Thursday, July 15, 2021

MINUMAN PEMANIS MULUT CENDAWAN BLACK JELLY (Auricularia spp.)


Malam ni akak telah siapkan minuman pemanis mulut yang akak buat dari cendawan jeli hitam ni. 
.
Seringkali kita jumpa cendawan ini dimasak bersama campuran sayuran yang lain sama ada ia digoreng atau masak lemak.
.
Cendawan ini juga sebenarnya enak dibuat minuman. Ada yang minta akak buat agar-agar cendawan ini. Mungkin lain masa, akak boleh cuba buat. (Eheeeemmmm... Kalau akak rajin la ..πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚).
.
Cara buat minuman ni, senang je...
Mula-mula rebus air yang dicampur gula merah. Daun pandan ditambah jika suka.  
Cendawan jeli hitam digunting halus.
Apabila air gula sudah menggelegak, masukkan cendawan tadi. Kacau seketika.
Biarkan air menggelegak untuk masakkan cendawan tadi. Kemudian angkat. 
Minuman ini boleh diminum panas atau sejuk.
.
Cendawan jeli hitam ini bagus untuk mencairkan darah (kurangkan kolestrol). Ini bermakna ia bagus diamalkan oleh mereka yang ada kolestrol yang tinggi atau darah tinggi.
.
Jom cuba....

Monday, May 17, 2021

KENAPA KITA TUA SEBELUM USIA?

KENAPA KITA TUA SEBELUM USIA? 
--------------------------------------------------------
Akak pernah menaik posting akak yang terdapat gambar-gambar testimoni peserta Tuisyen Kurus Online (TKO) yang kelihatan semakin muda, bertambah kacak, cantik dan bertenaga setelah melalui proses penjagaan kesihatan dengan cara nutrisi. 

.
Pada keadaan biasa, manusia akan mula menua bermula pada usia 25 tahun. Tetapi apa yang dapat akak perhatikan, kebanyakan kulit peserta TKO semakin sihat dan segar. Akak juga sedang melalui proses rejuvenate (meremajakan) kulit juga disaat ini. Alhamdulillah!
.
Akak ingin memberi sedikit jawapan kepada persoalan, apa sebenar yang berlaku kepada peserta berkenaan. Meh sini akak cerita...
.
Seperti yang kita tahu, kulit adalah organ terbesar yang terdapat pada tubuh manusia yang membalut organ-organ yang lain dari luar.   Kulit ini akan mula menghasilkan sel-sel baru dalam tempoh 28 hari! Dan sel-sel ini adalah benda hidup yang turut memerlukan nutrisi sebagai tenaga bagi menghasilkan sel-sel baru.
.
Namun, kita pada hari ini lebih memfokuskan tentang kesihatan dan penjagaan luaran kulit. Yang mana ianya hanyalah 20% dari penjagaan keseluruhan kulit. 
.
Untuk mendapat kulit yang sihat dan segar, penjagaan sepatutnya bermula dari dalam. Bukan dari luar kulit! 
.
Di sini akak senaraikan apakah makanan yang menyebabkan kita kelihatan tua sebelum usia atau bahasa yang mudah, nampak cepat tua!
.
Antara makanan yang menyebabkan kita cepat tua ialah:
1. Makanan yang berminyak 
2. Makanan yang tinggi garam
3. Makanan yang tinggi gula 
4. Makanan yang tinggi lemak
5. Makanan yang diproses
6. Makanan yang mempunyai bahan pewarna 
     tiruan
7. Makanan yang mempunyai perisa tiruan
8. Makanan yang tinggi karbohidrat
.
Makanan diatas adalah diantara faktor yang menyebabkan kulit kita kusam, kulit kering dan cepatkan proses penuaan. 
.
Makanan ini juga menyebabkan kerosakan pada kolagen dan menyebabkan hilang kekenyalan kulit. Selain itu, ada juga makanan yang menyukarkan kita tidur yang berkualiti yang turut memberi kesan kepada proses penuaan. 
.
Hmmm.... Makanan bernutrisi tinggi bukan sahaja bagus untuk memberi rasa kenyang pada perut, malah ia juga memberi tenaga Dan nutrisi kepada sel-sel tubuh. Maka Kita bukan sekadar boleh kurus, malah kulit dan tubuh lebih cergas , bertenaga dan muda! ✌️✌️✌️
.
Jom la belajar cara-caranya...
 www.wasap.my/60195706995/nak_sihat
.
#Myhealthylifejourney
#TuisyenKurusOnlineAzmanAsma

.

