Sunday, August 20, 2023

KEPERLUAN ASAS BAGI PENGHASILAN KELAPA HIBRID.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Disini saya membuat penulisan ringkas tentang keperluan asas dalam penghasilan kelapa kelapa hibrid. Semoga penulisan ini dapat memberi sedikit gambaran dalam industri penghasilan kelapa hibrid. 
.
APA ITU HIBRID?
Terlebih dahulu jom kita fahamkan maksud hibrid. Hibrid ialah populasi generasi filium pertama (F1) yang digunakan sebagai varieti. 
.
Populasi F1 ini diperolehi daripada kacukan diantara klon, varieti terbunga bebas, inbred atau seumpamanya yang mempunyai latar genetik yang berlainan. Pembentukan varieti hibrid ini bertujuan untuk menggunakan sifat heterosis pada sesuatu tanaman. 
.

KEPERLUAN DALAM PENGHASILAN KELAPA HIBRID
Setelah kita memahami bahawa hibrid adalah kacukan antara dua pokok yang sejenis yang mempunyai genetik yang berbeza, maka kita perlu memahami ciri-ciri yang diperlukan bagi setiap induk yang kita pilih. 
.
Dalam penghasilan kelapa hibrid, saya senaraikan antara perkara penting yang kita perlu sediakan bagi penghasilan kelapa hibrid:

1. Tapak penanaman bagi induk betina 
     terpilih. Dan ia perlu ditanam terasing 
     sekurang-kurangnya 1KM dari tanaman 
     kelapa yang tidak berkaitan. 
2. Tapak penanaman bagi induk jantan 
     bagi mendapatkan debunga.
3. Kolam untuk pengairan pokok.
4. Tapak semaian biji benih dan 
     penyimpanan anak pokok.
5. Pekerja yang mahir untuk kerja-kerja 
    emaskulasi, pendebungaan, penakaian 
    dan sebagainya.
6. Makmal penghasilan dan penyimpanan 
    debunga.
7. Peralatan-peralatan lain untuk kerja-
    kerja emaskulasi dan pendebungaan 
    berbantu. 

Saya senaraikan 7 perkara utama yang perlu untuk kita keluarkan kelapa hibrid. Dan Insya Allah, saya akan cuba sambung penulisan yang lebih detail pada masa akan datang. 
.
Buat pengetahuan semua, pada hari ini terdapat beberapa varieti kelapa hibrid yang telah dihasilkan. Antaranya ialah:
.
a. Kelapa hibrid yang dikacuk diantara 
    kelapa rendah dan kelapa tinggi.
    i. MATAG

   ii. MARLECA
Sumber gambar: FB Jabatan Pertanian 
                              Negeri Perak

   iii. MYLAG
Sumber gambar: FB Jabatan Pertanian 
                              Negeri Perak

b. Kelapa hibrid hasil kacukan kelapa 
    rendah dengan kelapa rendah. 
.
    i. CARECA
Sumber gambar: FB Jabatan Pertanian 
                              Negeri Perak

    ii. CARENI
Sumber gambar: FB Jabatan Pertanian 
                              Negeri Perak

Setakat ini dulu penulisan ringkas dari saya. Terima kasih kerana sudi membaca. 



#20/8/2023 (Jam 22:28 malam)
#InstitutPertanianTitiGantong
#JabatanPertanianPerak
#JabatanPertanianMalaysia

Sunday, July 23, 2023

TIGA ANAK POKOK KELAPA BERCAMBAH DARI SEBIJI BUAH KELAPA

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lama saya tidak menulis disini.😅
.
Masih ingat tentang artikel saya bertajuk "TEMPURUNG KELAPA BERLUBANG?"

Dari artikel tersebut kita tahu bahawa dalam sekuntum bunga kelapa akan terdapat 3 ovul yang berpotensi untuk disenyawakan. Dan kebiasaan hanya satu sahaja ovul berjaya disenyawakan dan akhirnya akan bercambah menjadi anak pokok kelapa. 
.
Disini saya ingin tunjukkan gambar sebiji buah kelapa yang telah dibelah yang menunjukkan ketiga-tiga ovul yang telah disenyawakan. Dan yang paling menarik, ketiga-tiganya mempunyai tombong/tumbuh yang berasingan !! Gambar itu saya ambil dari facebook dengan keizinan pemiliknya. (Mohon maaf, saya sudah lupa nama pemilik akaun berkenaan). 

