Saturday, September 28, 2019

PENGHASILAN BEDAK SEJUK DARIPADA BERAS KAEDAH TRADISIONAL

Beras merupakan makanan ruji rakyat Malaysia. Seperti yang kita tahu, sejak dahulu lagi beras juga dijadikan bahan asas kecantikkan bagi wanita untuk penjagaan kulit selain ia turut dijadikan salah satu bahan untuk merawat pesakit.

Akak cuba mengasah kembali kemahiran menitis bedak sejuk. He he he

Butiran bedak sejuk yang akak sudah titiskan. Nampak gayanya tangan akak sudah "keras".


Di zaman moden ini, pengeluar bahan rawatan kecantikan terutama dari negara Korea dan Thailand masih mengeluarkan bahan-bahan penjagaan kulit berasaskan beras dan dijual dengan harga yang agak tinggi.

Disini akak nak kongsikan sedikit pengalaman zaman kanak-kanak akak bagaimana mak akak menghasilkan bedak sejuk kaedah tradisional.

Untuk menghasilkan bedak sejuk, perkara pertama yang perlu dibuat ialah, beras perlu dibasuh bersih dan diletakkan dalam bekas. Selepas itu, air yang bersih dimasukkan kedalam bekas bagi merendam beras itu tadi. Beras ini  perlu direndam beberapa bulan sebaiknya setahun (menurut kata orang tua-tua) sehingga beras tersebut menjadi hancur.


Air rendaman perlu ditukar baru setiap minggu bagi mengelak beras tersebut menjadi busuk. Air perlu ditukar setiap kali sehingga beras yang direndam menjadi hancur dengan sempurna. Beras yang telah sempurna hancur akan menjadi seperti tepung (pes yang pekat).

Apabila beras telah menjadi hancur sepenuhnya, air akan dikeluarkan. Kain bersih terlebih dahulu perlu dihamparkan diatas permukaan yang rata. Pes yang telah diasingkan akan dimasukkan dalam daun pisang yang dibentuk seperti kon (plastik turut boleh digunakan).

Sebelum memasukan pes ke dalam kon yang telah disediakan, periksa bukaan lubang pada kon untuk memastikan pes tadi dapat keluar dan menghasilkan butiran bedak sejuk yang bulat dan comel.

Setelah bukaan pada kon menepati saiz yang dihendaki, pes tersebut dititiskan diatas kain yang direntang diatas permukaan yang rata. Part inilah yang paling mencabar buat akak. Peringkat awal menitiskan pes bedak sejuk, butiran yang dihasilkan adalah kecil dan comel. Tetapi apabila akak dah mula bosan dan lenguh, akak akan buka bukaan kon agar pes akan keluar lebih laju dan cepat. Cepat keluar, ceoatlah siap. Maka terhasillan butiran yang besar-besar dan pelbagai bentuk. Hik hik hik hik...


Setelah butiran bedak sejuk telah siap, ia dibiarkan kering diatas kain berkenaan atau di jemur dibawah cahaya matahari.

Apabila cukup kering, butiran bedak sejuk akan dikutip dan disimpan bersama hirisan daun pandan atau sebarang kuntuman bunga yang wangi seperti bunga ros, bunga cempaka, bunga melur dan sebagainya untuk memberikan bau yang wangi pada bedak sejuk.


Pastikan bahan-bahan ini juga dikeringkan terlebih dahulu bagi mengelak bau hapak pada bedak sejuk itu kelak.

Selamat mencuba ✌

#BahPembangunanIndustriTanamanPutrajaya
#JabatanPertanianMalaysia

Friday, September 27, 2019

HAMPAS KELAPA UNTUK KENCANTIKKAN DAN KEBERSIHAN KULIT

Korang pernah tengok tak hampas kelapa? Hampas nyor kata orang Perak.


Memandangkan kerja akak ni pernah jaga pokok kelapa, ni akak nak kongsi sikit petua orang dulu-dulu ( errrr.....petua orang-orang lama macam akak ni ...hik hik hik...)

Masa zaman akak kecik-kecik dulu, selepas je mak akak habis perah kelapa untuk keluarkan santannya, hampas kelapa tu akak simpan... ( kadang-kadang bila mood akak rajin, atau kena paksa, baru akak tolong perahkan...hik hik hik)

Apa guna hampas kelapa ni?
Haaaaaaaaa.....ni yang akak nak bagitahu ni. Bagi yang ada ternakan seperti ayam ke....itik ke....hampas ni akan diberi sebagai makanan tambahan. Bukan main laju je dema-dema membalun hampas kelapa yang masih segar itu.

