Tuesday, April 5, 2022

RAMADAN 4: KEPENTINGAN BERSAHUR

RAMADAN 4: KEPENTINGAN BERSAHUR
.
Bersahur merupakan salah satu amalan penting di bulan Ramadan. Terdapat banyak hadis nabi yang sahih yang menekankan tentang kepentingan bersahur. 
.
Antaranya ialah hadis nabi yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah yang bermaksud, “Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada keberkatan.”
.
Ketika bersahur, umat Islam disuruh melewatkannya kerana nabi bersabda, “Sentiasalah umatku berada dalam kebaikan selama mana mereka melewatkan sahur dan menyegerakan berbuka puasa.” Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad.
.
Penekanan nabi agar sahur dilewatkan dan tidak diabaikan amat signifikan lagi saintifik kerana ia menepati waktu bersarapan pagi (breakfast). Kajian semasa menunjukkan makanan yang paling utama dalam masa 24 jam ialah sarapan pagi.
.
Kajian yang dilakukan oleh Dr. Mark Pereira dan rakan-rakannya dari Pusat Perubatan Harvard mendapati, mereka yang tidak bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk, mendapat sakit jantung dan menghidap penyakit kencing manis. 
.
Kajian yang sama juga menunjukkan, mereka yang sentiasa bersarapan pagi menanggung risiko 50% lebih rendah diserang masalah kesihatan yang berkaitan dengan lebihan kadar gula dalam darah berbanding dengan mereka yang jarang bersarapan pagi‼️

Diantara kebaikan bersahur ialah: 
✅ meningkatkan metabolisma tubuh, 
✅ membantu mengurangkan kelaparan yang 
      melampau,
✅ meningkatkan tumpuan minda, 
✅ meningkatkan kesihatan otak, 
✅ membekalkan tenaga, 
✅ meningkatkan sistem penghadaman, 
✅ meningkatkan kandungan air dalam tubuh, 
✅ membantu mengekalkan jisim otot dan 
✅ mengurangkan keletihan.
.
Semuanya bermula dengan apa yang kita makan, BUKAN berapa banyak yang kita makan‼️
.
www.wasap.my/60195706995/nak_sihatkurus2022
.
#MyHealthylifeJourney
#TuisyenKurusOnlineNURISHA
#TKOBukanSekadarKurus

RAMADAN KE 3: SAKIT KEPALA KETIKA MULA BERPUASA?

RAMADAN KE 3: SAKIT KEPALA KETIKA MULA BERPUASA?
.
Akak dapat tahu ada ramai yang mengalami sakit kepala ketika mula berpuasa.
Menurut Dr Rizal, tubuh manusia 70% adalah air. Otak pula 80% air. Tubuh manusia perlukan banyak air. Sakit kepala adalah tanda badan dehidrasi, tak cukup air.
.
Di sini, akak kongsikan antara punca sakit kepala apabila mula berpuasa. Simptom bagi setiap individu adalah berbeza-beza. 
Berikut adalah 4 kebarangkalian  yang menyumbang kepada sakit kepala:
.
1. Kekurangan air dalam badan (Dehidrasi)
.
Apabila kita tak minum banyak air ketika berbuka puasa sehingga sahur, kita menghadapi risiko mengalami dehidrasi. Dehidrasi menyebabkan isi padu otak mengecut dan tidak mendapatkan oksigen yang cukup. Ini akan mengakibatkan selaput otak menghantar isyarat rasa sakit ke seluruh bahagian otak.
.
2. Hipoglikemia
.
Hipoglikemia adalah keadaan kesihatan di mana paras glukosa (gula) darah di dalam badan anda menurun secara drastik dan berada dibawah normal. Keadaan ini sering dialami oleh pesakit yang mengidap penyakit kencing manis. 
.
Gula sangat diperlukan oleh otak sebagai sumber tenaga untuk berfungsi seperti biasa. Apabila kita berpuasa, tubuh yang kekurangan glukosa tak boleh mengepam darah ke otak.
.
3. Ketagih kafein
.
Sakit kepala semasa berpuasa juga berlaku akibat ketagihan kafein (simptom putus kafein).
Simptom ini berlangsung bermula dari seharian penuh hingga dua bulan. Bergantung kepada kekerapan mengambil minuman berkafein.
.
4. Perubahan pola tidur
.
Perubahan pola tidur pada bulan Ramadan kerana harus bangun lebih pagi untuk sahur dan menyebabkan jam biologi berubah.
.
Bagi mengurangkan kesan dehidrasi, kita perlu minum secukupnya air kosong ketika berbuka puasa. Juga minum air yang mencukupi ketika kita bersahur. Elak pengambilan air manis.
.
Bagi mengelak hipoglikemia, kita perlu kurangkan makan makanan yang tinggi karborhidrat dan perbanyakkan makan makanan yang tinggi fiber. Dan cuba elak pengambilan air manis. 
Ini adalah untuk mengelak penghasilan insulin yang tinggi dalam darah dan menyebabkan kandungan gula turun dengan mendadak.
.
Sakit kepala akibat ketagihan kafein boleh dielak dengan mengurangkan kadar pengambilan kafein beberapa minggu sebelum Ramadan menjelma..
.
Dan akhirnya, bagi membiasakan perubahan pola tidur, amalkan bangun malam untuk solat sunat tahajjud dan seterusnya belajar mengamalkan puasa-puasa sunat yang lain selain puasa di bulan Ramadan. 
Insya Allah.
.
www.wasap.my/60195706995/nak_sihat2022
.
#MyHealthylifeJourney
#TuisyenKurusOnlineNURISHA
#TKOBukanSekadarKurus
.

