Saturday, July 25, 2020

BUNGA AIR MATA PENGANTIN (Antigonon leptopus)

Pokok bunga air mata pengantin (Antigonon leptopus) ini dahulunya hanyalah bunga liar yang cantik yang tumbuh menjalar didalam semak. Namun kini ia menjadi tarikan terutama kepada penternak lebah dan kelulut.


Bunga air mata pengantin yang mekar cantik.

Pokok ini berbunga sepanjang tahun dan selalunya keluar mekar dalam rumpun. Pokok ini mempunyai bunga yang berwarna merah jambu atau putih serta mempunyai akar umbi yang besar.

Warna putih yang menawan


Pokok ini boleh dibiakan melalui keratan batang atau biji benih. Namun peratus percambahannya agak lambat dan sukar kerana ia mempunyai biji yang mempunyai biji yang keras dan tebal.


Bunga air mata pengantin yang sudah kering


Biji benih bunga air mata pengantin yang dikeluarkan dari bunga yang telah kering


Bunga air mata pengantin ini mengandungi nektar dan debunga yang amat disukai oleh serangga seperti lebah, kelulut, tebuan, kumbang, semut, rama-rama dan lain-lain.


Lakaran menunjukkan kedudukan nektar pada bunga air mata pengantin



Kelulut Heterotrigona itama mengutip debunga dari bunga air mata pengantin


Kelulut Geniotrigona thoracica turut mengunjungi bunga ini bagi mendapatkan nektar. 


Bunga air mata pengantin ini juga dikatakan boleh dimakan dan mempunyai khasiat perubatan untuk merawat ppenyakit seperti batuk dan selsema. Dan warna bunganya yang cantik turut menjadikan bunga ini sesuai dijadikan hiasan bunga segar.

Wallahulam...

#BahPembIndustriTanamanPutrajaya
#JabatanPertanianMalaysia

25/7/2020

Sunday, July 12, 2020

APA ITU SAYURAN "MICROGREENS"?

Sayuran microgreens ini adalah sayuran muda yang dipetik selepas 2 ke 3 minggu bercambah; sesuai dengan namanya "micro" yang bermaksud kecil dan greens yang bermaksud tanaman.

Anak pokok bayam diantara jenis sayuran yang sesuai dijadikan sayuran microgreens.

Antara benih yang sesuai dijadikan sayuran microgreens adalah bayam, kale, lobak pak choy, kobis ungu dan lain- lain.

Di antara benih sayuran microgreens yang terdapat dipasaran. 
(Sumber gambar: Jong Chun Sun)

Kita harus waspada kerana ada juga tanaman seperti pokok tomato dan pokok ubi kentang tidak sesuai dimakan diperingkat kecil kerana ada molekul beracun yang terdapat didalam batang atau pucuk pokok tersebut.


BILAKAH SAYURAN MICROGREENS BOLEH DITUAI?

Microgreen merupakan sayuran yang muda yang berumur kurang dari sebulan dan mempunyai ketinggian lebih kurang 2 inci tinggi. Ia dituai pada peringkat yang lebih awal berbanding sayuran biasa yang dituai apabila telah matang.

Sayuran microgreens dituai dengan menggunakan gunting apabila tanaman ini telah mengeluarkan sepasang daun sebenar (daun yang keluar selepas kotiledon).

Pokok microgreen yang sudah mengeluarkan daun sebenar


Sayuran microgreens selalunya dimakan mentah sebagai salad atau dimakan bersama sandwich. Rasanya yang rangup, segar, berwarna warni serta mempunyai kandungan nutrien yang tinggi menjadi pilihan masa kini dalam mempelbagaikan jenis makanan dalam diet harian.



RESEPI RINGKAS BERASASKAN SAYURAN MIKROGREENS


SALAD  SAYURAN MICROGREENS
----------------------------------------------------

Sayuran microgreens ( bayam)
Bayam Brazil
Telur rebus
Lada hitam
Sos Roasted Sesame






SANDWICH SALAD MICROGREENS
-----------------------------------------------------

Sayuran microgreens
Bayam Brazil
Tuna mayonis
Roti sandwich






Selamat mencuba...