Friday, May 14, 2021

BAGAIMANA STRESS MAMPU MENINGKATKAN BERAT BADAN

BAGAIMANA STRESS MAMPU MENINGKATKAN BERAT BADAN 
-------------------------------------------------------

Setelah akak banyak memberi tumpuan dalam ilmu kesihatan diri bersama Tuisyen Kurus Online (TKO), banyak sangat ilmu baru yang akak belajar. Alhamdulillah... πŸ₯°. 
.
Diantaranya, selain pemakanan dan senaman, kesihatan mental juga mempengaruhi penurunan berat badan! Subhanallah.
.
Di sini akak tidak menyangka bahawa tekanan (stress) juga adalah salah satu faktor yang menyebabkan berat badan bertambah , dan turut menyebabkan kesukaran untuk menurunkan berat! πŸ˜₯.
.
Apabila kita stress, kelenjar adrenal yang berada di ginjal akan merembeskan hormon adrenalin dan hormon kortisol. Hormon kortisol dihasilkan dengan banyak ketika tubuh mengalami tekanan secara fizikal atau mental. 
.
Hormon adrenalin akan meningkatkan tekanan jantung, dan hormon kortisol akan meningkatkan gula dalam aliran darah untuk memastikan otak dapat bekerja dengan lebih efektif. 
.
Apabila kandungan gula dirembeskan dengan banyak pada aliran darah, hormon insulin akan dirembeskan bagi menurunkan kadar gula didalam darah. Ketika ini, otak akan menghantar isyarat yang tubuh perlukan makanan manis untuk mengantikan gula yang berkurangan dalam tubuh. 
.
Stress juga mengalakkan pengeluaran hormon ghrelin yang akan menyebabkan kita rasa lapar dan akan mula makan berlebihan! 
.
Hormon kortisol yang dirembeskan akan turut menyebabkan kadar metabolisma tubuh akan rendah dan seterusnya menyukarkan proses penurunan berat badan! 
.
Jom jaga kesihatan dengan ilmu
 www.wasap.my/60195706995/ingin_sihat
.
#Myhealthylifejourney
#TuisyenKurusOnlineAzmanAsma
#24thRamadhan2021

NAK KURUSKAN BADAN, TAPI.......

NAK KURUSKAN BADAN, TAPI.......
-----------------------------------------------------------

Untuk menguruskan badan, antara perkara yang paling penting dititikberatkan ialah pemakanan! Ianya kerana pemakanan mempengaruhi 80% kejayaan dalam proses penurunan berat badan! 
.
Dalam proses penurunan berat badan, kita perlu menitik beratkan makanan yang direbus, dikukus atau dibakar. Kita perlu elak makanan yang manis, masin, berlemak dan berminyak. Malah, kita juga perlu mengelak dari makan makanan yang diproses!
.
Namun ramai yang masih kurang memahami konsep pemilihan makanan yang sesuai untuk dimakan. Di sini akak cuba menyenarai beberapa situasi untuk kita fahami bersama.
.
1️⃣ Situasi pertama:
πŸ‘πŸΌMasak makanan dengan cara merebus, 
     bakar dan kukus.
.
πŸ‘ŽπŸΌTapi makan makanan tersebut dengan 
      kuantiti yang banyak melebihi keperluan
πŸ‘ŽπŸΌMakanan yang dimasak terdiri dari makanan 
     yang diproses seperti sosej dan nugget
.
✍️Apabila kita mengambil makanan 
     berlebihan, bermakna kita akan mengambil 
     kalori yang berlebihan. Kalori yang 
     berlebihan akan disimpan didalam tubuh 
     sebagai lemak!
✍️Makanan yang diproses adalah makanan 
     yang tinggi lemak, gula dan garam. 
     Walaupun ianya dimasak dengan cara yang 
     solehah (kukus, rebus atau bakar), ianya 
     tidak akan menjadikan makanan tersebut 
     solehah untuk dimakan! πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
.
.
2️⃣Situasi kedua
πŸ‘πŸΌMemilih makanan yang tinggi fiber dan 
     rendah kalori
.
πŸ‘ŽπŸΌTapi memasak makanan dengan kaedah    
     menggoreng, santan, garam dan gula yang 
     tinggi. 
.
✍️Sebaiknya kita pilih makanan yang 
     membantu dalam penurunan berat badan, 
     Dan akhirnya dimasak dengan kaedah yang 
    sesuai.
.
.
3️⃣Situasi ketiga
 πŸ‘πŸΌMemilih kekacang untuk snacking dan 
      untuk mendapatkan lemak baik
.
πŸ‘ŽπŸΌTapi mengambil kekacang dalam kuantiti 
     yang banyak dan berlebihan.
.
✍️ Kekacang mempunyai lemak baik. 
      Sebaiknya pilih kekacang yang dibakar dan 
      tidak diletak perisa tambahan. Namun, ia 
      tidak boleh dimakan dengan kuantiti yang 
      berlebihan kerana ia mengandungi kalori 
      yang tinggi. 

