Friday, April 16, 2021

KESAN CAHAYA LAMPU PADA KUALITI TIDUR



KESAN CAHAYA LAMPU PADA KUALITI TIDUR
-----------------------------------------------------------------
Akak pernah kongsi coretan kisah pengalaman akak tentang kesan tidur lewat kepada kesihatan akak. Kali ini, akak kongsikan lagi cerita pasal tidur. Akak harap korang jangan pulak tertidur selepas baca coretan akak ini! 😂😂😂
.
Sebelum ini akak ada menyentuh sedikit tentang jam biologi tubuh kan? Kali ini, akak nak sentuh sikit mengenai "Circadian Rhythm (CR)" atau lebih kurang maksudnya kitaran bangun dan tidur seharian. 
.
Jam biologi tubuh membantu untuk mengatur circadian rhythm (CR) ini. CR merupakan aturan jam yang mengatur bila tubuh perlu bangun dan bila tubuh perlu tidur. Peranan ini dibantu oleh hormon yang dinamakan melatonin. 
.
Melatonin akan dirembeskan mulai jam 6:00 petang dan akan mula berhenti mulai jam 6:00 pagi setiap hari. Melatonin akan menghantar isyarat kepada otak bahawa tubuh perlu berehat. Dan ketika itu kita akan mula merasa mengantuk dan suhu badan kita akan mula turun. 
.
Penghasilan melatonin akan terganggu dengan kehadiran cahaya. Dan akan memberi isyarat yang tubuh sudah perlu bersedia untuk bangun!
.
Apabila kita sering tidur lewat, kita akan menganggu penghasilan melatonin dan kesan jangkamasa panjang ialah kita akan mula mengalami simptom sukar untuk tidur (insomnia), sistem tubuh badan kita akan mula terganggu yang akan menyebabkan kesan kemurungan, gangguan sistem immune, menyebabkan sel-sel tubuh tidak sempat dibaiki, dan juga mendedahkan tubuh untuk mendapat kanser! Nauzubillah....
.
Maka yang sebaiknya, kita perlu tidur awal, tutup lampu atau hanya pasang lampu yang malap ketika tidur bagi memastikan penghasilan melatonin yang sempurna bagi mendapatkan tidur yang berkualiti!
.
Jom hargai kesihatan kita... 
Mari akak bantu...
.
www: wasap.my/60195706995/nak_joinTKO
.
#Myhealthylifejourney
#Tuisyenkurusonline
#TuisyenKurusAzmanAsma
#HEALTHisWEALTH
#ThetimeisNOW

.

KENAPA ASYIK LAPAR JE NI?



KENAPA ASYIK LAPAR JE NI?
-----------------------------------------------
Ada yang pernah merungut macam ni? 
Tahu tak kenapa boleh jadi begitu? 
Nak akak bagitahu? 
.
Percaya tak kalau akak bagitahu bahawa punca kita sering lapar itu adalah kerana kita banyak makan makanan dalam bentuk karbohidrat!
.
Ada lagi yang tidak tahu bahawa, selain nasi makanan seperti roti, biskut, ubi keledek, ubi kentang, labu, jagung, mee, bihun dan sebagainya adalah sejenis karbohidrat. 
.
Sebagai orang Asia, makanan ruji kita adalah nasi. Kita lebih gemar makan nasi kerana ia memberi kepuasan "cepat kenyang" kepada otak kita. Tanpa kita mengetahui bahawa karbohidrat yang kita makan ini akan diurai menjadi gula dan kandungan gula yang tinggi dalam darah akan mencepatkan kita cepat rasa lapar semula! 
.
Sebaiknya kita kurangkan pengambilan makanan berkarbohidrat dalam sajian makanan harian kita dan perlu meningkatkan pengambilan fiber agar kita kekal kenyang dalam tempoh masa yang panjang. 
.
Ingin tahu lebih lagi? Jom akak bantu...
.
www: wasap.my/60195706995/nak_sihat
.
#Myhealthylifejourney
#TuisyenKurusOnline
#TuisyenKurusOnlineAzmanAsma
#ThetimeisNOW
#HEALTHisWEALTH

EHH! BANYAK MAKAN NASI PUN BOLEH GEMUK?