Gambar 1: Ketiga-tiga ovul yang telah disenyawakan. (Kredit buat pemilik gambar).
.
Bersama ini, saya kongsi sekali lagi gambar-gambar berkaitan untuk tatapan pembaca. 
.
Gambar 2: Bunga betina yang menunjukkan keadaan ovul. 
.
Gambar 3: Anak pokok kelapa yang telah bercambah. 
.
Gambar 4: Inilah hasil jika ketiga-tiga ovul berjaya disenyawakan dan menghasilkan tiga anak pokok kelapa dari sebiji kelapa. 
.
Gambar 5: Inilah keadaan tempurung. Anak pokok kelapa akan keluar melalui lubang percambahan. 
.
Diharapkan artikel ringkas ini membantu menambah kefahaman semua. Terima kasih kerana sudi membaca. 


23/7/2023
#InstitutPertanianTitiGantongPerak


Sunday, May 1, 2022

RAMADAN 29: PUASA MENGURANGKAN KERADANGAN DALAM TUBUH

RAMADAN 29: PUASA MENGURANGKAN KERADANGAN DALAM TUBUH


.
Keradangan adalah sistem imun yang bertindakbalas dengan iritasi yang mungkin disebabkan oleh bakteria, virus,  objek luar, bahan kimia atau radiasi pada tubuh. Ia merupakan salah satu mekanisasi yang melindungi tubuh.
.
Keradangan juga merupakan proses dimana tubuh membaiki kecederaan pada sel atau tubuh.
.
Selain menghalang tubuh dari perkara yang disebut diatas, keradangan juga membawa impak yang negatif pada tubuh manusia. Ada kalanya keradangan berlaku disebabkan sistem imun yang berlawan dengan sel tubuh yang menyebabkan keradangan yang membahayakan tubuh.
.
Keradangan merupakan punca kepada banyak penyakit kronik seperti penyakit jantung, darah tinggi, angin ahmar, obesiti dan lain lain.
.
Keradangan boleh disebabkan oleh banyak faktor, salah satu daripadanya adalah diet yang tidak sihat, seperti banyak mengamalkan makanan yang diproses.
.
Makanan terproses menghasilkan banyak radikal bebas dan kekurangan nutrien penting yang diperlukan oleh badan. Makanan yang mengandungi gula yang diproses (refined sugar), karbohidrat terproses, alkohol, tenusu dan makanan bergoreng boleh menyebabkan keradangan. Reaksi metabolik juga turut boleh menyebabkan keradangan.
.
Berpuasa mengurangkan keradangan dengan cara memperbaiki keseimbangan hormon dan menyebabkan sel badan lebih berdaya tahan terhadap stres oksidatif. Beberapa kajian menunjukkan bahawa puasa boleh menurunkan tahap insulin serta memperbaiki sensitiviti insulin seterusnya mengurangkan keradangan.
.
Puasa juga menyebabkan gen yang menghasilkan keradangan tidak berfungsi.
.
www.wasap.my/60195706995/nak_sihatkurus
.
#MyHealthylifeJourney
#TuisyenKurusOnlineNURISHA
#TKOBukanSekadarKurus
.