RAMADAN 2: FAEDAH BERPUASA MENGIKUT SAINS

RAMADAN 2: FAEDAH BERPUASA MENGIKUT SAINS
.
Alhamdulillah...
Kita telah masuk ke hari kedua bulan Ramadan. Disini akak kongsikan sedikit maklumat faedah berpuasa dari sudut sains. Semoga dengan maklumat ini kita akan lebih bersemangat untuk meneruskan ibadah puasa ..🥰🥰🥰 
.
Berikut adalah 8 faedah yang kita dapat dari amalan berpuasa:
.
1. Meningkatkan kawalan gula dalam darah dengan mengurangkan kerintangan insulin dalam tubuh. Keadaan ini akan meningkat tindakbalas tubuh pada insulin dan seterusnya meningkatkan pengambilan gula yang lebih efektif dari salur darah ke dalam sel untuk dijadikan tenaga. 
.
Puasa dapat membantu mengawal gula dalam darah terutama pada mereka yang berrisiko menghidap kencing manis. Namun, kajian  menunjukkan bahawa, kesan puasa ke atas paras gula dalam darah wanita dan lelaki adalah yang berbeza antara satu sama lain.
.
2. Puasa mampu meningkatkan kesihatan dengan mengurangkan keradangan.
Keradangan merupakan satu proses dalam sistem imun untuk melawan jangkitan, namun keradangan yang melampau akan memberi risiko pada kesihatan tubuh.
.
Kajian menunjukkan bahawa keradangan akan menjurus kepada penyakit yang kronik seperti penyakit jantung, kanser dan arthiritis.
.
3. Puasa meningkatkan kesihatan jantung dengan membaiki tekanan darah serta mengurangkan paras kolestrol dan Triglycerides.
.
Puasa bukan sahaja mampu mengurangkan tekanan darah, kandungan triglycerides dalam darah dan kolestrol LDL, malah ia mengurangkan risiko penyakit yang melibatkan arteri serta mengurangkan risiko penyakit kencing manis yang menyumbang kepada penyakit jantung.
.
4. Puasa meningkatkan fungsi otak dan mengurangkan risiko gangguan neurodegeneratif.
.
Kajian menunjukkan bahawa puasa mampu meningkatkan kesihatan otak, meningkatkan penghasilan sel saraf dan seterusnya meningkatkan fungsi kognitif (tafsiran dan pembelajaran) otak.

5. Puasa membantu mengurangkan berat badan dengan pengambilan kalori yang rendah serta peningkatan metabolisma tubuh.
.
6. Puasa meningkatkan penghasilan hormon tumbesaran (Human Growth Hormone) yang penting untuk tumbesaran, menaikkan metabolisma, penurunan berat badan dan kekuatan otot. 
.
Human growth hormone (HGH) adalah sejenis hormon protin yang penting dalam kesihatan tubuh.
Apabila kita berpuasa, kandungan gula dan insulin dalam darah dalam keadaan stabil. Ini akan mengoptimakan paras HGH. Kandungan insulin yang tinggi dalam darah akan menurunkan paras HGH.
.
7. Puasa mampu untuk melambatkan proses penuaan.
.
8. Puasa membantu mengurangkan risiko penyakit kanser, malah turut membantu dalam mengurangkan kadar penghasilan sel tumor.
.
Semoga dapat belajar sesuatu.
www.wasap.my/60195706995/nak_sihat2022
.
#MyHealthylifeJourney
#TuisyenKurusOnlineNURISHA
#TKOBukanSekadarKurus

