Saturday, September 21, 2019

BIJI RAMBUTAN YANG ENAK DIMAKAN, BERKHASIAT DAN ADA KEGUNAAN YANG LAIN

Apabila akak muatnaik artikel ringkas mengenai biji rambutan yang boleh dan sedap dimakan, ramai yang bertanya akak khasiat biji rambutan tersebut. Sesungguhnya akak memang tak ada jawapan untuk pertanyaan-pertanyaan tersebut. 




Disebabkan akak pun ingin tahu kebaikan dan khasiat biji rambutan ini, akak mula mencari maklumat untuk akak kongsikan dengan kawan-kawan akak. Rupa-rupanya sudah ada beberapa kajian yang telah dibuat didalam dan luar negara. Subhanallah!

Di antara bacaan yang akak jumpa ialah kajian oleh Pensyarah Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang, encik Mohamad Azli Razali, yang telah menghasilkan snek dari biji rambutan yang dipanggil Rambuseed Florentine. Amboi... nama snek pun...HEBAT! 

Akak tertanya-tanya jugak. Apa dia la yang beliau buat ni? Florentine tu apa benda? Akak tak pernah dengarla pulak. Hi hi...

Rupa-rupanya Florentine tu adalah snek bersira yang menggunakan pelbagai kacang import seperti badam dan walnut. Makanan ringan orang Itali rupanya. Macam sedap je..kan?

Disebabkan harga kacang badam tu agak mahal, maka beliau membuat inovasi membuat snek berkenaan menggunakan biji rambutan, ini memandangkan biji rambutan mempunyai rasa yang enak seperti badam!

Untuk menghasilkan snek Rambuseed Florentine ni, bahan utama resepi utama adalah menggunakan 40 peratus biji rambutan yang telah dikeringkan! Hmmm..... Musim buah rambutan nanti, jangan lah kita buang biji rambutan lagi. Kita keringkan je buat stok. Hi hi hi....

Menurut en Mohamad Azli, biji rambutan yang dikeringkan itu disimpan dalam bekas kedap udara. Apabila ingin digunakan, biji itu dicencang sebelum dicampur dengan bahan lain mengikut resipi Rambuseed Florentine. Hmmm.... akak rasa raya akan datang pasti ramai yang buat biskut berasaskan biji buah rambutan. Mungkin boleh dibuat hiasan macam kekacang atau kalau yang lebih rajin , terus proses jadi tepung!

Analisis kandungan nutrisi pada biji rambutan menunjukkan biji rambutan yang mempunyai lemak polifenol tinggi. Polifenol adalah antioksidan yang dapat melindungi tubuh manusia daripada kerosakan sel akibat radikal bebas.

Biji rambutan  dapat memberi manfaat seperti antipenuaan, antiinflamasi, antibarah dan antipatogen. Selain itu, biji rambutan dapat membantu merawat penyakit kencing manis. Wah.... banyak khasiat biji rambutan ini rupanya!

Kajian oleh pakar pemakanan, Pram Pramono mendapati ekstrak metanol pada biji rambutan mengandungi flavonoid dan fenolik. Menurut beliau, ada pesakit menggunakan biji rambutan sebagai perubatan alternatif untuk merawat kencing manis.
Biji rambutan dipercayai mampu merawat sakit pinggang. Asid oleic dan asid stearic dalam biji rambutan juga mampu mencegah penyakit berkaitan jantung.

Akak juga terbaca maklumat inovasi kajian oleh dua orang pelajar dari Fakultas Ilmu Kesehatan, Universiti U'budiyah di Banda Acheh iaitu; Feni Juita Sari dan Marleni mengatakan bahawa biji rambutan dapat digunakan sebagai kaedah alternatif untuk merawat penyakit kencing manis.

Menurut mereka, biji rambutan akan dicincang halus sebelum.dikeringkan dua ke tiga haro sehingga biji rambutan tersebut bertukar menjadi kuning kehitaman.

Biji rambutan yang sudah dikeringkan akan dikisar menjadi tepung. Tepung ini akan dicampur dengan air panas untuk diminum oleh pesakit kencing manis sekali atau tiga kali sehari sebelum makan.  Bancuhan ini dikatakan dapat membantu menormalkan paras gula dalam darah.

Akak tak sangka banyak rupanya khasiat biji rambutan ini. Akak juga cuba mengumpul resepi-resepi berkaitan dengan biji rambutan ini. Nampak sedap sangat-sangat.

Biji rambutan ini boleh bakar dalam oven, salai atau goreng tanpa minyak. Kulit biji rambutan ini akan terkopek sendiri atau boleh kikis awal2 sebelum dimasak. Di sini akak kongsi beberapa jenis masakan berasaskan biji buah rambutan yang akak jumpa...

BIji rambutan yang digoreng tanpa minyak dengan api kecil, dah masak sapu marjerin dan sedikit garam.