EHH! BANYAK MAKAN NASI PUN BOLEH GEMUK? 
----------------------------------------------------------------
"Tak kan la banyak makan nasi pun boleh gemuk? Nasi tu kan kita masak guna air je! Bukan kita guna minyak pun! Macam mana makan nasi boleh mengemukkan akak?🤔"
.
Ada yang ingin bertanya soalan yang sama?
Meh akak bagitahu kenapa boleh gemuk dengan hanya makan nasi yang banyak...
.
Dalam post akak sebelum ini, akak ada tulis mengenai kenapa Kita sering lapar dan perkaitan sering lapar dengan pengambilan karbohidrat yang banyak dalam hidangan makanan kita. 
.
Akak juga ada sebut sebelum ini bahawa, selain nasi, roti, mee, kuih muih, bihun, laksa dan sebagainya adalah karbohidrat.
.
Karbohidrat diperlukan oleh tubuh kita untuk menghasilkan tenaga. Karbohidrat ini akan diuraikan oleh tubuh untuk ditukarkan kepada gula dalam darah. Dan apabila kandungan gula tinggi dalam darah akibat pengambilan karbohidrat yang berlebihan, ia akhirnya akan ditukar kepada lemak! 
.
Maka, apabila kandungan lemak banyak didalam tubuh, maka........kita akan gemuk ! 
Maka, jika nak turun berat....kurangkan pengambilan makanan jenis karbohidrat dan kurang atau berhenti ambil makanan manis!
.
Biar kurang manis dalam makanan.....tapi tambahkan manisan dalam senyuman...
Haaaa..... 
Manis tak senyuman akak tu? 😂😂😂
.
Ingin maniskan senyuman? 
Ehhh...🤭... Ingin hidup sihat? 
Jom! www.wasap.my/60195706995/nak_sihat
.
#Myhealthylifejourney
#TuisyenKurusOnlineAzmanAsma
#HEALTHisWEALTH

GULA PUNCA KULIT CEPAT NAMPAK TUA!



GULA PUNCA KULIT CEPAT NAMPAK TUA! 😱
------------------------------------------------------------------
Sejak akak menyertai program Tuisyen Kurus Online (TKO), akak sudah tidak atau kurang mengambil sebarang minuman dan makan manis. Dan, Alhamdulillah, akak sudah lama tidak menyentuh sebarang minuman 3 in 1!
.
Untuk menurunkan berat badan, gula adalah salah satu bahan masakan yang perlu dihindarkan. Kami juga diajar kandungan gula yang tersembunyi dalam makanan yang kita ambil tanpa kita sedar; seperti nasi yang berlebihan, roti yang berlebihan, sos dan sebagainya.
.
Selain menyebabkan kegemukan dan penyakit seperti kencing manis, rupanya gula juga punca kita nampak cepat tua dari usia!!! 😰
.
Apabila kandungan gula tinggi dalam badan, proses tindakan kimia yang dinamakan glycation akan berlaku. Molekul gula didalam darah akan terikat kepada protin (iaitu kolagen dan elastin). Keadaan ini menyebabkan kulit akan mudah kendur, kedutan mudah terbentuk, kulit kusam dan nampak penat. 
.
Menurut Prof Dr Muhaya, sekiranya seseorang mengamalkan minuman kolagen tetapi masih mengambil gula yang berlebihan, kolagen tambahan itu juga turut akan diikat oleh molekul gula dalam tubuh kita! Sia-sia je kan?
.
Patutlah ramai peserta TKO semakin hari semakin nampak bertambah muda! Rupanya ini salah satu rahsianya. Alhamdulillah...
.
Ingin ubah penampilan diri sebelum raya? Apa tunggu lagi? Jom akak bantu...💃💃💃

www: wasap/60195706995/nak_joinTKO
.
#Myhealthylifejourney
#TuisyenKurusOnline
#TuisyenKurusOnlineAzmanAsma
#HEALTHisWEALTH
#ThetimeisNOW

MENGAPA KITA PERLU BERHENTI MAKAN SEBELUM KENYANG?


