Saturday, April 9, 2022

RAMADAN 8: POLA PENURUNAN BERAT DI BULAN RAMADAN

RAMADAN 8: POLA PENURUNAN BERAT DI BULAN RAMADAN


.
Berpuasa sahaja tidak akan menyebabkan berat badan kita turun. Kita juga perlu pandai mengawal pemakanan semasa sepanjang sahur dan berbuka.
.
Apabila kita berpuasa, penurunan berat adalah ketara pada minggu pertama berpuasa. Dan selalunya penurunan berat akan semakin perlahan apabila kita mula masuk minggu kedua dan minggu seterusnya. Ini adalah kerana pada peringkat awal kita berpuasa, penurunan berat itu adalah disebabkan kehilangan air dari dalam tubuh.
.
Akak yakin, ramai yang tertanya-tanya mengapa air❓ Sedangkan dibulan puasa kita kurang minum air❓
.
Apabila kita menaiki penimbang, nombor yang naik adalah jumlah berat tubuh kita secara keseluruhan, dan air mengambil bacaan yang paling tinggi dalam tubuh kita berbanding tulang.
.
Air meliputi hampir 60% dari berat badan kita.  Air adalah perkara pertama yang akan hilang selain otot dan lemak‼️
Jisim lemak tidak akan hilang dengan cepat tetapi kita boleh kehilangan banyak air dalam satu hari‼️
.
Apabila kita dalam proses penurunan berat badan, kita akan mula turun berat. Hingga ke suatu peringkat kita akan dapati bahawa berat kita tidak bergerak atau istilahnya plateau. Salah satu sebabnya adalah kerana tubuh kita kehilangan air bukan kehilangan lemak‼️
.
Apabila kita mengawal pengambilan kalori, mengurangkan pengambilan karbohidrat dan turut melakukan senaman bagi membakar kalori dibulan puasa, tubuh kita akan mengambil tenaga dari glikogen. Glikogen adalah glukosa yang berlebihan yang disimpan dalam hati, otot atau dalam sel lemak..
.
Glikogen (karbohidrat) memegang kandungan air yang banyak. Ia mampu memegang 3 kali ganda beratnya. Ini bermakna,  1 gram glikogen akan memegang 3 gram air. Apabila kita senaman, kita akan kehilangan air melalui peluh.
.
Ketika ini kita akan kehilangan banyak glikogen dalam sel lemak dan akhirnya mengecilkan saiz sel berkenaan. Dan....sekiranya kita tidak meneruskan gaya hidup dan pemakanan sihat, glikogen akan mengisi balik dalam sel lemak kita dan kita akan "dapat kembali" berat yang hilang.
Lost and found la sangat kan? ........
.
www.wasap.my/60195706995/nak_sihatkurus2022
.
#MyHealthylifeJourney
#TuisyenKurusOnlineNURISHA
#TKOBukanSekadarKurus
.

JAMBU EPAL ATAU JAMBU KRISTAL CAMERON HIGHLAND

JAMBU EPAL ATAU JAMBU KRISTAL CAMERON HIGHLAND

.
.
Terkenang pengalaman mak akak yang kebetulan dibawa bercuti di Cameron Highland. Ketika itu, akak melihat bungkusan jambu hijau yang dipegang oleh mak. Akak tidak perasan bila masanya mak memilih buah tersebut.
.
Apabila ditanya, mak bagitahu penjual buah tersebut memaklumkan bahawa jambu itu adalah jambu kristal yang hanya terdapat di Cameron Highland‼️ 
.
.
Adehsss... Kesian mak. Meh akak ceritakan cerita sebenar "jambu kristal" atau turut dikenali sebagai "jambu epal" ini. 
.
Jambu ini adalah jambu lohan yang mengalami  sedikit kerosakan pada bahagian kulit buah. Maka kulit buah ini dikupas bersih dan meninggalkan isi buah sahaja. Bentuk jambu ini akan nampak licin. 
.
Buah yang telah dikupas bersih dari kulitnya akan direndam dalam pewarna merah atau hijau. Seterusnya buah ini direndam dengan gula. Dan dipack untuk dijual. 
.
Akak cuma nak bagitahu..."Jambu kristal" atau "jambu epal" itu adalah jambu batu lohan yang telah di mekap dengan pewarna merah dan pewarna hijau dan dicelup gula je.......
.
Itu je akak nak kabo ....Sekian..
.
#MyHealthylifeJourney
#TyisyenKurusOnlineNURISHA
#TKOBukanSekadarKurus
.