Biji rambutan yang digoreng tanpa minyak dengan api kecil dan salut dengan sambal gula

Biji rambutan yang dimasak tumis

Selain biji rambutan, akak turut menjumpai maklumat yang selama ini akak tidak sangka bahawa kulit rambutan boleh menghasilkan warna yang boleh digunakan untuk mewarnakan kain batik. Kulit rambutan dikeringkan dan diproses untuk mengeluarkan warnanya yang akhirnya digunakan untuk mewarnakan kain batik di Indonesia. Wooow! Pewarna dari bahan semulajadi; kulit rambutan. 


Akak harap perkongsian maklumat ini dapat memberi suatu idea untuk kita fikirkan bagi menghasilkan produk "zero waste" berasaskan rambutan.

Alhamdulillah. Terima kasih kerana sudi membaca coretan akak.

#BahagianPembangunanIndustriTanamanPutrajaya
#JabatanPertanianMalaysia

TELUR OLEH LEBAH RATU ATAU TELUR OLEH LEBAH PEKERJA BETINA?

Dalam koloni lebah, ratu berperanan untuk menghasilkan telur. Telur yang disenyawakan oleh sperma dari lebah penjantan akan menjadi lebah pekerja (betina); manakala telur yang tidak disenyawakan akan menetas menjadi lebah penjantan.

Namun demikian, lebah pekerja yang betina turut mampu menghasilkan telur! Kenapa dan bila ianya berlaku?

Dalam keadaan yang biasa, ovari yang terdapat pada lebah pekerja betina tidak dapat berfungsi dan berkembang kerana kehadiran feromon dari lebah ratu.

Apabila ratu semakin tua dan kurang produktif, telur yang dikeluarkan semakin berkurang. Ketika ini lebah pekerja mula bersedia untuk bertelur. Keadaan yang sama juga akan berlaku sekiranya lebah ratu telah mati atau tiada.

Dikatakan hanya 1% sahaja lebah pekerja betina yang mempunyai ovari yang boleh menghasilkan telur. Ovari lebah pekerja dikatakan mula berkembang dan bersedia menghasilkan telur beberapa minggu selepas ketiadaan ratu.

Telur lebah ratu biasanya diletakkan ditengah-tengah dasar kom. Manakala telur yang dihasilkan oleh lebah pekerja betina akan diletak ditepi dinding kom. Keadaan ini berlaku kerana, abdomen lebah ratu lebih besar dan panjang berbanding abdomen lebah pekerja.

Lebah ratu akan meletakkan hanya sebiji telur dalam satu-satu kom, tetapi lebah pekerja betina akan meletakkan beberapa biji telur dalam satu-satu kom.



Telur yang dihasilkan oleh lebah pekerja betina ini adalah telur yang tidak disenyawakan. Telur ini akan menetas sebagai lebah penjantan. Jika keadaan ini berterusan, koloni lebah ini tidak akan berkembang dan akan musnah.

Kom lebah penjantan dapat dikenalpasti pada kom-kom yang telah ditutup. Kom tersebut lebih terbonjol berbanding kom lebah pekerja betina. Kehadiran kom-kom lebah penjantan yang banyak adalah salah satu tanda awal kehancuran sesuatu koloni.



#PTIFPerak
#JabatanPertanianPerak
#JabatanPertanianMalaysia

POKOK PUTAT (Barringtonia sp) DAN KHASIATNYA

Terdapat pelbagai spesis pokok putat yang telah dikenalpasti. Diantaranya:

Putat Laut / Butun (Barringtonia asiatica).
Putat Kampung (Barringtonia racemosa)
Putat Hutan (Barringtonia reticulata)
Putat Nasi
Putat Barringtonia speciosa J.R.Forst. & G.Forst
Putat Barringtonia calyptrata
Putat Barringtonia edulis
Putat Barringtonia macrophylla

Di Malaysia pucuk putat merupakan bahagian yang paling digemari disebabkan rasa dan khasiat yang ada didalam pucuk tersebut. Rasa lemak , masam dan pahit dikatakan mempunya pelbagai khasiat termasuk sebagai awet muda! Ulam ini selalu dijadikan ramuan dalam laksa atau nasi ulam.



 Mak akak mensarankan akak untuk mengamalkan memakan 3 kuntum putik bunga putat setiap pagi bagi  kesihatan dan awet muda 😍 . Ianya juga dikatakan bagus untuk mengawal kencing manis.



Selain putik bunga, akak suka makan ulam putik buah putat kerana ianya rangup dan rasa lemak-lemak kelat. Pergh....sedapnya! Kalau tak percaya, cubalah...  Hi hi

Bunga putat juga merupakan bunga kegemaran sang kelulut...