RAMADAN 1: PERUBAHAN PADA TUBUH APABILA KITA BERPUASA

RAMADAN 1: PERUBAHAN PADA TUBUH APABILA KITA BERPUASA
.
Alhamdulillah , hari ini hari pertama kita mula berpuasa dibulan Ramadan. Apa sebenarnya yang berlaku apabila kita mula berpuasa? 
.
Ketika kita berpuasa, tubuh secara semula jadi akan menjalani proses menyahtoksik ,  membaiki dan memulihkan tubuh secara keseluruhan. Namun, proses ini akan berlaku dengan jayanya HANYA apabila kita makan makanan yang sihat dan TIDAK TERLEBIH MAKAN‼️
.
Berikut adalah apa yang akan berlaku pada tubuh kita sepanjang kita berpuasa:
.
💖 PERINGKAT PERTAMA
Beberapa hari selepas kita berpuasa, paras gula dalam darah dan tekanan darah jatuh. Ini adalah peringkat permulaan dan paling sukar tubuh kita akan menjalani proses pembersihan dan proses ini akan menyebabkan kita akan rasa sakit kepala, pening, mual dan lapar. 
.
💖 PERINGKAT KEDUA
Pada peringkat ini, tubuh kita sudah mula biasa dengan aktiviti puasa. Sistem penghadaman kita akan mula rehat dan ketika ini tenaga banyak digunakan untuk membersih dan merawat sel-sel. Sel darah putih juga akan menjadi lebih aktif. Organ dalam tubuh juga turut menjalani proses pemulihan dan penyembuhan. Allahuakbar...
.
💖 PERINGKAT KETIGA
Tenaga semakin bertambah diperingkat ini. Minda kita mempunyai kemampuan untuk lebih fokus dan tubuh kita akan rasa lebih sihat dan bertenaga! Kerja-kerja penyembuhan dan pemulihan tubuh adalah lebih baik. Usus, hati, buah pinggang, paru-paru dan kulit menjalankan kerja-kerja membuang toksik dari tubuh. 
.
💖 PERINGKAT KEEMPAT
Tubuh kita menjadi lebih bertenaga. Daya ingatan dan tumpuan kita menjadi semakin baik. Organ-organ telah mula dibaiki dan pulih. Toksik jugak telah dikeluarkan dari tubuh. Alhamdulillah... 🥰🥰🥰
.
Ini adalah sebahagian kecil kelebihan berpuasa.
Akak akan cuba untuk berkongsi maklumat yang lain nanti. 
.
Selamat menjalani ibadah puasa...
www.wasap.my/60195706995/nak_sihatkurus
.
#MyHealthylifeJourney
#TuisyenKurusOnlineNURISHA
#TKOBukanSekadarKurus
.

Monday, December 20, 2021

SIPUT SEDUT DARI SUNGAI

Pernah makan siput sedut kan? Nak makan siput sedut ni, kena ada caranya..Seni cara makan yang unik ni sebenarnya menambah nikmat pengemar siput sedut.Siput sedut ni suka duduk didalam lumpur di tebing sungai. 

Masa zaman kanak-kanak, akak, adik-adik dan kawan-kawan akan menyauk siput-siput ini; selut yang melekat pada cengkerang siput tersebut akan dibasuh menggunakan air sungai yang mengalir. Kami adik beradik usung siput bersama-sama balik ke rumah. Berat tu siput-siput tu untuk diusung menaiki puluhan anak tangga!!

Sampai di rumah, kami masukkan siput sedut tadi ke dalam besen yang besar. Kami cuci sekali lagi siput-siput tersebut dengan air yang bersih. Setelah air yang kotor dibuang, kami akan mengisi air bersih ke dalam besen yang telah diletak dengan siput sehingga sama paras dengan siput. Kami turut akan masukkan cili kering dan sedikit garam agar siput-siput tersebut memuntahkan lumpur-lumpur yang ada dalam badan mereka. Selepas itu, kami akan tutup mulut besen tersebut dengan talam yang besar dan ditindih dengan batu yang berat untuk mengelakkan siput-siput tadi memanjat dan keluar dari besen. Mereka akan direndam semalaman. 

Keesokan harinya, kami akan buka dan mencurahkan air yang telah dikotori dengan "muntah" siput-siput berkenaan. Kami bilas dengan air yang bersih. Selepas itu, kami akan mula mengambil siput itu satu per satu dan mula menakik hujung muncung cengkerang yang tajam pada siput sedut. Hujung muncung ini perlu ditakik sehingga mendedahkan sedikit isi siput. Jika tidak, isi siput sukar disedut keluar setelah ia masak. 