MENGAPA KITA PERLU BERHENTI MAKAN SEBELUM KENYANG?
--------------------------------------------------------------
Sejak mengikut program Tuisyen Kurus Online (TKO), banyak perkara yang akak belajar untuk mengenal dan membiasakan diri dengan signal yang dihantar oleh bahasa tubuh sendiri. 
.
Akak sudah mula belajar untuk kunyah makanan akak dengan lebih lama sebelum akak telan makan tersebut. Dan akak juga akan mula makan tanpa membiarkan perut akak meraung kelaparan! 😂😂😂
.
Persoalannya, mengapa kita perlu berhenti makan sebelum kenyang? Nak tahu jawapannya? Meh akak bagitahu......
.
Jawapannya ialah kerana; otak kita akan mula menghantar signal yang perut kita sudah kenyang, 20 minit selepas kita makan! Maka, cara yang terbaik ialah; pertama, berhenti makan sebelum kenyang dan yang kedua, kunyah makan dengan perlahan-lahan dan lebih lama agar signal "sudah kenyang" yang dihantar dapat diterima oleh otak tanpa menyebabkan kita makan banyak!!!!💃💃💃

Nak hidup sihat? 
Jom www.wasap.my/60195706995/nak_sihat
.
#MyHealthylifejourney
#TuisyenKurusOnlineAzmanAsma
#HEALTHisWEALTH

INGIN TAMPIL LANGSING BERGAYA DIHARI RAYA?



INGIN TAMPIL LANGSING BERGAYA DIHARI RAYA?
----------------------------------------------------------------
Hi korang...✌️✌️✌️.
Salam Ramadhan dan Salam jumaat. Alhamdulillah, sudah empat hari kita berpuasa. 🥰. 
.
Akak ingin kongsi cara nak cepat langsing bergaya dihari raya nanti! Sebenarnya akak nak bagi semangat ni kat korang, sebab bila korang sudah kurus, pasti korang lebih sihat! Dan yang kurus pulak, korang tak semestinya sihat. Jadi jom jaga kesihatan baik-baik mulai sekarang. 
.
Semalam akak sudah kongsi topik 4 peringkat perubahan yang berlaku dalam tubuh kita apabila kita berpuasa. Korang dah baca ke belum? Kalau belum, baik korang pergi baca sebab apa yang akak tulis hari ni, berkait dengan topik semalam. 
.
Apabila kita berpuasa, tubuh kita akan menggunakan sumber karbohidrat yang tersimpan sebagai tenaga. Gula adalah sumber karbohidrat yang disimpan dalam tubuh. 
.
Jika kekurangan sumber karbohidrat dalam tubuh, barulah lemak yang disimpan akan mula ditukarkan untuk penghasilan tenaga. Ini bermakna, lemak adalah simpanan terakhir yang akan digunakan! 
.
Pada peringkat pertama kita berpuasa (rujuk artikel akak sebelum ini), paras gula dalam darah dan tekanan darah akan turun. Keadaan ini akan menyebabkan pengurangan dari pengeluaran insulin dari pankreas. Dan pengeluaran glucagon akan meningkat dalam tubuh. 
.
Perlu diingatkan bahawa, glucagon hanya akan dikeluarkan apabila kandungan gula dalam darah rendah! 
.
Apa fungsi glucagon ni? Glucagon adalah hormon yang dikeluarkan untuk membantu proses ketosis; iaitu proses pemecahan lemak didalam tubuh! Glucagon ini akan memecahkan lemak untuk menghasilkan tenaga!
.
Semakin banyak glucagon ini dirembeskan dan berfungsi, semakin banyaklah lemak-lemak Kita ditukarkan kepada tenaga. MAKA; kita akan cepat kurus ! 😍😍😍
.
Untuk memastikan glucagon boleh berfungsi dengan baik, kita perlulah mengurangkan kadar pengambilan karbohidrat dan gula ketika berbuka dan bersahur! Elakkan juga makan berlebihan. Sebaiknya kurangkan makanan berminyak dan berlemak. 
.
Semoga tercapai hasrat untuk kelihatan langsing dan sihat dihari raya...
Ingin kekal kurus? Jom akak bantu
 www.wasap.my/60195706995/nak_sihat
.
#Myhealthylifejourney
#TuisyenKurusOnlineAzmanAsma
#4thRamadhan2021

