nak_turunberat
.
#Myhealthylifejourney
#TuisyenKurusOnlineAzmanAsma
#26thRamadhan2021

No comments:

Post a Comment

APA ITU SONIC BLOOM DAN KESAN KEPADA PERTUMBUHAN POKOK?

Sonic Bloom ialah teknologi yang melibatkan kombinasi gelombang bunyi pada frekuensi yang tinggi dan nutrien untuk meningkatkan produktiviti...