Tembikai kuning ini mempunyai kandungan kemanisan yang lebih tinggi berbanding tembikai merah. Namun, kulitnya yang agak rapuh dan nipis menjadikan kerja-kerja pemasaran menjadi agak sukar.
Tuesday, November 24, 2020
KENAPA TEMBIKAI KUNING BERWARNA KUNING?
Di Malaysia, buah tembikai yang mempunyai isi berwarna kuning jarang ditemui dipasaran. Ini adalah kerana buah tembikai ini ditanam dalam jumlah yang sedikit oleh pengusaha dan digunakan hanya untuk mendapatkan sumber bunga jantan untuk melakukan kerja-kerja pendebungaan kepada pokok tembikai merah bagi menghasilkan tembikai merah yang tidak berbiji. Untuk bacaan seterusnya mengenai pendebungaan ini, sila klik disini.
BABI HUTAN, HAIWAN PEROSAK TANAMAN
Babi hutan (Sus scrofa Linnaeus) sering menyerang tanaman secara bersendirian atau dalam kumpulan kecil. Haiwan ini aktif di waktu malam dan siang terutama diawal pagi dan petang.
Haiwan ini akan menyerang dan memusnahkan anak pokok dengan cara menyondol dan mengorek tanah yang gembur dan basah. Haiwan ini akan memakan cacing-cacing yang terdapat disekitar pokok berkenaan termasuk akar dan ubi.
Selain itu, babi hutan turut makan buah-buahan yang rendah dan juga sampah-sampah yang dilonggokan.
Babi dewasa mempunyai bulu badan yang berwarna hitam manakala anak-anak babi mempunyai bulu yang berjalur gelap dan cerah yang memanjang dibahagian badannya. Jangkahayat babi hutan adalah diantara 10 ke 15 tahun.!
Babi hutan betina akan bunting selama 110 hingga 115 hari dan mampu untuk melahirkan antara 1 ke 10 ekor anak pada satu-satu masa.
Haiwan ini gemar berkurang diatas tanah yang dilapisi daun-daun, rumput-rumput dan ranting kecil.
sekitar log kelulut
#InstitutPertanianTitiGantongPerak
#JabatanPertanianMalaysia
24/11/2020
Friday, November 20, 2020
LALAT BUAH; MUSUH UTAMA BUAH-BUAHAN
Terdapat kira-kira 4,000 spesis lalat buah yang meliputi kawasan tropika, subtropika dan ilkim sederhana. Di Malaysia, terdapat lebih daripada 100 spesies lalat buah telah direkodkan.
Lalat buah adalah serangga jenis polifagus (polyphagous) yang memakan pelbagai jenis makanan dan menyebabkan kerosakan kepada berbagai jenis buah-buahan. Lalat buah termasuk dalam order Diptera dan famili Tephritidae.
Antara spesis lalat buah yang terdapat di Malaysia ialah:
Bactrocera papayae;
Bactrocera carambolae;
Bactrocera cucurbitae;
Bactrocera umbrosa;
Bactrocera latifrons (Oriental Fruit Fly) dan lain-lain.
Lalat buah tidak berupaya untuk makan makanan yang pepejal. Mereka memerlukan makanan dalam bentuk cecair agar mudah dicernakan. Sumber makanan untuk lalat buat ialah manisan yang dihasilkan oleh daun, nektar, jus dari buah-buahan yang rosak dan honeydew.
Kedua-dua lalat buah turut memerlukan protin sebagai makanan untuk meningkatkan kematangan bagi tujuan pembiakan. Protin amat penting bagi lalat betina untuk penghasilan telur yang subur. Semakin banyak sumber protin diperolehi oleh lalat buah betina, semakin banyak telur dapat dihasilkan.
Sumber utama protin bagi lalat buah adalah termasuk najis burung dan bakteria yang terdapat diatas permukaan daun.
Antara spesis lalat buah yang terdapat di Malaysia ialah:
Bactrocera papayae;
Bactrocera carambolae;
Bactrocera cucurbitae;
Bactrocera umbrosa;
Bactrocera latifrons (Oriental Fruit Fly) dan lain-lain.
MENGENAL LALAT BUAH JANTAN DAN LALAT BUAH BETINA
Amat mudah untuk mengenali perbezaan diantara lalat buah jantan dan lalat buah betina. Abdomen pada lalat buah jantan berbentuk bulat, manakala abdomen pada lalat buah betina terdapat ovipositor.
Ovipositor pada lalat betina digunakan menyucuk bahagian kulit buah dan seterusnya meletakkan telur-telur yang telah disenyawakan. Perbezaan ciri keduanya boleh dilihat jelas didalam video di http://bit.ly/NHSchannel.
