Thursday, October 29, 2020
RESEPI SAMBAL DARI TERUNG SATOK
Saturday, October 24, 2020
DUA KAEDAH PEMBIAKAN POKOK LIDAH JIN; APA YANG PERLU KITA TAHU?
Pokok Sansevieria trifasciata Laurentii
Saturday, September 19, 2020
HALAU KERA DENGAN BELACAN?
Pernah dengar pepatah "bagai kera kena belacan?"
Kera (Macaca fascicularis) dan beruk (Macaca nemestrina) adalah nama binatang yang tidak asing lagi yang kita dengar yang sering mengganggu atau memusnahkan tanaman atau kawasan penginapan. Bilangan mereka yang ramai dalam satu-satu kumpulan boleh menyebabkan kerosakan dan kerugian yang besar.
Haiwan ini mempunyai kadar pembiakan yang tinggi dan bergerak aktif secara
berkumpulan dari awal pagi sehingga waktu senja. Waktu yang paling aktif
adalah sekitar 7.30 hingga 11.30 pagi Dan dari jam 4.00 hingga 6.00
petang.
Haiwan ini tergolong didalam haiwan yang dilindungi dibawah Akta Perlindungan Hidupan Liar No.76, tahun 1972. Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) adalah Jabatan yang bertanggungjawab menangani masalah gangguan dari haiwan-haiwan ini termasuk gajah, harimau, helang dan sebagainya.
Bagaimana belacan boleh membantu menjauhkan haiwan-haiwan ini?
------------------------------------------------
Disini akak akan kongsikan kaedah yang mudah untuk mengelak kera dari menghampiri ladangnya dan seterusnya memusnahkan hasil ladang.
Terlebih dahulu akak ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada en Rosman Mamat dan en Syed Putra diatas perkongsian maklumat.
Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan:
Belacan, Ubat gegat, Kain buruk dan Tali.
Kaedahnya:
1. Campur sehingga sebati belacan dan ubat gegat.
2. Campuran yang telah sebati diletakkan ke atas kain yang telah dipotong kecil.
3. Ikat kain dengan tali.
4. Gantong bunjut yang mengandungi campuran belacan dan ubat gegat dilaluan kera.
Selain kaedah diatas, kaedah lain yang boleh digunakan ialah dengan membancuh belacan dengan air. Air belacan yang agak pekat, diikat didalam plastik (plastik aiskerim juga boleh digunakan). Letakkan sedikit pewarna merah bagi nampak menarik.
Bungkusan plastik yang mengandungi air belacan ini digantong di sekeliling kebun atau ladang. Kera yang datang mengganggu bungkusan tersebut , akan melarikan diri dan akan cuba menjauhi plastik yang telah dikenal pasti mengandungi air belacan.
Kejayaan inovasi oleh pelajar dari Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia, iaitu Muhammad Solihin Hamzah juga telah berjaya menggunakan campuran belacan Dan kacang yang diletakkan dalam botol plastik telah terbukti berjaya menyelesaikan masalah monyet yang berkeliaran di kolej-kolej kediaman pelajar didalam kampus. Subhanallah!
Akak sendiri masih cuba merungkai misteri perkaitan diantara kera dan belacan ini! 😅
Apa-apapun, akak ucapkan selamat mencuba 🥰🥰🥰.....
#InstitutPertanianTitiGantongPerak
#JabatanPertanianMalaysia
19/9/2020
Monday, August 10, 2020
BUAH POKOK KARI (Murraya koenigii) BERACUN?


Saturday, July 25, 2020
BUNGA AIR MATA PENGANTIN (Antigonon leptopus)
Pokok ini berbunga sepanjang tahun dan selalunya keluar mekar dalam rumpun. Pokok ini mempunyai bunga yang berwarna merah jambu atau putih serta mempunyai akar umbi yang besar.
Pokok ini boleh dibiakan melalui keratan batang atau biji benih. Namun peratus percambahannya agak lambat dan sukar kerana ia mempunyai biji yang mempunyai biji yang keras dan tebal.
Bunga air mata pengantin ini mengandungi nektar dan debunga yang amat disukai oleh serangga seperti lebah, kelulut, tebuan, kumbang, semut, rama-rama dan lain-lain.
Bunga air mata pengantin ini juga dikatakan boleh dimakan dan mempunyai khasiat perubatan untuk merawat ppenyakit seperti batuk dan selsema. Dan warna bunganya yang cantik turut menjadikan bunga ini sesuai dijadikan hiasan bunga segar.
Wallahulam...
#BahPembIndustriTanamanPutrajaya
#JabatanPertanianMalaysia
25/7/2020
Sunday, July 12, 2020
APA ITU SAYURAN "MICROGREENS"?
Antara benih yang sesuai dijadikan sayuran microgreens adalah bayam, kale, lobak pak choy, kobis ungu dan lain- lain.
Kita harus waspada kerana ada juga tanaman seperti pokok tomato dan pokok ubi kentang tidak sesuai dimakan diperingkat kecil kerana ada molekul beracun yang terdapat didalam batang atau pucuk pokok tersebut.
BILAKAH SAYURAN MICROGREENS BOLEH DITUAI?
Microgreen merupakan sayuran yang muda yang berumur kurang dari sebulan dan mempunyai ketinggian lebih kurang 2 inci tinggi. Ia dituai pada peringkat yang lebih awal berbanding sayuran biasa yang dituai apabila telah matang.
Sayuran microgreens dituai dengan menggunakan gunting apabila tanaman ini telah mengeluarkan sepasang daun sebenar (daun yang keluar selepas kotiledon).
Sayuran microgreens selalunya dimakan mentah sebagai salad atau dimakan bersama sandwich. Rasanya yang rangup, segar, berwarna warni serta mempunyai kandungan nutrien yang tinggi menjadi pilihan masa kini dalam mempelbagaikan jenis makanan dalam diet harian.
RESEPI RINGKAS BERASASKAN SAYURAN MIKROGREENS
SALAD SAYURAN MICROGREENS
----------------------------------------------------
Sayuran microgreens ( bayam)
Bayam Brazil
Telur rebus
Lada hitam
Sos Roasted Sesame
SANDWICH SALAD MICROGREENS
-----------------------------------------------------
Sayuran microgreens
Bayam Brazil
Tuna mayonis
Roti sandwich
Selamat mencuba...
#BahPembIndustriTanamanPutrajaya
#JabatanPertanianMalaysia
12/7/2020
APA ITU SONIC BLOOM DAN KESAN KEPADA PERTUMBUHAN POKOK?
Sonic Bloom ialah teknologi yang melibatkan kombinasi gelombang bunyi pada frekuensi yang tinggi dan nutrien untuk meningkatkan produktiviti...
-
Di Malaysia, buah tembikai yang mempunyai isi berwarna kuning jarang ditemui dipasaran. Ini adalah kerana buah tembikai ini ditanam dalam ju...
-
Terdapat pelbagai kaedah secara aseksual (vegetatif/ tampang) dalam pembiakan tanaman bagi penghasilan anak pokok. Kaedah ini dilakukan teru...
-
Pokok kari ( Murraya koenigii ) turut dipanggil daun kari atau karapulei memang terkenal dengan daunnya sebagai perisa dalam makanan terutam...






















