Saturday, July 25, 2020

BUNGA AIR MATA PENGANTIN (Antigonon leptopus)

Pokok bunga air mata pengantin (Antigonon leptopus) ini dahulunya hanyalah bunga liar yang cantik yang tumbuh menjalar didalam semak. Namun kini ia menjadi tarikan terutama kepada penternak lebah dan kelulut.


Bunga air mata pengantin yang mekar cantik.

Pokok ini berbunga sepanjang tahun dan selalunya keluar mekar dalam rumpun. Pokok ini mempunyai bunga yang berwarna merah jambu atau putih serta mempunyai akar umbi yang besar.

Warna putih yang menawan


Pokok ini boleh dibiakan melalui keratan batang atau biji benih. Namun peratus percambahannya agak lambat dan sukar kerana ia mempunyai biji yang mempunyai biji yang keras dan tebal.


Bunga air mata pengantin yang sudah kering


Biji benih bunga air mata pengantin yang dikeluarkan dari bunga yang telah kering


Bunga air mata pengantin ini mengandungi nektar dan debunga yang amat disukai oleh serangga seperti lebah, kelulut, tebuan, kumbang, semut, rama-rama dan lain-lain.


Lakaran menunjukkan kedudukan nektar pada bunga air mata pengantin



Kelulut Heterotrigona itama mengutip debunga dari bunga air mata pengantin


Kelulut Geniotrigona thoracica turut mengunjungi bunga ini bagi mendapatkan nektar. 


Bunga air mata pengantin ini juga dikatakan boleh dimakan dan mempunyai khasiat perubatan untuk merawat ppenyakit seperti batuk dan selsema. Dan warna bunganya yang cantik turut menjadikan bunga ini sesuai dijadikan hiasan bunga segar.

Wallahulam...

#BahPembIndustriTanamanPutrajaya
#JabatanPertanianMalaysia

25/7/2020

Sunday, July 12, 2020

APA ITU SAYURAN "MICROGREENS"?

Sayuran microgreens ini adalah sayuran muda yang dipetik selepas 2 ke 3 minggu bercambah; sesuai dengan namanya "micro" yang bermaksud kecil dan greens yang bermaksud tanaman.

Anak pokok bayam diantara jenis sayuran yang sesuai dijadikan sayuran microgreens.

Antara benih yang sesuai dijadikan sayuran microgreens adalah bayam, kale, lobak pak choy, kobis ungu dan lain- lain.

Di antara benih sayuran microgreens yang terdapat dipasaran. 
(Sumber gambar: Jong Chun Sun)

Kita harus waspada kerana ada juga tanaman seperti pokok tomato dan pokok ubi kentang tidak sesuai dimakan diperingkat kecil kerana ada molekul beracun yang terdapat didalam batang atau pucuk pokok tersebut.


BILAKAH SAYURAN MICROGREENS BOLEH DITUAI?

Microgreen merupakan sayuran yang muda yang berumur kurang dari sebulan dan mempunyai ketinggian lebih kurang 2 inci tinggi. Ia dituai pada peringkat yang lebih awal berbanding sayuran biasa yang dituai apabila telah matang.

Sayuran microgreens dituai dengan menggunakan gunting apabila tanaman ini telah mengeluarkan sepasang daun sebenar (daun yang keluar selepas kotiledon).

Pokok microgreen yang sudah mengeluarkan daun sebenar


Sayuran microgreens selalunya dimakan mentah sebagai salad atau dimakan bersama sandwich. Rasanya yang rangup, segar, berwarna warni serta mempunyai kandungan nutrien yang tinggi menjadi pilihan masa kini dalam mempelbagaikan jenis makanan dalam diet harian.



RESEPI RINGKAS BERASASKAN SAYURAN MIKROGREENS


SALAD  SAYURAN MICROGREENS
----------------------------------------------------

Sayuran microgreens ( bayam)
Bayam Brazil
Telur rebus
Lada hitam
Sos Roasted Sesame






SANDWICH SALAD MICROGREENS
-----------------------------------------------------

Sayuran microgreens
Bayam Brazil
Tuna mayonis
Roti sandwich






Selamat mencuba...


#BahPembIndustriTanamanPutrajaya
#JabatanPertanianMalaysia

12/7/2020








APA YANG MENYEBABKAN CILI RASA PEDAS?