Lalat buah tidak berupaya untuk makan makanan yang pepejal. Mereka memerlukan makanan dalam bentuk cecair agar mudah dicernakan. Sumber makanan untuk lalat buat ialah manisan yang dihasilkan oleh daun, nektar, jus dari buah-buahan yang rosak dan honeydew.
Kedua-dua lalat buah turut memerlukan protin sebagai makanan untuk meningkatkan kematangan bagi tujuan pembiakan. Protin amat penting bagi lalat betina untuk penghasilan telur yang subur. Semakin banyak sumber protin diperolehi oleh lalat buah betina, semakin banyak telur dapat dihasilkan.
Sumber utama protin bagi lalat buah adalah termasuk najis burung dan bakteria yang terdapat diatas permukaan daun.
KITARAN HIDUP LALAT BUAH
Lalat buah mempunyai empat peringkat hidup iaitu peringkat telur, peringkat larva, peringkat pupa dan peringkat dewasa. Lalat buah jantan dan betina akan matang dalam tempoh 10 ke 14 hari setelah dewasa.
Lalat buah dewasa mampu terbang jauh mencari pandangan untuk mengawan atau kawasan bertelur yang sesuai. Lalat buah aktif diwaktu pagi dan cepat membiak pada suhu yang agak panas dengan kelembapan yang tinggi.
Lalat betina dewasa bertelur dibawah lapisan epidermis buah yang matang atau telah masak dengan menggunakan ovipositor yang berbentuk jarum.
Lalat buah betina sedang memasukkan telur dalam buah melalui ovipositornya
Lalat buah betina meletakkan telurnya sama ada secara sebiji k- sebiji atau dalam kumpulan 4 -10 biji. Telur ini berwarna putih dan berbentuk tirus dan licin, akan menetas selepas 2 ke 3 hari.
Gambar ini menunjukkan kedudukan telur lalat buah dilapisan epidermis buah epal. Cuba perhatikan lubang bekas tusukan ovipositor lalat betina ketika memasukkan telur, telah tertutup! Maka kita tidak dapat mengenalpasti buah yang telah diserang lalat buah.
Larva yang menetas berwarna putih akan mengorek masuk ke dalam buah dan memakan isi buah. Buah akan menjadi berair, lembik, buruk dan gugur.
Ketika didalam buah yang diserang, larva lalat buah akan melepasi tiga peringkat tumbesaran larva (peringkat instar). Ketika peringkat pertumbuhan larva, larva-larva ini akan makan tanpa henti.
Larva yang telah cukup matang berwarna kekuning-kuningan akan keluar dari buah dan masuk ke dalam tanah untuk menjadi pupa. Peringkat pupa biasanya berada sedalam 50 ke 80 mm didalam tanam disekitar pangkal pokok yang diserang. Pada peringkat pupa, ia tidak lagi memerlukan sumber makan. Tenaga digunakan untuk pertukaran dari larva ke bentuk pupa dan akhirnya peringkat dewasa.
Selepas 8 ke 12 hari, pupa akan bertukar menjadi lalat dewasa. Kitaran hidup lalat buah adalah dalam sekitar 22 hari sahaja.
Larva yang telah cukup matang berwarna kekuning-kuningan akan keluar dari buah dan masuk ke dalam tanah untuk menjadi pupa. Peringkat pupa biasanya berada sedalam 50 ke 80 mm didalam tanam disekitar pangkal pokok yang diserang. Pada peringkat pupa, ia tidak lagi memerlukan sumber makan. Tenaga digunakan untuk pertukaran dari larva ke bentuk pupa dan akhirnya peringkat dewasa.
Selepas 8 ke 12 hari, pupa akan bertukar menjadi lalat dewasa. Kitaran hidup lalat buah adalah dalam sekitar 22 hari sahaja.
Boleh klik disini untuk membaca topik perangkap lalat buah jantan menggunakan kaedah botol terbuang dan tanpa menggunakan racun.
Klik disini untuk topik Kawalan LALAT BUAH JANTAN menggunakan methyl eugenol dan cure lure; kaedah perangkap steiner
#InstitutPertanianTitiGantongPerak
#JabatanPertanianMalaysia
20/11/2020
Sunday, November 8, 2020
KAEDAH PENGHASILAN BIJI BENIH BETIK SEKAKI
Salah satu proses yang perlu dibuat untuk menghasilkan benih betik adalah membuang kulit aril yang menyaluti biji betik yang dimakan sarkotesta. Sarkotesta akan menyebabkan biji betik dalam keadaan dorman dan lambat bercambah. Ini menyebabkan percambahan yang rendah dalam betik.