.

RAMADAN 7: LARANGAN BERPUASA BAGI WANITA YANG SEDANG HAID

RAMADAN 7: LARANGAN BERPUASA BAGI WANITA YANG SEDANG HAID


.
Islam melarang wanita yang sedang menstrual untuk menjalani ibadah solat, membaca Al-Quran termasuklah berpuasa. Dikatakan, proses haid akan membuang keluar darah, mukus/lendiran dan sel-sel yang sudah mati.
Jumlah keseluruhan cairan yang hilang dari tubuh adalah diantara 60 ke 200 ml.
.
Akak kongsikan disini beberapa penerangan dari sudut sains mengapa puasa disaat sedang haid akan memudaratkan wanita.
.
1️⃣. Mengeluarkan darah yang banyak
.
Ketika haid, wanita akan mengeluarkan darah yang sangat banyak. Darah ini berasal daripada peluruhan dinding rahim yang menebal sebelum ini.
.
Pendarahan ini biasanya sangat banyak pada hari pertama dan beransur-ansur berkurangan hingga habis. Darah yang banyak keluar daripada tubuh wanita menyebabkan wanita menjadi lemah dan lesu.
.
Sesetengah wanita juga mengalami anemia dan penurunan tekanan darah.
Sekiranya wanita dalam keadaan ini meneruskan puasa, keadaan fizikalnya tidak mampu menanganinya.
.
2️⃣. Sering sakit di kawasan perut

Sebelum haid, wanita akan mengalami kekejangan di perut. Rasa sakit ini disebabkan perluruhan dinding rahim. Sesetengah wanita mengalami rasa sakit sehingga menyebabkan lemah dan pengsan.
.
Keadaan ini biasanya berterusan selama seminggu tempoh haid. Kesakitan yang dialami ini biasanya di bahagian bawah abdomen. Kawasan tersebut seperti ditusuk-tusuk sehingga tidak selesa untuk bergerak.
.
3️⃣. Mengalami migrain
.
Menurut penyelidikan yang dilaporkan di halaman Health, wanita akan mengalami migrain yang teruk. Keadaan ini dialami oleh kira-kira 70% wanita pelbagai usia.
.
Sekiranya wanita berpuasa dan mengalami dehidrasi, sakit kepala akan menjadi lebih teruk. Ini adalah kerana 80% otak adalah air. Kekurangan air menyebabkan sakit kepala.
.
4️⃣. Mendapat penyakit
.
Ketika haid keadaan tubuh wanita akan lemah. Daya tahan akan menurun dah mudah mendapat penyakit.
.
5️⃣. Sakit di mana-mana
.
Semasa haid, wanita akan mengalami penurunan hormon estrogen. Keadaan ini menyebabkan wanita lebih sensitif dengan rasa sakit hingga kerap letih, sakit di bahagian punggung dan gangguan yang menyebabkan rasa sakit.
.
Wanita yang tidak tahan dengan keadaan ini biasanya disarankan untuk berjumpa doktor segera bagi mendapatkan ubat tahan sakit.
.
www.wasap.my/60195706995/nak_sihat2022
.
#MyHealthtlifeJourney
#TuisyenKurusOnlineNURISHA
#TKOBukanSekadarKurus
.