#BahPembIndustriTanamanPutrajaya
#JabatanPertanianMalaysia

12/7/2020








APA YANG MENYEBABKAN CILI RASA PEDAS?

Bagi penggemar makanan yang pedas, sudah pastinya kurang menyelerakan jika makan tanpa ada rasa pedas. Apa sebenarnya yang memberi rasa pedas pada cili?

Apa yang menyebabkan cili memberi rasa pedas?


APA YANG MENYEBABKAN CILI RASA PEDAS?

Rasa pedas yang terdapat pada cili adalah disebabkan oleh kandungan kimia dalam cili yang dinamakan capsaicin (cara nak sebut " kap sai sin ") atau dipanggil capsaicinoids.

Capsaicin ini terdapat dalam kebanyakan pokok keluarga Capsicum melainkan cili benggala atau cili loceng. Cili benggala ini tidak mempunyai rasa pedas dan ia turut dipanggil lada manis dan sering digunakan untuk mewarnai masakan yang berasaskan sayur-sayuran.
Cili benggala tidak mempunyai rasa pedas. 


PLASENTA

Selama ini kita menyangka rasa pedas pada cili adalah dari biji cili berkenaan. Sebenarnya rasa pedas pada cili itu terdapat pada bahagian lapisan putih dibahagian tengah buah cili yang dinamakan plasenta (placenta)

Plasenta ialah bahagian pada bawah calyx dimana biji benih cili melekat padanya. Pada bahagian inilah terdapat capsaisin.

Kedudukan plasenta pada sebiji buah cili. 


KELENJAR CAPSAISIN

Diantara plasenta dan biji benih terdapat kelenjar capsaisin (capsaicin glands) yang menghasilkan capsaisin dan menyebabkan cili rasa pedas. Maka; bagi yang tidak menyukai atau ingin mrngurangkan rasa pedas, bahagian ini perlu dibuang.

Perhatikan kedudukan kelenjar capsaisin (Capsaicin glands)


UKURAN KEPEDASAN CILI

Kepedasan capsaisin didalam cili disukat menggunakan Scoville Scale menggunakan unit yang dikenali sebagai Scoville Heat Units (SHU).

Bacaan SHU bagi pelbagai jenis cili. 


Berdasarkan gambar diatas, cili benggala mempunyai bacaan 0 SHU. Dan in bermakna, cili benggala tidak mempunyai rasa yang pedas.

Semoga maklumat ini memberi ilmu yang baru buat semua. In sya Allah.


#BahPembIndustriTanamanPutrajaya
#JabatanPertanianMalaysia

12/7/2020

Friday, July 10, 2020

POTENSI KULIT DURIAN; APA YANG KITA PERLU TAHU TENTANGNYA?

Kita sudah serasi dengan nama durian dan kulitnya yang berduri. Bergantung kepada jenis durian, peratus yang boleh dimakan pada buah durian adalah hanya diantara 28 ke 30% sahaja. Malah ada durian kampung yang mempunyai biji yang besar dan peratus yang boleh dimakan tidak melebihi 25%. Ini bermakna dari sebiji durian, berat kulit adalah diantara 75 hingga 80%! Dan kulit durian menjadi bahan buangan pertanian yang tiada nilai.



Kulit durian mempunyai duri yang banyak yang mempunyai kapasiti yang tinggi dalam menyerap hentakan bagi melindungi isi durian serta semasamengurangkan kesan hentakan semasa buah durian gugur ke tanah.

Kini, kajian membuktikan bahawa selain nanas, hemp, jut, kenaf, pisang, fiber dari kulit durian juga berpotensi untuk dijadikan produk komoditi bernilai tinggi. Fiber dari kulit durian mempunyai kandungan selulos dan hemiselulos yang tinggi dan ianya stabil pada suhu yang tinggi sehingga 367 darjah celcius dan ini membolehkan kulit durian diproses melalui polymerization dalam suhu yang tinggi.

Akak rasa ini adalah diantara peluang Dan ruang yang kita boleh terokai bagi menjana ekonomi penanam durian dimasa hadapan. Wallahulam.