Taaaapiiii..... akak pulak akan gunakan hampas kelapa ini sebagai scrub untuk badan....
Hhhaaaaaa.....Beesssttt wwwoooooo! Cer cuba! Selepas basahkan badan, ambik hampas kelaoa tadi, tenyeh satu badan. Selepas itu, bilas dengan air. Perrrggghhh! Korang mesti rasa kulit badan korang licin dan segar. Tak caya? Cuba duluuuuu.....

Ya la kaaaannn....Akak ni orang kampong so akak guna je apa-apa bahan yang ada kat keliling kampong.

Sooo.... itu je yang akak nak citee......

#BahPembangunanIndustriTanamanPutrajaya
#JabatanPertanianMalaysia

BUNGA MAWAR YANG BERWARNA PELANGI?

Mungkin peminat bunga mawar atau bunga ros ini yang tertanya-tanya dimana boleh dapatkan benih bunga ini kan?


Sebenarnya..bunga mawar yang berkelopak warna-warni seperti pelangi itu adalah dihasilkan melalui kreativiti manusia sahaja! Terima kasih kepada pegawai di Unit Florikultur, Seksyen Komoditi Bernilai Tinggi, Bahagian Pembangunan Industri Tanaman, Jabatan Pertanian Putrajaya kerana berkongsi maklumat ini...


Untuk menghasilkan bunga mawar pelangi ini, bunga mawar berwarna putih akan digunakan. Batang bunga ini akan dibelah tiga atau empat bahagian. Batang bunga yang telah dibelah, dicelup dalam bekas yang berisi warna yang berbeza bagi setiap satu.



Pewarna yang sering digunakan ialah pewarna makanan. Warna-warna asas seperti merah, biru, kuning dan hijau akan digunakan. Semakin tinggi kepekatan warna digunakan, semakin terang warna diserap oleh kelopak bunga.



Batang yang direndam dibiarkan selama sekurang-kurangnya 24 jam. Batang yang dibelah, akan menyerap air berwarna dan menyalurkan warna pada kelopak bunga ros dan meninggalkan warna disitu.



Semasa proses penyerapan, warna akan muka bercampur dan menghasilkan warna-warna pelangi pada bunga mawar yang berwarna putih pada asalnya.

#UnitFlorikuturSeksyenKomoditiBernilaiTinggi
#BahagianPembangunanIndustriTanamanPutrajaya
#JabatanPertanianMalaysia

Thursday, September 26, 2019

KULIT PISANG SEBAGAI BAJA

Kulit pisang mengandungi kandungan potassium (K) yang tinggi dan kandungan ini sesuai untuk dijadikan baja untuk pokok diperingkat reproduktif (berbunga dan berbuah).


Kulit pisang perlu ditanam dalam tanah selama 1 ke 2 minggu untuk direput dan diuraikan. Selepas pereputan dan penguraian selesai, campuran tanah tadi boleh ditabur ke pangkal pokok sebagai baja.

Baja kulit pisang ini sesuai ditabur terutama pada pokok bunga ros.

Selamat mencuba!

#PTIFPerak
#JabatanPertanianPerak
#JabatanPertanianMalaysia

Tuesday, September 24, 2019

POKOK CERI TERENGGANU (Lepisanthes alata)

Pokok ceri atau turut dikenali sebagai perupok boleh dikategorikan sebagai pokok buah-buahan nadir. Musim berbunga dan berbuahnya tidak menentu tetapi boleh berlaku pada bila-bila masa di sepanjang tahun.





Buahnya tersusun bergugusan pada tangkai yang panjang dan setiap tangkai mempunyai sehingga 20 biji buah yang warna merah gelap dan berkilat. Saiz buahnya antara 2 cm hingga 3 cm, berbentuk bulat dan tajam di bahagian hujungnya dan setiap buah mempunyai satu hingga tiga biji.

Isi buahnya manis dan sedikit kelat. Buah ini perlu dipicit sehingga lembut sebelum makan bagi mengeluarkan rasa manis buah tersebut.

#PTIFPerak
#JabatanPertanianPerak
#JabatanPertanianMalaysia

Monday, September 23, 2019

APAKAH FUNGSI TOMBONG / HAUSTORIUM DALAM PERCAMBAHAN BUAH KELAPA?

Masa zaman kanak-kanak akak, akak dan adik-adik akan teruja setiap kali mak akak mengupas kelapa. Kami berebut ingin mendapatkan tombong atau tumbuh (coconut apple) yang berada didalam biji kelapa berkenaan. Rasanya yang lemak, rangup dan manis menjadikan tombong ini makanan unik yang menjadi rebutan.