Friday, April 29, 2022

RAMADAN 28: PUASA MEMBUANG TOKSIK DARI TUBUH

RAMADAN 28: PUASA MEMBUANG TOKSIK DARI TUBUH


.
Secara semulajadi, tubuh sudah memiliki cara sendiri untuk mengeluarkan toksin dari tubuh ; seperti melalui  pembuangan air kecil, pembuangan air besar, dan mengeluarkan keringat.
.
Pakar kesihatan Amerika, Dr. Mehmet Cengiz Oz menyatakan bahawa ketika kita berpuasa dengan jadual makan yang teratur membuat proses detoksifikasi dalam tubuh lebih lancar dan optimal.
.
Ketika berpuasa, organ-organ tubuh yang lain tidak dibebankan dengan kerja yang berat. Penumpuan tenaga akan memudahkan proses pembuangan racun dalam tubuh atau detoksifikasi  berjalan dengan sempurna. 
.
Pelbagai jenis toksin yang tersimpan dalam lemak akan terpecah, kemudian dikeluarkan oleh tubuh. 
.
Organ yang berperanan aktif dalam proses pembuangan toksin ini adalah organ hati dan saluran usus. Ketika berpuasa, usus akan membersihkan diri dan organ tubuh lainnya.
.
Dengan berpuasa, tubuh mampu menjalankan proses detoksifikasi secara semulajadi; dan seterusnya membantu penyerapan nutrisi dari makanan dengan lebih efektif.
.
Ketika berpuasa, tubuh memasuki fasa ketosis. Ketosis terjadi apabila tubuh kehabisan karbohidrat untuk menghasilkan tenaga, sehingga akhirnya menggunakan lemak sebagai bahan bakar.
.
Lemak merupakan tempat tubuh menyimpan banyak toksin yang diserap dari berbagai makanan yang kita makan. Apabila lemak ini dipecahkan sebagai tenaga, toksin akan dikeluarkan dari tubuh.
.
Bagi memastikan proses detoksifikasi berjalan dengan baik ketika berpuasa, ada beberapa perkara yang perlu kita lakukan bagi mengekalkan keefektifan kesan berpuasa pada tubuh:
.
✅ Tidur yang mencukupi dan berkualiti. Sepanjang kita tidur, proses detoks dari toksin akan berlaku dalam tubuh. Tidur akan membantu tubuh mengeluarkan toksin ketika kita tidur.
.
✅ Minum air kosong yang mencukupi. Tidak hanya membantu  melancarkan proses detoksifikasi, air kosong juga akan membantu melancarkan pencernaan dan memperbaiki penyerapan nutrisi.
.
✅ Perlu kurangkan pengambilan makanan berkarbohidrat,gula, garam, dan makanan segera.
.
✅ Banyakkan makan makanan yang mengandung antioksidan tinggi. Antioksidan dapat melindungi sel-sel tubuh dari molekul yang dapat menyebabkan kerosakan bernama radikal bebas.
.
✅ Kekal aktif dengan berolahraga atau melakukan kegiatan yang akan membuat  lebih banyak bergerak.

www.wasap.my/60195706995/nak_sihatkurus2022
.
#MyHealthylifeJourney
#TuisyenKurusOnlineNURISHA
#TKOBukanSekadarKurus
.

RAMADAN 27: KEGEMBIRAAN KETIKA BERBUKA PUASA

RAMADAN 27: KEGEMBIRAAN KETIKA BERBUKA PUASA


.
Puasa memberi kesan positif dari sudut psikologi selain kegembiraan ketika berbuka puasa.  
.
Kajian mendapati bahawa, dengan berpuasa akan mengaktifkan neuron yang menghasilkan hormon dopamin. Hormon dopamin juga disebut sebagai hormon mengawal emosi. Hormon ini akan meningkatkan perasaan yang lebih senang dan bahagia.
.
Ini juga diikuti dengan penghasilan hormon endorfin. Hormon endorfin ialah hormon yang menyebabkan kita rasa gembira akan dibebaskan oleh otak apabila kita berbuka puasa.
.
Apabila kita berpuasa, kurang toksin yang mengalir dalam tubuh dan sistem limpatik kita. Keadaan ini menyebabkan otak kita lebih fokus. Tenaga ketika berpuasa juga disalurkan untuk kegunaan otak.
.
Dalam satu kajian yang lain menggunakan positron emission tomography (PET) bagi menganalisa radioaktiviti yang dihasilkan oleh otak beberapa orang peserta yang berpuasa.
.
Dalam kajian berkenaan, didapati kesemua peserta menghasilkan "endogenous opioids". Peserta yang diberi makanan yang tinggi karbohidrat dan lemak lebih menjurus kepada mencapai "kepuasan" makan makan berkenaan. Manakala, peserta yang diberi minuman bernutrisi tinggi menghasilkan lebih banyak hormon endorfin.
.
Secara ringkasnya, apabila kita berpuasa, kita akan menikmati rasa gembira ketika berbuka puasa. Pemilihan makanan yang bernutrisi tinggi adalah lebih baik untuk kesihatan mental dan tubuh yang berpanjangan.
.
www wasap.my/60195706995/nak_sihatkurus2022
.
#MyHealthylifeJourney
#TuisyenKurusOnlineNURISHA
#TKOBukanSekadarKurus
.