# BahPembIndustriTanamanPutrajaya
#JabatanPertanianMalaysia

10/7/2020

Saturday, June 27, 2020

BUNGA ROS HIJAU (Rosa chinesis viridiflora)

Mungkin ramai yang tidak mengetahui kewujudan bunga ros ini. Bunga ini agak berbeza berbanding bunga ros yang lain. Keunikan pada ros hijau ini ialah kelopak bunganya seakan bentuk daun (sepal) dan ianya berwarna hijau! Ia juga tidak mempunyai stamen dan stigma. Namun bunga ini masih masih berbau ala-ala bunga ros.


Bunga ros hijau

Bunga ini bukan terhasil dari kacukan atau aruhan manusia. Pokok bunga ini memang mudah dibiakkan melalui keratan batang. 


Bunga ros hijau yang telah dipetik


Kudup bunga ros hijau


Kuntuman bunga ros hijau boleh dijadikan teh.

Kuntum bunga ini boleh dipetik dan dijadikan teh. Air teh bunga ros hijau dikatakan dapat memberi rasa tenang pada peminum dan juga mengandungi antioksida yang tinggi.

#BahPembangunanIndustriTanamanPutrajaya
#JabatanPertanianMalaysia

27/6/2020

DURIAN KURA-KURA (Durio testudinarium) TUMBUH DI PANGKAL POKOK

Durio testudinarium atau lebih dikenali sebagai durian kura-kura atau durian kakura ini banyak didapati di Negeri Sabah dan Sarawak.  Testudinarium merupakan bahasa Itali yang bermaksud kura-kura.


Buah durian kura-kura pada pangkal pokok. 

.
Ia mempunyai keunikannya tersendiri berbanding durian dari jenis yang lain. Buah durian kura-kura ini keluar dari pangkal pokok dan menyerupai kura-kura! Terdapat diantara 80 ke 100 biji buah durian dibahagian pangkal pokok durian tersebut. Subhanallah.

Putik bunga durian kura-kura


Jambak bunga durian kura-kura yang sudah mekar


Buah ini turut keluar dibatang pokok. Buahnya berbentuk bujur. Warna kulit buah sama dengan buah durian iaitu hijau kekuningan atau perang. Durian ini tidak mempunyai bau yang kuat.


Buah durian dipangkal dan batang pokok


Isi durian ini berwarna putih atau kuning dan mempunyai tekstur yang lembut. Isi durian ini sedikit lemak, sedikit manis dan sangat berair.


#BahPembangunanIndustriTanamanPutrajaya
#JabatanPertanianMalaysia

27 /6/2020




Monday, June 15, 2020

CABAI BURUNG BERWARNA UNGU

Ramai mungkin tidak pernah melihat apatah lagi merasai rasa cabai burung yang berwarna ungu.


Cabai burung ungu

Warna cabai ini seakan-akan warna terung. Jika diperhatikan warna keunguan ini jugak kelihatan pada daun, batang dan ranting pokok tersebut. Cabai ini dikenali sebagai hot pretty purple atau explosive ember; dilihat sebagai salah satu tanaman hiasan semata. Namun, cabai ini boleh dimakan dan mempunyai rasa yang sangat pedas.

Batang, ranting dan daun kelihatan ada warna keunguan.

Akak cuba masukan cabai ungu ini dalam masakan akak. Semasa cabai ini dipotong, bau cabai ini wangi dan seakan tidak pedas. Cabai yang dimasak akan bertukar warna dari ungu kehitaman kepada ungu kehijauan. Apabila akak makan cabai ini, kepedasannya cukup untuk dirasai sehingga seakan keluar asap dari telinga! 😂😂😂.

Bunga cabai ungu







Disini akak kongsikan, kepedasan cili disukat dalam unit scoville heat units. 

Bacaan kepedasan cili dalam unit scoville heat.


Tidak banyak maklumat yang dapat akak cari mengenai cabai berwarna ungu ini. In sya Allah , akak akan cuba untuk menambah maklumat dalam artikel ini pada masa yang akan datang.

#BahPembangunanIndustriTanamanPutrajaya
#JabatanPertanianMalaysia

15/6/2020


APA ITU SONIC BLOOM DAN KESAN KEPADA PERTUMBUHAN POKOK?

Sonic Bloom ialah teknologi yang melibatkan kombinasi gelombang bunyi pada frekuensi yang tinggi dan nutrien untuk meningkatkan produktiviti...