4 PERINGKAT PERUBAHAN YANG BERLAKU DALAM TUBUH KETIKA KITA BERPUASA



4 PERINGKAT PERUBAHAN YANG BERLAKU DALAM TUBUH KETIKA KITA BERPUASA
-------------------------------------------------------------
.
Akak bersyukur kerana akak dapat menjalani Ramadhan kali ini dengan lebih bertenaga dengan cara pemakanan yang betul. Yang paling akak best, kali ini akak berpuasa dengan bekalan ilmu yang berlandaskan perubatan moden! 
.
Haaaaaa... Inilah antara ilmu yang dibekalkan oleh program Tuisyen Kurus Online (TKO) bagi memastikan peserta kekal kurus sambil MENGEMUKKAN PAHALA! 
Alhamdulillah 🥰.
.
Kita sudah bertahun-tahun berpuasa, namun akak yakin masih ramai yang tidak faham atau tidak mengetahui apa perubahan yang berlaku kepada tubuh kita bila kita berpuasa! Akak pun dulu tak tahu! ✌️✌️✌️🤭🤭🤭
.
Meh akak cerita sikit....📝
.
1️⃣ PERINGKAT PERTAMA
.
Beberapa hari selepas kita berpuasa, paras gula dalam darah dan tekanan darah jatuh. Ini adalah peringkat permulaan tubuh kita akan menjalani proses pembersihan dan proses ini akan menyebabkan kita akan rasa sakit kepala, pening, mual dan lapar. 
.
2️⃣ PERINGKAT KEDUA
.
Pada peringkat ini, tubuh kita sudah mula biasa dengan aktiviti puasa. Sistem penghadaman kita akan mula rehat dan ketika ini tenaga banyak digunakan untuk membersih dan merawat sel-sel. Sel darah putih juga akan menjadi lebih aktif. Organ dalam tubuh juga turut menjalani proses pemulihan dan penyembuhan. Allahuakbar...
.
3️⃣ PERINGKAT KETIGA
.
Tenaga semakin bertambah diperingkat ini. Minda kita mempunyai kemampuan untuk lebih fokus dan tubuh kita akan rasa lebih sihat dan bertenaga! Kerja-kerja penyembuhan dan pemulihan tubuh adalah lebih baik. Usus, hati, buah pinggang, paru-paru dan kulit menjalankan kerja-kerja membuang toksik dari tubuh. 
.
4️⃣ PERINGKAT KEEMPAT
.
Tubuh kita menjadi lebih bertenaga. Daya ingatan dan tumpuan kita menjadi semakin baik. Organ-organ telah mula dibaiki dan pulih. Toksik jugak telah dikeluarkan dari tubuh. Alhamdulillah... 🥰🥰🥰
.
Itulah antara kelebihan puasa Ramadhan buat kita. Allah Maha Penyayang...
.
Sebab Itu penting untuk kita kelengkapkan diri kita dengan ilmu setiap masa agar amal ibadat yang kita lakukan akan lebih sempurna.
.
Banyak lagi ilmu yang boleh kita belajar bersama untuk sihat, untuk kurus dan yang paling penting untuk beribadat
Jom akak bantu 
 www.wasap.my/60195706995/nak_sihat
.
#Myhealthylifejouney
#TuisyenKurusOnlineAzmanAsma
#3rdRamadhan2021

APA ITU SONIC BLOOM DAN KESAN KEPADA PERTUMBUHAN POKOK?

Sonic Bloom ialah teknologi yang melibatkan kombinasi gelombang bunyi pada frekuensi yang tinggi dan nutrien untuk meningkatkan produktiviti...