Wednesday, April 27, 2022

RAMADAN 26: PUASA MENINGKAT MICROBIUM BERFAEDAH DALAM USUS

RAMADAN 26: PUASA MENINGKAT MICROBIUM BERFAEDAH DALAM USUS
.


Usus manusia mengandungi trillions mikroorganisma yang mana komposisi dan struktur adalah berubah bergantung kepada perubahan diet, alam sekitar, genetik, perubatan dan gaya hidup.
.
Puasa dibulan Ramadan telah memberi kesan yang baik dalam meningkatkan kesihatan manusia; termasuk menurunkan berat badan, menurunkan kolestrol dan menurunkan kadar gula dalam darah.
.
Kajian juga menunjukkan, selepas bulan Ramadan, terdapat peningkatan bilangan bakteria baik dalam usus, malah turut meningkatkan kepelbagaian spesis serta diversiti microbiome ini yang akhirnya menyumbang kepada usus yang lebih sihat.
Subhanallah ‼️
www.wasap.my/60195706995/nak_sihatkurus2022
.
#MyHealthylifeJourney
#TuisyenKurusOnlineNURISHA
#TKOBukanSekadarKurus
.

RAMADAN 25: PUASA MENGURANGKAN PARAS KOLESTROL

RAMADAN 25: PUASA MENGURANGKAN PARAS KOLESTROL


.
Kajian yang yang dimuat dalam Annals of Nutrition and Metabolism menyatakan bahawa puasa di bulan Ramadan berpotensi untuk  meningkatkan kadar kolesterol baik (HDL) dan menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL). 80 peratus kolesterol dalam darah dihasilkan oleh hati.
.
Kolesterol ialah sejenis sebatian yang terdapat di hampir seluruh sel di dalam badan. Ia terbahagi kepada:
✅ Low density cholesterol (LDL) atau digelar
      kolesterol “jahat”.
✅ High density cholesterol (HDL) atau
      kolesterol “baik”.
✅ Trigliserida.
.
Kadar kolestrol dapat diturunkan dengan efektif dengan berpuasa. Kajian membuktikan penurunan yang signifikan pada trigliserida dan LDL apabila seseorang berpuasa. Kadar HDL juga sedikit menurun tapi tidak terlalu signifikan.
.
Ketika berpuasa, badan akan menggunakan asid lemak yang diuraikan daripada trigliserida untuk menghasilkan tenaga. Jadi, simpanan trigliserida akan berkurang. Trigliserida diuraikan menjadi asid lemak dan gliserol. Seterusnya kadar LDL juga akan menurun.
.
Puasa membantu meningkatkan kadar kolesterol baik (high-density lipoprotein cholesterol HDL), sekaligus meningkatkan human growth hormone (HGH). HGH atau hormon pertumbuhan ini berperanan melindungi otot dan keseimbangan metabolisme seseorang.

Secara ringkasnya, ketika berpuasa:
✅ Berat badan menurun.
✅ Berat badan kekal tanpa lemak.
✅ Ukur lilit pinggang berkurang.
✅ Sedikit perubahan pada HDL.
✅ Pengurangan trigliserida.
✅ Pengurangan LDL.
.
Semua kesan ini hanya akan berlaku apabila kita mengamalkan makanan yang sihat sepanjang kita berpuasa.
www.wasap.my/60195706995/nak_sihatkurus2022
.
#MyHealthylifeJourney
#TuisyenKurusOnlineNURISHA
#TKOBukanSekadarKurus
.

APA ITU SONIC BLOOM DAN KESAN KEPADA PERTUMBUHAN POKOK?

Sonic Bloom ialah teknologi yang melibatkan kombinasi gelombang bunyi pada frekuensi yang tinggi dan nutrien untuk meningkatkan produktiviti...