#PTIFPerak
#JabatanPertanianPerak
#JabatanPertanianMalaysia

KULAT / CENDAWAN CAWAN (Cookeina sulcipes)

Akak suka mengikuti perkembangan di page yang memuatnaik resepi yang dimasak oleh surirumah pada hari berkenaan setiap hari walaupun akak ni spesis yang jarang masak..hik hik hik... Akak tertarik dengan resepi yang melibatkan bahan mentah utama yang tidak pernah akak tahu kewujudannya iaitu cendawan atau kulat cawan (cup fungi) !




Kulat ini mendapat namanya dari bentuk cawan yang comel dan ia juga mempunyai warnanya yang cantik!

Kulat cawan banyak ditemui dikawasan tropika dan merupakan salah satu cendawan yang boleh dan enak dimakan. Namun, tidak banyak penulisan yang dibuat bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai kulat yang cantik ini.

Kulat cawan merupakan kulat jenis saprobik yang mana ia ditemui tumbuh pada tunggul kayu yang mati. Kulat ini mendapatkan sumber nutrien dari bahan organik yang diurai dari tunggul dan ranting yang telah mereput.

Kulat yang berbentuk cawan ini mempunyai warna merah muda atau warna oren. Warna kemerahan atau oren ini merupakan pigmen tumbuhan yang lebih dikenali sebagai karotenoids.


Akak belum pernah jumpa dan merasai masakan kulat cawan ini. Kalau ada sesiapa nak belanja akak makan cendawan ni, akak alu-alukan tau!...he he he ...

#BahagianPembangunanIndustriTanamanPutrajaya
#JabatanPertanianMalaysia

PEK NGA / LEMPENG KELAPA ; MAKANAN TRADISI BERASASKAN KELAPA

Masa zaman akak kecik-kecik dulu, mak akak banyak menyediakan makanan berasaskan apa yang ada disekeliling rumah. Dan antara makanan yang masih menjadi kegemaran akak sehinggalah akak ni dah tua ialah; Pek nga !

Apa dia la menatang pek nga ni ?.... He he...

Nama lain bagi pek nga ini ialah lempeng kelapa a.k.a tepek nyor. Iaitu sejenis makanan tradisional yang dicicah bersama kari. Apa-apa jenis kari la...janji kari! He he he

Resepinya tersangat-sangatla mudahnya... Tapi, kalau akak yang masak tak berapa nak sedap. Kalau mak akak yang masakkan buat akak.....perrghhh! Berkeping-keping akak tambah! Agaknya mak letak resepi rahsia dia banyak sangat kot... Nak tahu apa resepi rahsia mak akak?......Jeng ...jeng...jeng.....Kasih sayang yang tak berbelah bagi buat anak-anak dia laaaa.... Berkilo-kilo mak akak gaul masa dia bancuh tepung tu. Tu belum lagi kasih sayang yang dia dok percikkan masa letak tepung atas kuali...Hi hi hi....

Meh sini akak kongsi resepi asas pek nga ni:


Mula-mula, bancuh tepung dengan kelapa yang sudah diparut. Kalau ikut resepi mak akak, lagi banyak kelapa, lagi sedap pek nga. Mak akan letak, bagi setengah kilo tepung, mak letak sebiji kelapa yang telah diparut. Letak sedikit garam,  gaul dengan air sehingga tepung tadi digaul rata. Jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat.


Selepas campuran tepung siap digaul, panaskan kuali. Apabila kuali cukup panas, ceduk tepung tadi dan letakkan atas kuali yang panas tadi. Ratakan tepung tadi sehingga membentuk bulatan yang leper dengan ketebalan tepung yang kita ingini. Biarkan sebentar. Tak payah guna minya untuk masak pek nga.


Setelah itu, balikkan kepingan pek nga dan biar sehingga masak. Angkat dan hidangkan. Akak nak pesan kat sini, jangan lupa masak kari dulu sebelum korang masak pek nga tau! Makan time pek nga panas-panas baru best!


Lepas masak dan dihidangkan...apa lagi. Jemput makan ya....



#Akakorangkampong
#Akaksayangmakakak







Friday, September 20, 2019

TANDA SERANGAN KUMBANG TANDUK (Oryctes rhinoceros) PADA POKOK KELAPA

Panduan bergambar mengenalpasti simptom serangan kumbang tanduk pada tanaman kelapa.

Untuk bacaan yang selanjutnya boleh dibaca di https://nurhafizahsharudin.blogspot.com/2019/09/kumbang-tanduk-kumbang-badak-oryctes.html?m=1











#BahagianPembangunanIndustriTanamanPutrajaya
#JabatanPertanianMalaysia

APA ITU SONIC BLOOM DAN KESAN KEPADA PERTUMBUHAN POKOK?

Sonic Bloom ialah teknologi yang melibatkan kombinasi gelombang bunyi pada frekuensi yang tinggi dan nutrien untuk meningkatkan produktiviti...