Peringkat dorman adalah dimana peringkat dimana percambahan dihalang atau dilambatkan sehingga keadaan persekitaran sesuai untuk biji bercambah.
Bagi menghasilkan sekilo benih betik, anggaran dalam 300kg betik diperlukan. Sebiji betik hanya boleh menghasilkan sekitar 80g biji betik basah sahaja.
Pada berat 1g biji betik, akan terdapat sekitar 60 biji biji betik. Anggaran sekilo biji betik, terdapat sejumlah 6000 biji betik yang nilainya dipasaran sekilo berharga RM1,300.00 !
KAEDAH PENGHASILAN BENIH
1. Pilih buah betik hermafrodit gred A
yang telah mencapai index 4 yang
bebas dari serangan serangga dan
penyakit terutama penyakit Virus
Bintik Cincin dan Mati Rosot. (Bagi
mengeluarkan biji benih betik, perlu
pastikan betik dari varieti atau jenis lain
tidak ditanam sekitar radius 500 meter
dari pokok yang alan dijadikan benih. Ini
adalah untuk menjaga ketulenan biji
benih yang dihasilkan.
2. Buah betik yang telah dipilih akan
dipotong bagi mengambil hanya biji
dari bahagian tengah (3/5 bahagian)
sahaja diambil sebagai langkah
kawalan kualiti biji benih yang terhasil.
3. Biji benih dikeluarkan dari buah dan
direndam. Biji benih yang terapung
akan dibuang dan tidak akan dijadikan
benih. Hanya biji yang tenggelam
sahaja akan di proses untuk dijadikan
benih.
4. Biji benih yang terpilih perlu menjalani
proses membuang aril luar (sarkotesta)
yang menyaluti biji benih berkenaan.
Biji betik yang telah dibuang sarkotesta (kiri).
Biji betik yang belum dibuang sarkotesta (kanan)
5. Biji benih yang telah dibuang
sarkotesta, akan dibasuh bersih bagi
membuang lebihan sarkotesta pada
kulit. Selepas dibersihkan, biji benih
akan dirawat dengan racun kulat.
6. Betik dikeringkan pada suhu ambien
selama 4 ke 7 hari sebelum disimpan
pada suhu 10 - 15 darjah celsius.
7. Ujian percambahan biji benih perlu
dijalankan di makmal ujian biji benih.
Biji benih perlu melepasi sebanyak 70%
sebelum ia diedar kepada pelanggan.
Ingin akak maklumkan, biji betik mempunyai enzim Papain yang alan memberi kesan kepada tangan semasa proses pembuangan sarkotesta pada biji betik. Maka pekerja perlu memakai sarung tangan bagi mengurangkan kesan enzim Papain pada tangan. Boleh baca disini bagi mendapatkan maklumat tambahan mengenai enzim Papain.
Di sini akak ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Bahagian Pembangunan Industri Tanaman (BPIT) Titi Gantong, Jabatan Pertanian Negeri Perak diatas perkongsian maklumat, penghargaan yang tidak terhingga akak rakamkan buat puan Norhayati Haron, Ketua Penolong Pengarah, BPIT Titi Gantong, kerana berkongsi maklumat yang berkaitan.
#InstitutPertanianTitiGantongPerak
#JabatanPertanianMalaysia
8/11/2020
APAKAH KEGUNAAN GETAH BETIK ?
Getah betik ini sedikit berasid dan mengandungi hampir 80% kandungan air. Ia turut mengandungi gula, kanji, minerals dan lain-lain, termasuk enzim lipases, cellulases dan cysteine proteases (Papain, chymopapain) yang mana ianya penting sebagai pertahanan dari serangan serangga yang makan daun.
Keadaan ini berlaku kerana, getah betik mengandungi sejenis enzim yang dinamakan Papain. Enzim Papain ini akan bertindak mencernakan dan mengurai struktur protin yang terdapat pada daging.
Penghasilan Papain bergantung kepada kematangan buah betik. Getah betik dari buah betik yang kurang matang (buah muda) mengandungi kandungan Papain yang lebih tinggi berbanding getah betik dari buah betik yang matang. Buah muda yang lebih besar menghasilkan lebih berbanding buah muda yang mempunyai saiz yang kecil.
Papain kini boleh didapati dalam bentuk serbuk dan cecair dipasaran. Antara kegunaan papain ialah boleh dijadikan bahan untuk memutihkan gigi, untuk rawatan gigitan serangga, produk kecantikan kulit dan lain-lain.