Thursday, April 7, 2022

RAMADAN 6: MAKANAN UNTUK BERBUKA

RAMADAN 6: MAKANAN UNTUK BERBUKA



.
Alhamdulillah....
Hari ini sudah masuk Ramadan yang ke 6 tahun ini. Akak berharap kita sama-sama mampu untuk menghayati nilai Ramadan yang sebenarnya dan semoga Ramadan kali ini menjadi Ramadan yang lebih baik dari Ramadan yang sebelumnya.
Aamiin....
Aamiin...
Ya Rabbal Alamin...
.
Bagi mengekalkan fungsi puasa yang sebenarnya terhadap tubuh, kita turut perlu memahami apa yang kita perlu makan untuk memenuhi keperluan tubuh. Bukan makan ikut keperluan nafsu kita.
.
Sebaiknya, apabila kita telah melalui fasa dimana perut berehat ketika kita berpuasa, kita perlu berbuka puasa dengan makanan yang senang untuk dihadam untuk tidak membebankan perut.
.
Mulakan dengan segelas air kosong atau minuman yang tidak manis beserta dengan sebiji tamar. Kita juga boleh mula berbuka dengan makanan cecair seperti sup dan jus buah-buahan (yang tidak diletak gula).
.
Makan dengan jumlah makanan yang sedikit dan kunyah makanan tersebut perlahan-lahan. Makan terlalu banyak diwaktu awal berbuka akan memudaratkan tubuh kita. Ia bukan sahaja membebankan sistem penghadaman, malah akan meningkatkan kandungan gula dan insulin dalam darah secara mendadak dan memberi risiko kepada saluran darah kita.
.
Kita boleh mula makan menu utama 10 atau 15 minit selepas itu (sebaiknya selepas solat maghrib). Keadaan ini akan memberi rasa kenyang serta membantu mengurangkan beban kepada sistem penghadaman.
.
Bagi mengekal kebaikan fadhilat berpuasa, kita juga perlu mengelak makanan yang tinggi kandungan karbohidrat, gula, makanan berlemak dan bergoreng. Pilihlah makanan yang dibakar, direbus atau kukus.
.
Jom kita kawal pemakanan kita ketika berbuka puasa bagi mendapat kebaikan berpuasa.
.
www.wasap.my/60195706995/nak_sihatkurus2022
.
#MyHealthylifeJourney
#TuisyenKurusOnlineNURISHA
#TKOBukanSekadarKurus
.

Wednesday, April 6, 2022

RAMADAN 5: MAKANAN UNTUK BERSAHUR

RAMADAN 5: MAKANAN UNTUK BERSAHUR
.


Kita perlu makan makanan yang berkhasiat yang sesuai untuk bersahur bagi memastikan tenaga yang berterusan sehingga berbuka puasa.
.
Sebaiknya kita mengelak untuk makan makanan yang mengandungi karbohidrat yang tinggi seperti nasi putih dengan menukarkannya kepada makanan yang kurang kandungan karbohidrat yang tinggi seperti nasi beras perang atau roti wholemeal.
.
Selain keperluan karbohidrat , kita perlu mengambil makanan yang tinggi serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Malah, kita perlu memastikan pengambilan protin yang mencukupi bagi mengelak penyusutan otot ketika berpuasa.
.
Akak yakin, mesti ada yang bertanya...
"Ehhhh... Kenapa tak boleh makan nasi❓ Makan nasi la perut jadi cepat kenyang‼️".
.
Ya....
Perut akan jadi cepat kenyang jika makan nasi.
T
E
T
A
P
I
Perut juga akan jadi cepat lapar dalam tempoh masa yang singkat. Ini adalah kerana, nasi mengandungi karbohidrat dan ia akan ditukarkan kepada gula dalam darah.
Dan gula ini akan menyebabkan kita cepat lapar‼️
.
Selain makanan yang berkarbohidrat yang tinggi (mempunyai GI yang tinggi), kita seharusnya mengelak mengambil makanan yang mengandungi sodium (garam) yang tinggi seperti kicap dan ikan masin. ❌
Pada masa yang sama, kita perlu elak pengambilan minuman yang berkafein seperti teh atau kopi.❌
.
Mesti kita tertanya-tanya apa kesan pengambilan makanan dan minuman ini ketika bersahur, kan❓

Makanan tinggi sodium serta minuman yang tinggi kafein adalah bersifat diuretik.
Apabila kita mengambil keduanya, air didalam tubuh kita akan berkumpul dibahagian buah pinggang bagi meningkatkan pengumuhan air daripada tubuh kita.
Ini akan menyebabkan kita akan kerap kencing. Apabila kita kerap kencing, maka tubuh kita akan mudah terhidrat (kehilangan air). Sebaiknya, kita perlu pastikan kita minum air kosong yang mencukupi ketika kita bersahur.✌️

www wasap.my/60195706995/nak_sihatkurus2022
.
#MyHealthylifeJourney
#TuisyenKurusOnlineNURISHA
#TKOBukanSekadarKurus
.

Tuesday, April 5, 2022

MINUMAN PEMANIS MULUT CENDAWAN BLACK JELLY (Auricularia spp.)