Hmmm....Masih teringat betapa sedapnya mak masak siput sedut masak lemak dengan labu. Santan perlu pekat dan menggunakan daun kunyit serta isi kunyit yang segar. Kelapa segar dikukur dan diperah santannya dengan penuh kasih sayang. Akak dan adik-adik akan usung siput sedut hasil masakan air tangan mak untuk meratah diatas pangkin belakang rumah yang dipayungi dengan pokok mempelam yang besar sambil menikmati angin segar yang bertiup dari Sungai Pelus......

Pppeeerrrggghhhh....nikmat sangat.....

Friday, August 13, 2021

PENGARUH MAKANAN PADA MIKROORGANISMA DALAM TUBUH MANUSIA

PENGARUH MAKANAN PADA MIKROORGANISMA DALAM TUBUH MANUSIA
==================================
.
Akak pernah bertanya satu soalan, apa persamaan tubuh manusia dan tanah suatu ketika dahulu...
.
Jawapannya ialah; kedua-duanya mempunyai mikrooganisma yang pelbagai❗
.
Didalam tanah terdapat pelbagai microorganisma yang mempunyai peranannya tersendiri bagi mengimbangi keperluan ekosistem dalam tanah. Selain unsur nutrien seperti nitrogen, fosforus, potassium dan lain-lain, tumbuhan juga memerlukan unsur-unsur lain yang dihasilkan dari aktiviti mikroorganisma didalam tanah. 
 .
Amalan agronomi sesuatu kawasan akan menukar keadaan ekosistem dan seterusnya mengubah jenis-jenis mikroorganisma di dalam ekosistem itu sendiri.
.
Sama seperti tubuh manusia, 90% dari tubuh manusia terdiri dari microbiom (mikrob) yang mempunyai pelbagai fungsi. Pengambilan makanan tertentu mengubah jenis mikrobiom yang ada didalam tubuh tersebut.
.
Tubuh yang dibekalkan makanan yang tidak sihat, akan menghasilkan microbiom yang membantu tubuh menjadi gemuk dan berisiko untuk mendapat kencing manis‼️
.
.
Satu kajian telah dibuat pada tikus (Tikus A). Tikus yang kurus ini diberi makan gula. Ini mengakibatkan tikus tersebut menjadi gemuk dan ada kencing manis. 
.
Penyelidik mengambil seekor tikus kurus (Tikus B) yang lain. Kali ini tikus ini tidak diberi gula seperti tikus A. Tetapi tikus B disuntik dengan  kandungan microbiom dari tubuh tikus A.
.
Pemerhatian mendapati, walaupun tikus B tidak diberi gula untuk dimakan, tikus B tetap menjadi gemuk‼️.
Dan ini mengesahkan bahawa microbiom dari tubuh yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat, akan menjadikan tikus yang lain turut gemuk dan mempunyai penyakit kencing manis‼️
.
Masya Allah...
Tabarakallah...
.
www.wasap.my/60195706995/nak_sihat
.
#MyhealthylifeJourney
#TuisyenKurusOnlineBFNI
#BamFastNurisha
#AzmanAsma
.

Thursday, July 15, 2021

MINUMAN PEMANIS MULUT CENDAWAN BLACK JELLY (Auricularia spp.)


Malam ni akak telah siapkan minuman pemanis mulut yang akak buat dari cendawan jeli hitam ni. 
.
Seringkali kita jumpa cendawan ini dimasak bersama campuran sayuran yang lain sama ada ia digoreng atau masak lemak.
.
Cendawan ini juga sebenarnya enak dibuat minuman. Ada yang minta akak buat agar-agar cendawan ini. Mungkin lain masa, akak boleh cuba buat. (Eheeeemmmm... Kalau akak rajin la ..😂😂😂).
.
Cara buat minuman ni, senang je...
Mula-mula rebus air yang dicampur gula merah. Daun pandan ditambah jika suka.  
Cendawan jeli hitam digunting halus.
Apabila air gula sudah menggelegak, masukkan cendawan tadi. Kacau seketika.
Biarkan air menggelegak untuk masakkan cendawan tadi. Kemudian angkat. 
Minuman ini boleh diminum panas atau sejuk.
.
Cendawan jeli hitam ini bagus untuk mencairkan darah (kurangkan kolestrol). Ini bermakna ia bagus diamalkan oleh mereka yang ada kolestrol yang tinggi atau darah tinggi.
.
Jom cuba....

APA ITU SONIC BLOOM DAN KESAN KEPADA PERTUMBUHAN POKOK?

Sonic Bloom ialah teknologi yang melibatkan kombinasi gelombang bunyi pada frekuensi yang tinggi dan nutrien untuk meningkatkan produktiviti...