Dibawah ini, akak kongsi kaedah melembutkan daging untuk dibuat sate.
Kaedah penggunaan daun betik dalam pembuatan sate daging
1. Daging dihiris dan dilumur dengan
bahan-bahan perencahnya.
2. Daging yang telah digaul perencah,
dibungkus dengan daun betik. Daging
yang telah siap dibungkus, dibiarkan
selama 1 jam.
3. Setelah itu, sate daging telah sedia
untuk dibakar.
Selamat mencuba.
#InstitutPertanianTitiGantongPerak
#JabatanPertanianMalaysia
8/11/2020
Tuesday, November 3, 2020
KAEDAH TUT BAGI MENGHASILKAN ANAK POKOK MELALUI DAHAN POKOK
Terdapat pelbagai kaedah secara aseksual (vegetatif/ tampang) dalam pembiakan tanaman bagi penghasilan anak pokok. Kaedah ini dilakukan terutama pada pokok yang tidak berupaya mengeluarkan biji benih yang banyak atau bagi menghasilkan anak pokok yang sama dengan induknya.
Salah satu yang sering digunakan ialah kaedah tut (marcott) atau kaedah lenturan udara. Kaedah ini sesuai digunakan untuk membiakkan tanaman buah-buahan jenis berkayu yang keras seperti pokok limau purut, pokok jambu batu, pokok ciku dan lain-lain. Pembiakan kaedah tut ini dilakukan pada dahan atau ranting yang masih terlekat pada pokok induk.
Kelebihan kaedah ini ialah pembiakan kaedah tampang ini tidak akan mengubah genetik dan ciri-ciri fizikal yang terdapat pada pokok induk tanaman berkenaan. Anak pokok yang terhasil cepat matang dan akan mewarisi rupa bentuk (morfologi) dan ciri yang sama dengan induk asal.
Namun, ia turut mempunyai kelemahan dimana pokok yang melalui kaedah pembiakan tut akan mudah tumbang kerana ia tidak mempunyai akar tunjang yang akan menahan berat pokok.
BAGAIMANA IA BERLAKU?
------------------------------------------
Dibawah lapisan kulit pokok jenis dikotiledon mempunyai lapisan sel yang dipanggil floem. Floem berfungsi untuk mengangkut karbohidrat serta fotostat (termasuk hormon auksin) dari daun ke bahagian bawah pokok yang lain.
Lapisan kambium berada diantara lapisan sel floem dan lapisan sel xilem. Kambium merupakan sel yang aktif dalam pembahagian dan pembesaran sel. Kambium pada tumbuhan berfungsi untuk pertumbuhan akar, daun, bunga dan batang pokok. Kambium turut menyalurkan hasilan dari proses fotosintesis ke bahagian akar.
Teknik tut ini mengelar bahagian kulit pokok dan mengikis kambium bagi menyekat bahagian pucuk yang terlibat dari mendapat makanan dan air dari pokok induk.
Apabila aliran dalam kambium diputuskan (dengan mengikis kambium), bekalan makanan akan terkumpul dibahagian floem yang telah dipotong kerana makanan tidak dihantar ke bahagian lain pada pokok, maka akar akan terbentuk.
KAEDAH PEMILIHAN POKOK UNTUK KAEDAH TUT
---------------------------------------------------------------
1. Pilih dahan atau ranting dari pokok
induk yang sihat yang mempunyai
diameter sekurang-kurangnya 1cm
(Anggaran sebesar batang pensel).
2. Ranting yang muda yang telah
mempunyai beberapa helai daun aktif
yang segar dipilih untuk ditut.
Pembentukan daun yang aktif ini akan
mempercepatkan proses pengakaran
pokok. Pemilihan ranting yang tua,
melambatkan proses pengakaran serta
sukar untuk diuruskan.
KAEDAH TUT
---------------------
1. Sediakan peralatan seperti berikut:
a. Pisau yang tajam dan bersih
b. Hormon pengakaran yang
mengandungi kandungan IBA (indole-
3-butyric acid) ( Seradix).
c. Media tut (Cocopeat (Jiffy 7) atau
campuran tanah, Pasir dan hampas
kelapa)
d. Plastik lutsinar
e. Tali rafia atau cable tie
f. Gunting pemangkas (scatteurs)
2. Buat dua kelaran pada kulit dahan
sehingga ke bahagian kambium.
Kelaran pertama dibuat dibawah mata
tunas dan kelaran kedua, dibuat pada
jarak lebih kurang 3 ke 5 cm dari
kelaran pertama.