Malam ni akak telah siapkan minuman pemanis mulut yang akak buat dari cendawan jeli hitam ni. 
.
Seringkali kita jumpa cendawan ini dimasak bersama campuran sayuran yang lain sama ada ia digoreng atau masak lemak.
.
Cendawan ini juga sebenarnya enak dibuat minuman. Ada yang minta akak buat agar-agar cendawan ini. Mungkin lain masa, akak boleh cuba buat. (Eheeeemmmm... Kalau akak rajin la ..😂😂😂).
.
Cara buat minuman ni, senang je...
Mula-mula rebus air yang dicampur gula merah. Daun pandan ditambah jika suka.  
Cendawan jeli hitam digunting halus.
Apabila air gula sudah menggelegak, masukkan cendawan tadi. Kacau seketika.
Biarkan air menggelegak untuk masakkan cendawan tadi. Kemudian angkat. 
Minuman ini boleh diminum panas atau sejuk.
.
Cendawan jeli hitam ini bagus untuk mencairkan darah (kurangkan kolestrol). Ini bermakna ia bagus diamalkan oleh mereka yang ada kolestrol yang tinggi atau darah tinggi.
.
Jom cuba....

RAMADAN KE 3: SAKIT KEPALA KETIKA MULA BERPUASA?

RAMADAN KE 3: SAKIT KEPALA KETIKA MULA BERPUASA?
.
Akak dapat tahu ada ramai yang mengalami sakit kepala ketika mula berpuasa.
Menurut Dr Rizal, tubuh manusia 70% adalah air. Otak pula 80% air. Tubuh manusia perlukan banyak air. Sakit kepala adalah tanda badan dehidrasi, tak cukup air.
.
Di sini, akak kongsikan antara punca sakit kepala apabila mula berpuasa. Simptom bagi setiap individu adalah berbeza-beza. 
Berikut adalah 4 kebarangkalian  yang menyumbang kepada sakit kepala:
.
1. Kekurangan air dalam badan (Dehidrasi)
.
Apabila kita tak minum banyak air ketika berbuka puasa sehingga sahur, kita menghadapi risiko mengalami dehidrasi. Dehidrasi menyebabkan isi padu otak mengecut dan tidak mendapatkan oksigen yang cukup. Ini akan mengakibatkan selaput otak menghantar isyarat rasa sakit ke seluruh bahagian otak.
.
2. Hipoglikemia
.
Hipoglikemia adalah keadaan kesihatan di mana paras glukosa (gula) darah di dalam badan anda menurun secara drastik dan berada dibawah normal. Keadaan ini sering dialami oleh pesakit yang mengidap penyakit kencing manis. 
.
Gula sangat diperlukan oleh otak sebagai sumber tenaga untuk berfungsi seperti biasa. Apabila kita berpuasa, tubuh yang kekurangan glukosa tak boleh mengepam darah ke otak.
.
3. Ketagih kafein
.
Sakit kepala semasa berpuasa juga berlaku akibat ketagihan kafein (simptom putus kafein).
Simptom ini berlangsung bermula dari seharian penuh hingga dua bulan. Bergantung kepada kekerapan mengambil minuman berkafein.
.
4. Perubahan pola tidur
.
Perubahan pola tidur pada bulan Ramadan kerana harus bangun lebih pagi untuk sahur dan menyebabkan jam biologi berubah.
.
Bagi mengurangkan kesan dehidrasi, kita perlu minum secukupnya air kosong ketika berbuka puasa. Juga minum air yang mencukupi ketika kita bersahur. Elak pengambilan air manis.
.
Bagi mengelak hipoglikemia, kita perlu kurangkan makan makanan yang tinggi karborhidrat dan perbanyakkan makan makanan yang tinggi fiber. Dan cuba elak pengambilan air manis. 
Ini adalah untuk mengelak penghasilan insulin yang tinggi dalam darah dan menyebabkan kandungan gula turun dengan mendadak.
.
Sakit kepala akibat ketagihan kafein boleh dielak dengan mengurangkan kadar pengambilan kafein beberapa minggu sebelum Ramadan menjelma..
.
Dan akhirnya, bagi membiasakan perubahan pola tidur, amalkan bangun malam untuk solat sunat tahajjud dan seterusnya belajar mengamalkan puasa-puasa sunat yang lain selain puasa di bulan Ramadan. 
Insya Allah.
.
www.wasap.my/60195706995/nak_sihat2022
.
#MyHealthylifeJourney
#TuisyenKurusOnlineNURISHA
#TKOBukanSekadarKurus
.

APA ITU SONIC BLOOM DAN KESAN KEPADA PERTUMBUHAN POKOK?

Sonic Bloom ialah teknologi yang melibatkan kombinasi gelombang bunyi pada frekuensi yang tinggi dan nutrien untuk meningkatkan produktiviti...