Bestkan kalau turun berat badan dengan ilmu?
Jom join team akak
 www.wasap.my/60195706995/nak_turunberat
.
#Myhealthylifejourney
#TuisyenKurusOnlineAzmanAsma
#26thRamadhan2021

BAGAIMANA UNTUK ELAK RASA ASYIK NAK MENGUNYAH?

BAGAIMANA UNTUK ELAK RASA ASYIK NAK MENGUNYAH?
-----------------------------------------------------------------

Ada tak sesiapa yang teringin nak mengunyah sesuatu yang ada terlintas didalam kepala Kita walaupun perut sudah kenyang? Atau dalam bahasa omputih kata "craving" nak makan sesuatu?
.
Menuntut kajian, orang perempuan akan berkeinginan (crave) untuk makan makanan yang berlemak dan manis. Manakala, orang lelaki lebih suka crave kepada makanan yang agak pedas. 
.
Craving atau keinginan untuk makan sesuatu adalah terhasil apabila otak kita menyimpan "memory" rasa nikmat sesuatu makanan berkaitan dan keinginan itu timbul bila kita melihat, menghidu atau mendengar mengenai makanan berkenaan. Hu hu hu.....umpama akak la, apabila terhidu, terlihat kopi dan roti segar! Kecur terus! πŸ˜….
.
Antara perkara yang perlu kita buat untuk kurangkan kesan craving ni ialah:
.
1️⃣ Banyakkan minum air kosong πŸ˜…
2️⃣ Tidur awal
3️⃣ Banyakkan makan sayur-sayuran dan 
      buah-buahan (fiber)
4️⃣ Kurangkan pengambilan gula dan makanan 
      segera
5️⃣ Tingkatkan pengambilan omega 3
.
Haaaa ..... Banyak lagi tips yang akan akak kongsi! 
.
Ingin tingkatkan kesihatan dan turunkan berat? Jom sertai akak...
 www.wasap.my/60195706995/nak_kurussihat
.
#Myhealthylifejourney
#TuisyenKurusOnlineAzmanAsma
#26thRamadhan2021

KENAPA TUBUH KITA PERLU CUKUP AIR?