Bagi penggemar makanan yang pedas, sudah pastinya kurang menyelerakan jika makan tanpa ada rasa pedas. Apa sebenarnya yang memberi rasa pedas pada cili?

Apa yang menyebabkan cili memberi rasa pedas?


APA YANG MENYEBABKAN CILI RASA PEDAS?

Rasa pedas yang terdapat pada cili adalah disebabkan oleh kandungan kimia dalam cili yang dinamakan capsaicin (cara nak sebut " kap sai sin ") atau dipanggil capsaicinoids.

Capsaicin ini terdapat dalam kebanyakan pokok keluarga Capsicum melainkan cili benggala atau cili loceng. Cili benggala ini tidak mempunyai rasa pedas dan ia turut dipanggil lada manis dan sering digunakan untuk mewarnai masakan yang berasaskan sayur-sayuran.
Cili benggala tidak mempunyai rasa pedas. 


PLASENTA

Selama ini kita menyangka rasa pedas pada cili adalah dari biji cili berkenaan. Sebenarnya rasa pedas pada cili itu terdapat pada bahagian lapisan putih dibahagian tengah buah cili yang dinamakan plasenta (placenta)

Plasenta ialah bahagian pada bawah calyx dimana biji benih cili melekat padanya. Pada bahagian inilah terdapat capsaisin.

Kedudukan plasenta pada sebiji buah cili. 


KELENJAR CAPSAISIN

Diantara plasenta dan biji benih terdapat kelenjar capsaisin (capsaicin glands) yang menghasilkan capsaisin dan menyebabkan cili rasa pedas. Maka; bagi yang tidak menyukai atau ingin mrngurangkan rasa pedas, bahagian ini perlu dibuang.

Perhatikan kedudukan kelenjar capsaisin (Capsaicin glands)


UKURAN KEPEDASAN CILI

Kepedasan capsaisin didalam cili disukat menggunakan Scoville Scale menggunakan unit yang dikenali sebagai Scoville Heat Units (SHU).

Bacaan SHU bagi pelbagai jenis cili. 


Berdasarkan gambar diatas, cili benggala mempunyai bacaan 0 SHU. Dan in bermakna, cili benggala tidak mempunyai rasa yang pedas.

Semoga maklumat ini memberi ilmu yang baru buat semua. In sya Allah.


#BahPembIndustriTanamanPutrajaya
#JabatanPertanianMalaysia

12/7/2020

Friday, July 10, 2020

POTENSI KULIT DURIAN; APA YANG KITA PERLU TAHU TENTANGNYA?

Kita sudah serasi dengan nama durian dan kulitnya yang berduri. Bergantung kepada jenis durian, peratus yang boleh dimakan pada buah durian adalah hanya diantara 28 ke 30% sahaja. Malah ada durian kampung yang mempunyai biji yang besar dan peratus yang boleh dimakan tidak melebihi 25%. Ini bermakna dari sebiji durian, berat kulit adalah diantara 75 hingga 80%! Dan kulit durian menjadi bahan buangan pertanian yang tiada nilai.



Kulit durian mempunyai duri yang banyak yang mempunyai kapasiti yang tinggi dalam menyerap hentakan bagi melindungi isi durian serta semasamengurangkan kesan hentakan semasa buah durian gugur ke tanah.

Kini, kajian membuktikan bahawa selain nanas, hemp, jut, kenaf, pisang, fiber dari kulit durian juga berpotensi untuk dijadikan produk komoditi bernilai tinggi. Fiber dari kulit durian mempunyai kandungan selulos dan hemiselulos yang tinggi dan ianya stabil pada suhu yang tinggi sehingga 367 darjah celcius dan ini membolehkan kulit durian diproses melalui polymerization dalam suhu yang tinggi.

Akak rasa ini adalah diantara peluang Dan ruang yang kita boleh terokai bagi menjana ekonomi penanam durian dimasa hadapan. Wallahulam.

# BahPembIndustriTanamanPutrajaya
#JabatanPertanianMalaysia

10/7/2020

APA ITU SONIC BLOOM DAN KESAN KEPADA PERTUMBUHAN POKOK?

Sonic Bloom ialah teknologi yang melibatkan kombinasi gelombang bunyi pada frekuensi yang tinggi dan nutrien untuk meningkatkan produktiviti...