Tombong kelapa merupakan salah satu dari bahagian yang terdapat didalam buah kelapa yang sedap dimakan. Ia mempunyai rasa rangup diluar, dan seakan span didalam,  beserta rasa berjus kemanisan air kelapa didalam.

Tombong ini hanya diperolehi dari buah kelapa yang sudah mula bercambah. Semakin panjang pucuk yang keluar, saiz tombong semakin membesar. Namun, kemanisan tombong juga akan turun berkurang.





Tahukah kita apa sebenarnya fungsi tombong ini?

Tombong ini adalah bahagian yang bersambung dengan embrio kelapa Ia adalah seumpama kotiledon bagi membekalkan makanan untuk semasa percambahan biji kelapa.  Tombong ini akan mula membesar dan berkembang menghala ke bahagian dalam buah kelapa. Tombong ini akan mula menyerap air kelapa dan akan semakin mengembang dan membesar.



Semakin ia mengembang dan membesar, ia akan mula menghimpit permukaan endosperma (isi kelapa). Ketika ini ia mula mencernakan bahagian permukaan yang dihimpit dan mula menyerap nutrien dari endosperma. Semakin lama, permukaan endosperma akan mula menipis kerana telah dicerna oleh tombong.

Tombong akan berhenti mengembang dan membesar sebaik sahaja ia memenuhi keseluruhan tempurung dan apabila semua endosperma telah diserap.

Nutrien yang telah dicerna dan diserap oleh tombong akan disalurkan kepada embrio untuk pembentukan pucuk dan akar (percambahan).

Tombong bertindak sebagai pembekal makanan  kepada anak pokok kelapa dalam tempoh lebih kurang 4 bulan sahaja. Selepas proses ini, anak pokok kelapa memerlukan bekalan nutrien yang akan diambil dari proses fotosintesis serta melalui akar.

Jika ingin membaca lebih lanjut sila klik disini.

Subhanallah...

#BahPembangunanIndustriTanamanPutrajaya
#JabatanPertanianMalaysia

23/9/2019


Sunday, September 22, 2019

CARA MEMILIH BUAH KELAPA PANDAN MUDA UNTUK MINUM SEGAR

Air kelapa pandan adalah diantara jenis kelapa yang sesuai untuk dijadikan minuman segar kerana kemanisan dan aromanya yang unik. Aroma bau pandan yang terdapat pada kelapa pandan adalah disebabkan oleh komponen 2-acetyl-1-pyrroline (2-AP). Slluurrrppp! Akak memang suka sangat dengan air kelapa muda ni! 

Kita perlu tahu bahawa buah kelapa mengambil masa 12 bulan untuk matang dan tua. Namun, bagi mendapatkan air kelapa muda yang manis dan mempunyai isi kelapa yang seakan jeli, buah kelapa perlu dituai pada peringkat 6 ke 7 bulan selepas disenyawakan. Hmmm... macam mana kita nak tahu yang peringkat yang mana yang sesuai dipetik untuk kita jadikan minuman segar? Nanti akak tunjukkan cara bergambar untuk memudahkan kita memilih buah muda yang sesuai untuk dipetik....

Air kelapa merupakan endosperma dalam ovari kelapa dalam keadaan cecair. Air kelapa mula terbentuk pada bulan kedua selepas persenyawaan. Air kelapa pada peringkat awal pembentukan adalah agak masam. Kemanisan pada buah kelapa akan mula meningkat apabila memasuki bulan kelima pertumbuhan. 

Pada bulan ke enam dan ke tujuh, air kelapa sudah sesuai untuk diminum kerana ia mula mempunyai kemanisan serta pada dinding tempurung kelapa juga sudah mula terdapat isi yang mula menebal yang seakan jeli. Haaa...diperingkat inilah kalau kita boleh petik dan menikmati airnya dikala cuaca panas...pergh! Nyaman dan nikmatnya, kan?

Di bawah ini, akak sertakan penerangan bergambar buat panduan semua. Semoga dengan panduan yang ringkas ini, kita dapat mengenalpasti peringkat yang sesuai untuk kita dapatkan buah kelapa yang mengandungi air yang manis dan isinya yang yummy ... 😍😍😍







Terima kasih kerana sudi membaca... 


#BahPembangunanIndustriTanamanPutrajaya
#JabatanPertanianMalaysia

22/9/2019

APA ITU SONIC BLOOM DAN KESAN KEPADA PERTUMBUHAN POKOK?

Sonic Bloom ialah teknologi yang melibatkan kombinasi gelombang bunyi pada frekuensi yang tinggi dan nutrien untuk meningkatkan produktiviti...