KENAPA TUBUH KITA PERLU CUKUP AIR? 
-------------------------------------------------------------------

Percaya tak jika akak bagitahu ramai diantara kita hanya minum air kosong setengah liter sahaja sehari? πŸ₯›
.
Kenapa kita perlu sangat minum air yang mencukupi?
.
Kita perlu tahu yang hampir 60% dari tubuh kita terdiri dari cecair, dan otak kita sendiri terdiri dari 75% cecair! Masya Allah!
.
Air dalam tubuh akan mengawal suhu badan kita agar sentiasa berada diparas yang optima. (Boleh rujuk semula artikel yang akak tulis mengenai fungsi peluh). 
.
Air memainkan peranan yang penting dalam sistem pengangkutan bagi menyingkirkan toksin dan bahan bahaya dari buah pinggang dan hati melalui air kencing. Tanpa air yang mencukupi bebanan kerja buah pinggang dan hati akan bertambah. 
.
Berapa banyak air yang perlu kita minum sehari?
.
Keperluan air seharian bagi setiap individu adalah berbeza bergantung kepada saiz tubuh dan aktiviti harian. Dianggarkan bagi setiap 25kg berat badan, seseorang perlu minum sekurang-kurangnya 1 liter air kosong! Bermakna sekira tubuh kita seberat 100kg, Kita perlu minum sekurang-kurangnya 4 liter air! πŸ“
.
Kita akan kehilangan air dari tubuh melalui pelbagai cara; antaranya melalui air kencing, perpeluhan, pernafasan Dan sebagainya lagi. 
.
Sekiranya kita kekurangan air dalam tubuh, Kita akan mudah kepenatan, sakit kepala, emosi kurang stabil, kulit kelihatan kering dan kusam, dan sebagainya lagi! Antara yang tidak hendaki ialah, kekurangan air dalam tubuh menyebabkan pertambahan dalam berat badan! Oh nahe.....nahe...nahe... 😱😱😱‼️‼️
Tetiba je keluar bahasa hindustan ! πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
.
Banyak lagi cerita pasal keperluan air ni. Nanti akak sambung lagi ya... Tunggu.
.
Haaa... Buat sesiapa yang nak turunkan berat badan sebab stress tak dapat balik raya, meh akak bantu. 
 www.wasap.my/60195706995/nak_kuruih
.
#Myhealthylifejourney
#TuisyenKurusOnlineAzmanAsma
#27thRamadhan2021

INGIN KEKALKAN BERAT SELEPAS RAYA?

INGIN KEKALKAN BERAT SELEPAS RAYA?
------------------------------------------------------------------
Hari raya adalah hari yang paling sukar untuk kita mengawal makan yang masuk ke perut! Dan ia juga menyebabkan kita sukar untuk mengawal berat badan. 😱😱😱
.
Di sini akak cuba berkongsi sedikit tips agar Kita tidak terus hanyut tenggelam dalam nafsu makanan sedap dihari raya.... πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
.
1️⃣ Perkara yang paling penting untuk kita mulai hari raya kita ialah sarapan pagi yang betul untuk meningkatkan metabolisma tubuh kita.  
.
Sarapan yang kita pilih untuk mengisi perut kita yang kosong diwaktu pagi, perlulah berkhasiat, rendah kalori dan rendah GI. Apa  pulak GI..GI ni akak oooiii...? 
.
Nanti akak kupas waktu lain, tapi secara ringkasnya jangan terus makan makanan yang tinggi karbohidratnya seperti lemang, ketupat, mee, nasi lemak dan sebagainya. Sebaiknya mulakan dengan air kosong, kurma atau oat. Pilihan terbaik adalah minuman dalam bentuk protin! 
.
Air kosong yang diminum ketika perut kosong akan membantu kita cepat rasa kenyang...
.
2️⃣ Buat perancangan atau pilih makanan utama yang ingin kita makan. Pilih pinggan yang bersaiz kecil untuk kawal portion makanan yang kita ambil. 
.
Sebaiknya makanan tersebut dikunyah perlahan-lahan bagi menikmati rasa makanan tersebut disamping memberi isyarat kenyang kepada otak. Otak menerima isyarat 20 minit selepas kita makan! 
.
Amalkan pemilihan makanan suku-suku-separuh.
.
3️⃣ Minum air kosong sebagai pilihan utama bagi mencukupkan keperluan harian tubuh, Dan seterusnya mengurangkan pengambilan kalori yang tinggi! 
.
4️⃣ Paling penting, fokus kepada BIG WHY kenapa kita ingin kuruskan badan!
.
Akak mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN!
.
Kepada sesiapa yang ingin turunkan berat badan selepas raya, pendaftaran kini telah dibuka! Tempat adalah TERHAD.
www.wasap.my/60195706995/nak_kurus
.
#Myhealthylifestyle
#TuisyenKurusOnlineAzmanAsma
#30thRamadhan2021
.

APA ITU SONIC BLOOM DAN KESAN KEPADA PERTUMBUHAN POKOK?

Sonic Bloom ialah teknologi yang melibatkan kombinasi gelombang bunyi pada frekuensi yang tinggi dan nutrien untuk meningkatkan produktiviti...