3. Kupas kulit tersebut dan keluarkan dari
dahan. Kikis kambium (lapisan hijau)
pada bahagian yang telah dikeluarkan
kulit sehingga nampak lapisan putih
(kayu).
4. Hormon penggalak akar disapu
pada bahagian bahagian dahan yang
telah dikikis bagi meransang
pembentukan akar.
5. Media tut yang telah dilembapkan
ditekap kemas pada bahagian dahan
yang telah diletakkan hormon
penggalak akar tadi.
melembapkan media
ditekap kepada dahan yang telah
ditut.
disapukan dengan hormon.
6. Balut bahagian yang telah ditekap
dengan media menggunakan plastik
lutsinar. Ikat kedua hujung plastik
berkaitan bagi mengelak air diserap.
lutsinar.
7. Dahan yang telah ditut dibiarkan
sehingga nampak pertumbuhan akar
melalui plastik (selepas 2 ke 3 bulan).
8. Ranting akan dikerat dan ditanam
dalam polibeg. Polibeg yang telah
diletak keratan pokok, perlu diletakkan
ditempat yang teduh untuk
pertumbuhan akar sebelum ditanam
diladang.
APA ITU HORMON PENGGALAK AKAR?
--------------------------------------------------------
Hormon penggalak akar mengandungi IBA iaitu Indole-3-Butyric Acid merupakan hormon tumbuhan auksin sintetik yang menggalakkan pertumbuhan pokok. Auksin memainkan peranan yang penting dalam pembahagian dan pertumbuhan sel. Penggunaan hormon ini akan mempercepatkan proses pertumbuhan akar pada dahan yang ditut.
Selamat membaca....🍃🌱
#InstitutPertanianTitiGantong,Perak
#JabatanPertanianMalaysia
3/11/2020
Thursday, October 29, 2020
RESEPI SAMBAL DARI TERUNG SATOK
Jika dilihat pada pokok terung satok atau turut dikenali sebagai terung bulu, terung adam atau terung hutan, pokok ini mempunyai buah yang berbulu. Buah muda berwarna hijau dan akan bertukar berwarna kuning apabila masak. Daunnya turut berbulu dan berduri.
Pokok ini mempunyai daun yang lebar dan berduri.
Pokok terung satok tumbuh liar dikawasan semak. Buah terung yang tua dan juga yang sudah masak sering dijadikan masakan lemak atau masak kari.
Buahnya yang telah masak mempunyai rasa yang masam turut dijadikan bahan campuran dalam membuat sambal.
Dalam rawatan traditional, buah satok yang sudah masak turut dijadikan bahan untuk merawat sakit pasang terutama dikalangan orang lelaki.
Akak kongsikan sedikit kegunaan buah terung satok sebagai rujukan pembaca 😊.
SAMBAL TERUNG SATOK
----------------------------------------
1. Pilih terung satok yang berwarna
kuning. Layur pada api. (Tidak layur pun
tidak apa).
2.Tumbuk terung satok yang telah dilayur
bersama ikan bilis dan cabai burung.
3. Perah limau nipis dan campur garam
secukup rasa.
TERUNG SATOK UNTUK RAWATAN PENYAKIT PASANG
------------------------------------------------------
1. Layurkan pada api buah terung satok
yang telah masak dipokok.
2. Demah buah yang telah dilayur pada
bahagian sakit.
3. Layur semula buah terung apa bila
buah telah sejuk dan demah semula.
Proses diulang 3 kali.
In Sya Allah, dengan izinNya, penyakit akan beransur sembuh.
#InstitutPertanianTitiGantongPerak
#JabatanPertanianMalaysia
30/10/2020
Subscribe to:
Posts (Atom)
APA ITU SONIC BLOOM DAN KESAN KEPADA PERTUMBUHAN POKOK?
Sonic Bloom ialah teknologi yang melibatkan kombinasi gelombang bunyi pada frekuensi yang tinggi dan nutrien untuk meningkatkan produktiviti...
-
Di Malaysia, buah tembikai yang mempunyai isi berwarna kuning jarang ditemui dipasaran. Ini adalah kerana buah tembikai ini ditanam dalam ju...
-
Terdapat pelbagai kaedah secara aseksual (vegetatif/ tampang) dalam pembiakan tanaman bagi penghasilan anak pokok. Kaedah ini dilakukan teru...
-
Pokok kari ( Murraya koenigii ) turut dipanggil daun kari atau karapulei memang terkenal dengan daunnya sebagai perisa dalam makanan terutam...


